Saturday, February 20, 2021

Rasa Malas Beribadat: Salah satu punca gagal Istiqomah

 Assalamualaikum semua

Salam sejahtera

Petang ini Allah gerakkan hati memberi izin menjemput untuk bersama lagi denga Al Fadhil Ustaz Mohd Moqti. 

Berkenaan dengan Mencegah Malas dari amal taat dan ingin bermaksiat.


kawan2 pernah tak nak berubah, nak baiki amalan tapi akhirnya setengah jalan sahaja

mula la macam2 alasan disabitkan atas menyalahkan orang lain...dan yang paling banyak disalahkan adalah orang yang hanpir dengan kita.

Itula saya... sangat rendah diri ini bila ikuti kuliah petang ini.

Ok...

salah satu cara untuk cegah diri dari malas.... serius malass nak buat amalan..nanti la nanti la nnndoj nanti akhirnya dari pagi sampai ke petang tak buat pun... mengaji la selalunya...

Menurut ustaz cara nya adalah dengan ingat Janji Allah pada orang yang taat ini.

Tidak lain tidak bukan syurga ganjarannya...


Antara nikmat syurga yang ustaz ceritakan dan tertarik hati ini adalah.


1- Nikmat makan di syurga..

kalau di dunia ni kita makan...rasa sedap tu hanya di rasa di lidah sahaja kan... tapi nikmat sedap akanan di syurga tu dari rambut sampai hujung kaki..

sebab apa Allah hadkan nikm at rasa sedap tu kat dunia

supaya Allah didik kita kita kat dunia ni semua terhad...umur kita terhad, keindahkannya terhad.. jadi makan itu bukan untuk kita nikmati di dunia. Malah siapa yang makan banyak akan banyak hisabnya...

Makan di dunia kita akan membuang...busuknya Allahu... tak taw nak habaq.. tapi kat syurga... kita hanya mengeluarkan peluh... yang wangi sangat2...Subhanallah... masih nak ligan dunia ka Che cahaya.


2- Allah sediakan 70 pasang pakaian setiap hari di syurga . Setiap pasang berbeza warna. dan esoknya 70 pasang lagi yang warna berbeza. begitu la seterusnya..kira warna baju yang kita pakai... walaupun beribu tahun warnanya takkan sama...


jangan fikir ikut logik akal..itu la kuasa Allah... Ilmu Allah yang Maha Berkuasa dan Berkehendak.

cantik kannnnn..... jadi ingat kita esok boleh pakai cantik2 dalam syurga...

3- hat ini orang lelaki suka... nikmat bidadari...

 then bila hati tertarik nak ulangi maksiat...kena tarik  dan takutkan diri dengan azab Allah..

ada 3 benda yang kita kena takut  bila nak buat maksiat


1. takut amalan kita Allah tak terima (hat ni selalu takut...selalu doa Allah terimalah amalan aku..)

2. Takut Allah tak ampun dosa kita.. 

3. Takut Allah tarikh nikmat Iman.. Allahu hat ini paling2 takut.. bila kita dah tak takut buat dosa..bila kita bangga membenci dan mencaci orang..bila kita sentiasa seronok  bila jatuhkan orang..bila kita seronok buat maksiat. Nauzubillah

 maka takutkan diri dengan Azab NERAKA JAHANAM..


ok dah mahgrib..nak siapkan anak soleh untuk solat jemaah... yang tak berapa jemaah dengan awang bertiga tu...

maafkan saya andai ada salah silap saya pada anda semua..

love u....saya doakan kita semua..semua .... ahli syurga Allah..

sama2 kita baiki apa yang lopong...ingat mengingati... itu la kekuatan kita..

bila kita saling nasihat menasihati..

Demi Allah kamu adalah kekuatan saya bila kamu menegur salah saya..




Sunday, January 17, 2021

~ Alhamdulillah~

 Bismilahirahmanirrahim

tidak terluah apa yang terpendam

bila diri tersilap langkah

betul la kata orang dahulu uzlah itu penting

bukan kerana sekeliling yang tidak elok 

tapi kerana untuk menahan diri dari terasa dan bertindak balas itu adalah sukar



menyendiri itu penting

untuk jaga hati

untuk jaga tindak balas

kadang bila sesuatu yang dibicarakan itu tidak selari dengan kepercayaan diri, maka kita akan mudah tersinggung dan mula bertindak balas.. itu yang menjadikan kita seorang yang jelek,,seorang yang buruk.



betul, bila sesuatu yang tidak selari dengan kepercayaan diri kita dengar berkali-kali hati akan memberontak. Itu aku bukan orang lain.. aku percaya orang lain sangat suci hatinya.

bila lihat sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan diri, maka secara semulajadi mahu mempertahankan kepercayaan itu. maka hati mula bertanya, kenapa berkali2 menyebut benda yang sama, tanpa memperduli kehadiran aku di situ. 

sebab itu biarlah...

mungkin ini cara Allah mengajar aku

untuk menyelesaikan urusan aku dengan hambaNya

sebelum aku di jemput menemuiNya

kerana aku juga takut setiap amal aku musnah begitu sahaja dek kerana diri yang mudah bertindak balas ini.

Alhamdulillah


mungkin ini bermula hidup yang baharu

fokus pada yang perlu

semoga tenang semuanya. 


ada sesuatu yang lebih penting untuk aku fikir. Sudahlah bersedih atas mereka yang meninggalkan diri. InsyaAllah di sana akan ketemu kembali. 





Monday, July 13, 2020

ummi vs sherek

Bismillah
Istigfar panjang
Pencilkan diri
Dalam bilik..

Ummi mengamuk JUGA malam ini.
Penat barangkali
Balik sek pukul 4.30 ptg Hari ini

Tapi bukan penyebab
Geram
Bila anak2 ummi tidak tahu nilai Dan Sayang barang

If mainan mereka Tak apa
Tapi bila kacau Dan rosakkan barang ummi
Mmg ummi terus menginga

Bukan Sayang barang lebih Dr anak
Tapi nak didik
Barang orang tolong hormat.

Aduii
Rungsing sebenarnya
Bokeh share 
Macam Mana nak didik anak
Supaya tahu beza

πŸŽ‰Ini bilik ummi abah
Tidak boleh Masuk

πŸŽ‰Barang ummi jangan kacau
Jangan ambil barang orang Tanpa izin

Share skit tips mommy semua.


Monday, June 22, 2020

Terapi syukur#day 3

Bismillah
Assalamualaikum
Salam sejahtera

Jarang sungguh che cahaya mengucapkan Alhamdulillah bila diberi ujian..

Sangat rapuh Iman.
Malam tadi Allah jentik sedikit hati
Anak anda tercinta kemalangan ketika bermain di rumah..

Ya Allah 
Terima Kasih ❤️
Atas ujian ini..
Che cahaya sedar ianya satu lagi tanda kasih sayangMu kepada ku.

Cuba jika Aku tidak diuji sedekian..mungkin Aku masih leka dalam pernyediaan play area untuk cinta hati.

Allah..terima kasih kerana masih memberi Aku nikmat kesihatan.
Dengan nikmat ini Aku masih boleh bertahan sepanjang malam..menjaga si anak yang sedang berdukacita.

Wahai zat yang Maha Esa
Terima kasih Allah kerana memberi kekuatan kepada diri.
Agar terus bertahan Ya Allah..
Terima kasih masih memberi nikmat panca indera yang masih elok Dan sempurna ..
Maka dengan nikmat Maya,aku 
masih boleh melihat. Melihat setiap ragam Dan tangis anak merenyek..mungkin ini masanya Dan peluang untuk dia meraij sepenuhnya perhatian Dr umminya 

Terima kasih ya Allah masih kuatkan kaki Dan tangan.
Maka.dengan keduanya...Aku masih utuh mendukung si anak ini. Cuba bayangkan jika Engkau ambil kembali nikmat itu Ya Allah..maka bertambah sukarlah untuk aku menguruskannya..oleh itu terima kasih yang Allah 

Semoga anak ini kuat Dan cepat sembuh.. jgn Tanya dia kenapa kerana che cahaya pun Tak dapat kesan punca sebenar kerana Masa kejadian che cahaya berada di ruangan bawah..

Mereka sedang tidur..Tak sampai 15 Minit pun che cahaya tinggalkan mereka setelah mereka bertiga beradu.

Saturday, June 20, 2020

Kali Pertama

Bismillah
Assalamualaikum
Salam sejahtera

Alhamdulillah
Hari ni che cahaya berjaya live YouTube di chanel edidik Malaysia

Mencabar diri
Kali Pertama memberi ilmu online

Nervous u all 
Allah sahaja yg tahu
Takut jika tengah live anak- anak mengganggu.. itu merupakan satu reason kenapa takut nak live. 

Alhamdulillah
Bak kata sahabat edidik
Semua bermula Kali Pertama

Pengalaman yang sukar dibeli
Berjaya mencabar diri
Selalunya memilih untuk berada di belakang tabir sahaja. 
irfan buka YouTube semalam nampak banner ini

IN: ummi kenapa ummi Ada dalam YouTube
Ummi; orang lain tu
IN: betul la..nama Nurain Redzali.

Okay..anak ummi dah pandai baca
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Terima kasih kepada semua yang mendengar..

Semoga ianya menjadi ilmu bermanfaat...

Salam sayang..
😘😘😘😘😘

Wednesday, June 17, 2020

Terapi syukur#day 1



Bismillah
Hari ini cik cahaya nak mulakan semula terapi syukur yang cik cahaya pelajari dari coach Diyana Tahir.

Hidup ini nak tarik quantum yang tinggi kena mulakan dengan syukur. 

Alhamdulillah Ya Allah..
Masih lagi che cahaya dikurnakan satu Hari yang penuh cabaran.
Namun masih Ada tangan untuk memeluk anak2 syurga..
Masih Ada mata melihat kerenah mereka..

Kalau Ya Allah, Engkau ambil nikmat tangan Dan mata ini. Maka Makin memcabarrla perjalanan hidup che cahaya.
Malah terpaksa menyusahkan anak2 Dan suami dlm pengurusan hidup.

Namun Hari ini nikmat itu masih che cahaya rasai.
Walau penat
Walau lelah
Namun Mata ini masihbdaoat melihat gelak tawa anak2 yang menghiburkan 

Tangan ini masih dapat digunakan untuk menguruskan Makan pakai mereka..
Terima kasih Ya Allah..

Tuesday, May 26, 2020

# MIN: Pahala Pertama Buat Ummi Abah


Bismillah,
Salam Aidilfitri buat semua
Masih berada dalam mood Raya
Che cahaya ingin mencoret sedikit kenangan buat anakanda tercinta.

7 tahun berlalu
Sudah semakin bijak
JUGA semakin matang

7 tahun yang sangat mencabar
Selalu kena marah
Selalu mengalah
Hebat anak ini.

Sekarang sudah boleh jadi teman ummi solat subuh..
Alhamdulillah
Syukur kepada Allah.

Walaupun sudah semakin besar
Jiwa manja anak ini sentiasa hadir  menuntut perhatian.

Tahun pertama solat nya lengkap 5 waktu, tahun pertama Mula berpuasa (28 Hari), tahun pertama selepas subuh mengaji dengan ummi..
Allahuakhbar
Terima kasih yang Allah..kerana setiap kejadian itu palaha terus mengalir dalam akaun ummi abah.
Terima kasih wahai anak atas segala sedeqah itu..

Kadang anak ramai sememangnye penat sangat penat kan. tapi 
di sebalik kepenatan itu, jika kita dapat gunakan sebagai satu pelaburan, ianya sangat menguntunkan.
seorang anak akil baligh purata umur mereka 12 hingga 13 tahun.
Sebelum mencapai akil baligh itu, anak ini anak syurga. Tiada dosa malah tiada pahala.  Namun Allah Maha Kaya, Maha Memberi. Setiap amal kebaikkan anak syurga ini pahalanya terus mengalir dalam akuan orang yang mendidiknya.

Allahuakbar.
sangat rugi jika mensia-siakan peluang hebat ini.
Bayangkan, 7 tahun sehingga 13 tahun  mengambil masa 6 tahun.
6 tahun ummi abah dapat pahala solat percuma
6 tahun ummi abah dapat pahala sedeqah percuma
6 tahun ummi abah dapat pahala puasa percuma
6 tahun ummi abah dapat pahala mengaji Al quran percuma.

Khabar berita bagi segala penat lelah ibu yang ada direzekikan ramai cahaya mata
6 tahun seorang anak
5 orang anak maka akan menjadi 30 tahun..
Allahuakhbar
satu ganjaran yang sangat hebat dari Ya Maha Pengasih.

Oleh kerana itu, ummi garang, bukan kerana ummi nak pahala itu..tapi biarlah ilmu kebaikkan itu bermula dari ummi sebagai guru pertama.



Thursday, October 24, 2019

~ Nasihat HAti~ Bina Bahagia dengan Raja Langit Dan Bumi

Assalamualaikum
mengenal diri sebagai seorang hamba
membuat cik cahaya membuat sedikit ulasan

Allah turunkan ujian kerana Allah sayang pada kita
Allah itu Maha Bekuasa
Allah boleh sahaja memberi kita hidup senang tanpa sebarang kesusahan atau kedukaan

Wahai perjuang cinta,
Allah berkuasa dalam segala yang ada di langit dan di bumi
Raja di langit dan di bumi
Tidakkah kita sedar, alunan zikir Ya Malik itu sangat- sangat memberi kekuatan pada kita

Ya sangat teguh dan sangat kukuh
Bila kita sandarkan segala urusan kita pada Ya Malik
Sedarlah wahai hati semua
Kelukaan yang kamu alami hanya sedikit jika dibandingkan dengan nikmat yang kita perolehi

Allah memberi sedikit kedukaan
tapi
Allah masih memberi kita mata untuk melihat,
Allah masih memberi telinga untuk mendengar
Allah masih memberi nikmat lidah untuk merasa

Sayangku,
Bangunlah kembali
kerana kita masih ada Ya Malik
sebutlah kalimah Ya Malik, dan rasakan betapa luasnya kerajaan Allah yang terbentang di alam ini,=.
Maka kita tidak perlu takut pada sesiapa pun
kita tak perlu takut pada kedukaan itu
kerana kita yakin
Ada nya Raja Langit dan Bumki bersama kita

Ayuh sayangku
Bangun terus berlari mengejar cita-citamu
mengejar bahagiamu
mencapai impinmu
membentuk kerajaanmu
bersama-sama dengan sifat kehambaan yang tidak pernah dilupakan

Katakan pada diri
"dunia ini penuh dengan kebahagiaan, penuh dengan kegembiraan, penuh dengan kedamaian, tidakmada kebencian tidak ada permusuhan"
maka dari situ akan ada kekuatan untuk memaafkan
memaafkan orang yang pernah melukakan

Harapan saya..coretan ini dapat menjadi kekuatan untuk semua bangun kembali dari keperitan dan kedukaan.

nukilan Cik Cahaya
:-)

Wednesday, October 23, 2019

~ Nasihat Hati~ "Biarkan ianya Berlalu"

Assalamualaikum,
Sangat tertarik untuk membuat coretan isu sensitif malah sangat membimbangkan

Rupanya ramai di luar sana sedang berjuang
Berjuang dengan diri sendiri

Allahu....
Kepercayaan 
Bukan suatu bahan mainan
Membentuk bukan mudah
Namun mengekalkan setelah dikianati lebih susah..

Kenapa
Kerana kepercayaan itu Kita sandarkan pada makhluk
Makhluk ini sifatnya hina.
Tidak lari dari melakukan salah Dan silap
Kerana makhluk itu bukan anak malaikat 
Yang tidak dianugerahkan nafsu dalam jiwa

Maka Allah adalah sebaik baik pemelihara Dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para Penyayang
(Yusuf:64)

Bagaimana membentuk semula kepercayaan
SETELAH dikianati

Ada yang mengadu,
Mudah sahaja cik cahya mereka berkata
Benda dah lepas usah dikenang
Sedangkan diri yang berperang dengan emosi
serta prasangka bukan mudah untuk melupakan

Ya sayangku,
Cik Cahaya faham semua itu
kerana kita wanita
fitrahnya emosi
tidak boleh dinafikan atau di ambil mudah

Namun sayangku,
Satu sahaja
Berpegang kepada Ya Hafizh
Ya Maha Pemelihara
Setiap Kali Ada bisikan yang bertandang, Ya Hafizh berkali² sehingga hilang prasangka itu..

Benar, jika benar pasangan Kita masih mahu merahsiakan apa² ingat Kita Ada Yang Maha Pemelihara.. niat dalam hati

Ya Allah, pelihara la pasangan ku dari melakukan kemungkaran Mu Dan perkara² yang tidak baik malah sia²

Sayangku
Pasangan Kita bukan malaikat turun dari langit
Akan Ada ujian yang harus dia tempuhi
Mungkin dia tewas atau tersasar Dr landasan kesetiaan 

Namun jika dia masih memilih untuk bersama Kita
Berdoalah agar Allah menguatkan kita untuk terus mencintainya

Rasa bahagia itu bukan hanya Dr pasangan Kita.
Namun bahagia itu bila Kita dapat rasai ketenangan

Serius..
Bila hati tidak tenang
Hidup jadi sangat huru Hara
Segala bisiskan prasangka datang bertalu
Amarah memuncak hinga hilang pertimbangan. 
Hingga 
Hampir hilang akidah
Kerana menyalahkan takdir

Ramai yang mengeluh
"Kenapa aku Ya Allah"
Soalan yang tidak patut Kita lontarkan
Kerana APA..

Kerana Allah itu tidak kejam.
Allah itu Maha Baik

Alangkah baik jika Kita tukaq
Kenapa bukan aku Ya Allah
Soalan ini Saya dapat Dr perkongsian hebat coach Diyana Tahir
Bersama persoalan itu, kita merasai kasih sayang Allah..
Kerana Allah sayang..maka Allah pilih "aku"
Allah sayang sebab itu Allah uji
Kan Kita Akan Rasa lebih lega

Jadi Sayangku
Bila saat Allah uji dengan kesetiaan,
Ingatlah ianya tidak lain tidak bukan,
 Allah sedang jentik hati Kita, 
Allah sedang panggil Kita 

Wahai hambaKu
Tiada Ada yang boleh kau cintai melebihi diriKu
Wahai hambaKu
Aku cemburu bila Ada makhluk yang lebih kau harap Kan melebihi Aku
AKU RAJA LANGIT DAN BUMI
Layakkah makhluk itu lebih kau utamakan dari Diriku
Dia makhluk yang lemah
Aku Maha Berkuasa
Bergantung la pada aku

Sebb itu sayangku
Untuk mencapai kembali ketenangan
Bukan mudah
Melainkan
Kita bergantung pada Allah

Ya Rahman, Ya Rahim
Kurniakan kasih sayang Dan cinta buat pasangan hanya keranaMu
Maka.kita Akan dapat Rasa
Nikmat kasih sayang dari Allah
Kuasa cinta itu
Bukan sahaja menyembuhkan
Namun dia membahagiakan

Semoga Allah memberkati Kita semua
Dan barang siapa merasa cukup dengan APA yang Allah berikan kepadanya, nescaya Allah Akan memberikan kecukupan kepadanya
(Al Hadis)

Jadi sayang ku
Bangkitlah dari hidup yang tidak tenang itu
Keluar Dr hidup yang huru Hara
Bahagiaka diri anda 
Hargai diri anda
Jadikan anda org yang paling bahagia
Jangan salahkan diri, walaupun itu yang bermain..
Ingat
Bukan Masa Kita nak Cari siapa salah
Sekarang Masa untuk Kita berubah

Sayangku
Lupakan kelukaan itu
Kerjakan APA yang disukaimu
Dan siapkan diri saat Qada bertindak.
Nikmatkan hidup Hari ini
Jangan rungsing Akan Hari esok
Kerana Allah telah rancangkan sesuatu yang baik lagi indah

Salam sayang
Cik cahya...


Monday, October 21, 2019

Vitamin Hati Isteri

Assalamualaikum
Sahabat cinta Saya
Abaikan pict
Hari ini saja cik cahaya Cari penyakit..
Hahahah
Pakai high heels 4inchi, Rabat blok 4 tingkat
Lama nau tinggai

Ok...
Hari ini Kita berbicara tentang vitamin Hati Isteri.
Isteri yang penuh dengan Rasa cinta
Jadi setiap Hari vitamin cinta perlu diambil
Agar setiap isi rumah dapat merasai nikmati Rasa cinta itu..

"Dia menetapkan kepada dirinya kasih sayang"
An'am, ayat 12

Rasa cinta sangat hebat Wahai ibu rumah
Sangat2 hebat sehingga ianya dapat menakluki watak seseorang hamba yang keras walaupun sekeras singa.

Beriman dengan kalimah Ar Rahman Dan Ar Rahim bukan semata dibibir sahabatku sayang.
Tapi sedaya upaya meniru segala sesuatu yang terkandung dalam makna ayat tersebut.

Susah Kan... Nak amalkan maksud kedua nama ini..ya sangat susah terutama bila dirasuk api kemarahan... jadi berdoalah..sepeti doa yg telah dikongsikan dalam buku Sulaiman Alkumayi

Ya Allah
Jadikan aku alat kasih-Mu
Di Mana Ada benci, maka kau izinkan aku menamankan cinta,
Di Mana Ada hati² terluka, biarkan aku menjadi penghibur
Di Mana Ada keraguan, biarkan aku memberi keyakinan
Di Mana Ada putus asa, izinkan diri ini menyebar Kan harapan,
Di Mana  Ada kesedihan biar aku berkongsi bahagia
Di.mana Ada kegelapan, biarkan aku memberi cahaya..

Semoga rumah Kita penuh dengan Kasih sayang Dan Cinta 



P/s:- ingat praktis pada yang halal..jgn dok guna ayat2 ini untuk yg Haram...
Macam2 isu skrg ini..kena bgtaw terang ²

Ok Salam sayang
😘

Wednesday, October 16, 2019

Triplet: Pinjaman Allah jangan jadikan sumber fitnah

"Tak boleh la nak buat apa pun sebb depa kacau!"

Ayat yang sering ummi beri
Alasan barangkali

Allahuakhbar
Sebenarnya
Allah kirimkan mereka sebagai penguat semangat

Siapa yang Memudahkan urusan hamba?
Ummi masih harapkan hamba untuk Mudahkan urusan ummi mendidik Dan menguruskan kamu semua..

Ummi lupa
Hamba ini sifat dia tidak sempurna
Alhamdullillah
Allah jentik ummi
Allah sedarkan ummi
Cik Cahaya, jangan harapkan makhluk lebih dari Aku yang menciptaka makhluk..

Bismillah, ayat terkesan pagi ini yang diambil dari sesi perkongsian sesi tadabur..

Ayat healing buat Masa ini
Penawar bagi hati

...maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
(3:97)

....padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?"
(3:98)

....Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(3:99)

Nota :

Yang sentiasa berhajat itu adalah manusia. Sedangkan Allah Maha Kaya tak perlukan  (saya) pun. 

Lakukan sesuatu hanya kerana Allah. Sebab Allah sentiasa menyaksikan . Walaupun perbuatan itu tidak disaksikan manusia lain, tapi CCTV Allah sentiasa ada. 

Selesaikan sesuatu pekerjaan dengan yang terbaik. Sebab Allah tidak lalai dalam apa yang saya lalukan.

Terkena sangat dengan situasi saya minggu ini. Berkejaran menyiapkan tugasan. Lelah rasanya. Adakala timbul pula niat untuk buat ala kadar. Hari ini Allah tegur. πŸ˜­πŸ˜”

Malah sering membebai kerana mengharapkan pertolongan Tuan VVIP tapi kekangan kerja beliau xdpt menyalurkan bantuan. 


Allah..😒

Satu lagi Pengajaran yang cik cahaya pelajari

Cintai makhluk kerana Allah
Kita sayang Allah Kan.
Jadi Kita Akan patuh APA yang Allah minta

Taat pada Tuan VVIP bukan kerana diri makhluk itu, tapi kerana itu lah perintah Kekasih Paling Agung. 

Nanti cik cahaya kupas lebih mendalam rawatan hati dengan ayat2 healing yang sangat2 membantu...

Monday, August 26, 2019

Haram tetap Haram APA jua AlasanMu

Berbicara dari Hati ke hati dengan anak-anak didik

Isu batasan pergaulan
Mungkin mereka tidak didedahkan dengan batasan pergaulan antara lelaki Dan Perempuan.

Isu couple diselit..
Alasan mereka
Ala cikgu WeChat sahaja bukan jumpa
Alaa cikgu wasap jer pun

Almaklum... Benda free sekarang..zaman Kita dulu kena gayut Kat public phone Kan.. hahahahah

Ok..Macam ni
Al.Quran kata apa
JANGAN HAMPIRI ZINA
Al Quran x kata
JANGAN BErZina

Jadi di sini
Cikgu terang Kan
Salah satu perkara yang menghampiri Zina adalah
Berdua-duaan lelaki Dan Perempuan

Kami WeChat, wasap personal Kan.. berdua-duaan Kan dalam tempat yg tertutup..org lain x nampak Dan x tahu betul? Jadi itu juga salah satu perkara yang menghampiri Zina.. benda HARAM yang dilarang..

Kenapa?

Yang pertama
Kamu bukan nak menikah lagi..so x perlu sesi bertaarufan

Kedua
Walaupun permulaan hanya biasa2
Namun lama kelamaan
Kamu Akan jadi
Rindu nak mesej
Maka ianya sudah mendekatkan kamu dengan Zina Hati

Ketiga
Dari situ dah
Rindu nak tgk gambar
Dah dekat dengan Zina Mata

See
APA juga alasan kamu
Benda yang HARAM tetap HARAM
Sama seperti
Isu rokok
Ada org membolehkan kenapa?
Sebb dia nak merokok

Jadi sama juga dengan kes ini
Macam2 alasan dicipta bagi
Menghalalkan benda ini

Satu sahaja persoalan Saya
Tiadalah kawan sejantina?
Lelaki perempuan memang tidak dibenarkan...

Atau
Kaunselor sekolah yang begitu Comey dok tunggu untuk setiap sesi luahan masalah

Jadi cikgu done membebel..

Friday, June 21, 2019

SALAH ORANG NAMPAK, SALAH SENDIRI BUTAKAN MATA #jomcantik

Assalamualaikum sahabat syurga che cahaya.

amboi sejak dua menjak ni penuh nesw feed dengan artikel "tanggungjawab suami", "suami perlu uruskan kerja rumah tangga",  malah ada yang #sunnahRasulullah dan tag suami masing2..

pertanyaan che cahaya
1- bila tag tu adakah suami puan2 semua berubah?

Alhamdulillah jika ada yang berubah.. ternyata puan sangat bertuah
namun jika suami masih di takot lama... apa akan jadi pada puan-puan

yeessszzza
stress kan?


pernah tak puan-puan ingta kembali, apa tujuan kita membina rumah tangga? bukan sekadar menghalalkan hubungan kan.. saling memerlukan satu sama yang lain. tetapi bila anasir sebegini menjengah dalam rumah tangga kita...dan bengteng iman yang tidak kuat maka akan berlakulah satu gelodak negatif dalam rumah tangga tersebut.

saya berbicara mengenai pengalaman sendiri
apabila diri termakan dengan kata2 anasir luaran...yang tidak pernah kenal dan tahu apa yang berlaku dalam alam rumah tangga kita

manjadikan che cahaya isteri yang "KUFUR NIKMAT SUAMI".. Allahu
sangat takut bila perkara itu terjadi
Allah uji dengan pelbagai cara adakah untuk menunding jari menyalahkan pasangan kita? Allah sedang uji siapa sebenarnya? Kita mahupun pasanga kita?

Sedangkan masih ramai diluar sana yang diuji dengan kesukaran mendapat jodoh mahupun jodoh yang lebih teruk dari pasangan kita.

sangat membantu bila che cahaya tak cukup tido uruskan trio

Alhamdulillah
saat sujud, che cahaya meminta jalan, pertunjuk agar dihilangkan rasa mara pada Tuan VVIP setiap kali dia tak mampu mambantu menguruskan rumah tangga dan anak2 yang berderet..penat lelah hanya adukan pada Allah..mohon Allah hilangkan penat lelah ini..

Saat diri perlukan pertolongan Allah bukakan jalan...
Allah telah hadirkan seorang teman, seorang guru yang mengajak kita melebihi dan menyantuni TUAN VVIP..
Allah menghadirkan kumpulan jemaah yang merawat jiwa dengan ayat2 cinta Allah.

Hamba? pernah mengeluarkan ayat sebegitu.."ingat saya hamba ka?
lupa kan
diri sememangkan seorang HAMBA!

sebenarnya
Allah menguji diri
Allah menguji iman
bukan menjadikan diri kita sebagai hamba manusia
tetapi HAMBA ALLAH
dan
untuk meraih SYURGA Allah
maaf jika TUAN VVIP terbaca post ini
benar dulu che cahaya pernah menganggap bahawa "inginkan syurga tapi nampak lebih banyak ke neraka"

tahu tak kenapa? kerana kita hanya menyalah dan melihat ORANG LAIN bila Allah uji
Kenapa?
Kenapa nak kaitkan orang lain?

Allah uji untuk apa?
kifarah dosa
untuk naaikkan darjat..
Untuk bukakan pintu syurga...
ingatlah segala penat, segala lelah, sebaga keletihan Allah angkat dosa kita, Allah  padam dalam buku malan kita..

untuk siapa
untuk orang yang bertaqwa
siapa orang bertaqwa
orang yang bersabar..

nak masuk syurga mudah kah puan2
cuba banyangkan
puteri kesayangan Rasul Allah
sampai kematu tangan menjalani tugas dan tanggungjawab seorang isteri

kita?
susah kah kita?
noxxa ada
breadmaker ada
vacum ada
semua serba mudah
nak ikut S. Fatimah kan masuk syurga..
Dia juga penat
Dia juga mengeluh
Dia juga meminta hamba sebagai "helper"

tapi apa Rasulullah berikan sedangkan bukan seorang, 10 orang hamba pun Baginda boleh beri pada puteri kesayangan itu.
Indahkan cara hidup mereka..

namun,
jangan memaksa diri
Buat setakat kita mampu

Si suam pula kena faham
jika isteri larat, maka kemas la rumah, adalah masakan buat anak2.. namun jika kudrat si isteri sudah tidak terdaya...pejamkan mata melihat semua yang TIDAK SEMPURNA itu kerana kamu juga tidak mampu melengkapkan KETIDAKSEMPURNAAN itu.

dan isteri kena bijak
to be supermom
not easy
but u can try
energy booster
supliment yang ada kelulusan

nak tahu tak apa energy booster checahaya

1- bangun tengah malam..cuba solat tahajud...
2- banyakkan istigfar
3. banyakkan selawat
4. dahulukan hari dengan baca dan tadabur Al-quran


then

setiap pagi akan ambik ESP ni..minum ngn kopi

setiap malam pula cinch tea atau DP



JOM mommy kita ubah minda
jom kita baiki diri, terima persekiratan dengan aura positif...
macam mana nak dapatkan..

haa make sure wasap taw
bukan apa
sebb che cahaya boleh consult apa yang terbaik buat mommy




Sunday, June 16, 2019

PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI PETANI: ANAK PINTAR DENGAN OMEGA GUARD




Assalamualaikum semua

Tahu tak kepintaran si manja kita boleh dijana dengan pemakanan yang kaya dengan DHA dan EPA.

Che cahaya dan test beri IN Omega Guard ni
Alhamdulillah hasilnye sangat memberangsangkan... 

IN mula2 memamg agak sukar nak faham subjek matematik.. bila kita ajar dia tak dapat tangkap..lagipun dia cepat hilang fokus..
jadi che cahaya cuma beri dia omega guard
selama ajar dia memang nampak dia cepat boleh
tak kira matematik atau membaca

kenapa che cahaya pilih Omega Guard? 




Keistimewaan Shaklee

Minyak Ikan Berpekatan Tinggi
OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

Penyulingan Molekul Berganda
Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.

Sahabat Laut
Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.





Otak kita terdiri daripada hamper 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada
lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan
mengandungi 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji untuk:
• Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.
• Kesan positif kepada perasaan, kognitif, dayaingatan, pembelajaran dan
perhatian.
• Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan
penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan
demensia/nyayuk.




Fungsi EPA

Mencegah kanser
Mencegah pembekuan darah
Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
Baik untuk pesakit jantung
Menghindar tekanan perasaan
Mencegah penyakit darah tinggi                

Tugas DHA
Mencegah asma
Meningkatkan daya seksual
Mencegah sakit kulit
Mengelakkan kanser payu dara
Mengelak kanser prostat
Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Untuk dapatkan Omega Guard
boleh hubungi

http://checahaya.wasap.my

atau anda aboleh dapatkan secara online dengan klik




Saturday, May 18, 2019

TERBAIK UNTUK SI MANJA


Assalamualaikum
Salam sejahtera

Haii ampa semua
hari ini che cahaya nak beritahu sikit mengenai meal shake dari shaklee ni

Apa yang best nye tu
haa meh saya cerita

6 fakta tentang Mealshake:


1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit




pembelian secara online boleh di buat dengan menekan butang di bawah


atau wasap ke 




Wednesday, December 5, 2018

Alhamdulillah anak dapat 5E



Assalamualaikum
haaa...Maaf ye tajuk bagi sentap skit...tajuk bukan perli taw..saja nak tarik minat mommy2, ummi2, mak2. mama2 dan ibu2 baca.

~ Terima KEGAGALAN anak. Kenal Pasti KEBOLEHKAN anak~
ni tajuk sebenarnyee

saya bercakap dari perspektif seorang guru
skrg ni banyak lalu di wall saya

hargai anak walaupun anak tidak mendapat 5A
ye itu betul...sebetul betulnya
kerana UPSR bukan penentu kejayaan seorang anak lagi..

Namun, jangan ambil mudah bagi ibu bapa
seperti yang kita tahu,
UPSR tahun ini merupakan penilaian bagi KSSR
dimana soalan yang diberikan menguji bukan tahap pembelajaran murid..tetapi lebih kepada tahap pemikiran murid...

Budak besar tu cikgu mana boleh fikir...
satu sahaja
jika mereka x boleh fikir
tidak ada budak 12 tahun dalam labour room
tak ada budak 12 tahun terlibat dengan syabu
 mungkin bukan dari persekitaran tuan puan
tetapi ada!

kenapa?
kerana tahap kematangan budak sekarang lebih kehadapan berbanding dengan zaman kanak-kanak kita dahulu.
jadi kita tidak boleh samakan dengan zaman kita dahulu.


okey berbalik kepada sooalan peperiksaan
kenapa murid tak dapat jawab...
kerana.... mereka KURANG MEMBACA
statistik menunjukkan orang MALAYSIA MALAS MEMBACA!

sekiranya anak kita, memang kerap membaca...namun masih tidak dapat keputusan yang baik..
BAGI SAYA B dan C itu masih lagi keputusan yang baik.. kemudian barulah kita lihat mungkin anak-anak kita mengalami masalah dalam pembelajaran. Kadang kita tak dapat lihat dari awal.

kenapa saya cakap macam ni
Kerana tuan puan..ada pelajar di sekolah menengah..yang masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira!
bukankah ada LINUS
itu saya tidak mahu komen apa2

Jadi adalah sangat rugi sekiranya kita terus membiarkan anak- anak yang mengalami masalah dalam pembelajaran di sekolah aliran perdana ini. Kenal pasti dan mohon agar mereka disalurkan ke sekolah berpendidikan khas.. di mana para guru terlatih untuk mengajar dan mengawal tingkah laku mereka.



Kemudian kenal pasti KEBERKATAN ILMU.
Bagaimana hubngan kita dengan cikgu
Bagaimana hubungan anak kita dengan guru
takut segala usaha telah dilakukan, namun bila keberkatan ilmu ditarik maka ILMU yang disampaikan tidak tersimpan dalan hati anak-anak kita.

dan terakhir, sekiranya anak kita tidak mengalami masalah pembelajaran, mungkin dia mempunyai minat atau kebolehan di bidang lain. (jangan pula sokong anak terkinja-kinaja menari manyanyi) bukan itu yang saya maksudkan.. Ya kalau dia minat muzik, salurkan dia pada ilmu muzik yang bermanfaat bukan hiburan semata. mungkin dia minat dalam lukisan..manfaatkan kebolehannya, asah bakatnya. dan pastinya ianya tidak dapat di sekolah. ibu bapa kena ambil inisiatif lain semasa diluar persekolahan.



BERKIRA DENGAN DUIT

Ini menarik perhatian saya
Ramai ibu bapa yang BERKIRA dalam memberlanjakan duit untuk anak mereka. Kawal duit kalau boleh sejimat-jimatnya sedangkan untuk KEHENDAK diri boleh berbelanja sesuka hati dengan alasan AKU YANG PENAT KERJA,

Allahukabar
tuan puan sedar atau tidak
kita ini menumpang rezeki anak.
setiap anak yang lahir tuan puan perasan tak rezeki kita bertambah
itu namanya kita hanya pelaku, rezekinya dariAllah
dan kita hanya menumpang rezeki yang Allah kurniaan kepada Anak. jadi jangan berkira dengan kebajikan dan pendidikan anak. Sebaliknya kita kena kawal nafsu memenuhi KEHENDAK diri kita.

pengalaman menjadi guru bukan sahaja meminta diri ini mengajar. Namun memberi peluang diri untuk belajar. terus belajar untuk menjadi ibu yang terbaik buat si anak.
Semoga Allah memberkati dan merahmai semua zuriat kita.

Saturday, October 27, 2018

~ Tak Kenai Maka Tak Cinta~ Sistem Asiah Maharam

Assalamualaikum
Selamat malam
hari ni saya terpanggil untuk membuat sebuah penulisan setelah membaca sebuat post rakan FB saya.

dalam menggali ilmu penyusuan... sya tak pernah berkira
baik free mahu pun berbayar saya sanggup demi anak tersayang

semua bermula dr ank pertama saya
perjalanan diuji seawal kelahiran
seawal langkah pertama apabila bb reject direct feed
masih x berputus asa saya terus menyusu sehingga enam bulan.

Allah sahaja yg tahu betapa struggle memjadi ep mom saat dah ketika tu.. pam setiap 3

Friday, August 17, 2018

Penggalian semua Telaga Zam Zam

Assalamualaikum
selamat pagi semua kesayangan
Hari ni che cahaya nak cerita pasal penggalian semula telaga ZAM ZAM
Pernah tahu x, telaga ini pernah hilang selama beberapa tahun di bumi Mekah?
Abdul Muttaliblah orang yang telah berusaha mencari dan menggali semula telaga ini bersama anaknya Harith setelah mendapat Ilham daripada Allah s.w.t.

Iklan sat...sapa2 nak cuba boleh whatsaap 017 457 4657


Kisah telaga suci ini mmg telah diketahui oleh seluruh penduduk Mekah, namun setelah mereka gagal menjejakinya , ianya hanya dibiarkian begitu sahaja.
tetapi apabila Abdul Muttalib menjadi pemerintah Mekah ketika itu, keazaman yang kuat untuk mencari telaga zam zam sejak kecil lagi menjadikanya tidak putus asa mencari di seluruh pelusuk Mekah.

sehinggalah pada suatu malam, Abdul Muttalib bermimpi, ada suara yang berbunyi
"Galilah telaga Zam Zam wahai Sheikh yang besar"
Dia bertanya, di manakah lokasi telaga itu.
belum sempat suara itu menjawab dia terbangun dari tidurnya

keesokkan harinya Abdul Muttalib bermimpi lagi
"Galilah telaga Zam Zam wahai Sheikh yang besar"
Dia bertanya, di manakah lokasi telaga itu.
suara itu meminta Abdul Muttalib pergi dan berdiri di tengah tengah dua buah berhala iaitu Isaf dan Nailah dan menggali di antara keduanya.

Bekerjalah dua beranak itu menggali sambil hanya diperhatikan oleh kaum Quraisy. mereka memandang usaha Abdul Muttalib itu sia sia sahaja sehingga akhirnya Abdul Muttalib ternampak pintasan emas dan bilah-bilah pedang kepunyaan Mudhad bin Amru al Jurhumi. ini lah kisah penggalian semula telaga zam zam.

Saturday, August 4, 2018

Atasi kemurungan dan keletihan dengan VIVIX


Assalamualaikum sahabat che cahaya
 Kita ni wanita saban hari tidak pernah habis dengan kerja kan
Kadang kita rasa sangat penat
walaupun kerja kita kadang hanya di pejabat, balik rumah tak sempat tukar baju dan pegang kerja rumah.. tak pernah terhenti dengan kerja

Penat kan sahabat?
Penat badan
Penat otak
Penat emosi

Rasulullah mengajar satu amalan untuk atasi masalah tersebut iaitu Zikir Fatimah

Amalkan Zikir Fatimah r.ha Sebelum Tidur Insya Allah Memberi Kekuatan Fizikal Dan Mental.

“Mahukah kutunjukkan kalian kepada sesuatu yang lebih baik dari apa yang kalian minta?” tanya baginda. “Jika kalian berbaring di atas tempat tidur, maka ucapkanlah takbir (Allahu akbar) 34 kali, tahmid (alhamdulillah) 33 kali, dan tasbih (subhanallah) 33 kali. Itulah yang lebih baik bagi kalian daripada pembantu yang kalian minta.” lanjut Nabi (HR. Bukhari dan Muslim)


Selain amalan zikir tersebut che cahaya nak share satu permakanan kesihatan yang juga membantu che cahaya.

Selain daripada Vitamin B Complex, Vivix juga membantu dalam mengatasi keletihan dan kemurungan yang dihadapi.


Bagaimana?

Vivix bantu pulihkan sel-sel yang rosak dan menggantikan nya dengan yang baru.


Hebatkan?

Dan yang menakjubkan lagi, bila anda mengkonsumsi Vivix dengan konsisten anda akan dapatkan kulit semakin cantik dan anda akan rasa bertenaga dari biasa.


Vivix bagus kerana merupakan formula yang buat khusus untuk anti aging dan melambatkan penuaan dini. Kaya dengan antioksidan yang melawan serangan radikal bebas. Apabila anda ada masalah kesihatan,Vivix akan bantu rawat dan atasinya



Jom kita tengok apa kata pengguna Vivix ni












Selain daripada atasi keletihan, Vivix juga membantu dalam mengatasi masalah lain seperti:

  • Sebagai antioksidan tinggi dan melawan serangan radikal bebas
  • Merendahkan tekanan darah
  • Meningkatkan daya seks
  • Meningkatkan pengeluaran sperma
  • Mwngurangkan kedutan halus
  • Anti kanser
  • Merendahkan tahap kolesterol
  • Menguatkan tulang
  • Melambatkan penuaan
  • Mengurangkan artritis
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Menghalang kejadian tumor
  • Mengawalselia estrogen
  • Mengawal selia insulin
  • Membantu Glaukoma
  • Mengurangkan rambut beruban dan gugur
  • Menghalang Alzheimers
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Mencegah masalah Prostat
Kenapa Vivix sangat bermanfaat untuk diamalkan, ini adalah kerana di dalamVivix ada ramuan yang bernama Anggur Muscadine.

Anggur ini adalah anggur liar yang mempunyai20 kromosom,dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Saiz daripada anggur muscadine ini adalah sebesar bola golf. Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, cahaya matahari yang kuat ia  mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ini membuat ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan.

Jadi sahabat kesayangan che cahaya, jangan la berkira2 lagi
dapatkan Vivix dengan segera
Hubungi Che Cahaya
Talian - 017-457 4657

nak senang klik je 

atau direct order di sini


SElamat mencuba....






Wednesday, August 1, 2018

Alfalfa Hebat!

Assalamualaikum Nayang2
Haaa che cahaya dok cerita kan pasal Alfalfa tu milk booster...haaa sapa nak tahu apa sebenarnya Alfalfa ni.
Pasti semua dok sangka dia sejenis VITAMIN kan...

Haaa kalau hampa semua nak tahu Alfalfa ni dia lebih kepada MINERAL
 Yaaa.....Mineral membantu mengaktifkan enzim yang melaksanakan proses tubuh.


Alfalfa bermaksud “raja segala makanan” 
sebab apa dia digelar macam tu
ia sangat berkhasiat.

Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.

Hebatkan Alfalfa ni.

Keistimewaan Shaklee

Alfalfa Complex adalah Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada 1950’an.

Ditanam di kawasan subur, Antelope Valley, California, 


Shaklee menuai alfalfa semasa di puncak kematangan - semasa berumur 2 tahun, untuk memastikan anda memperolehi kandungan nutrisi sebaik mungkin.



Selepas dituai, ia diletakkan untuk pengeringan di bawah udara segar dan sinar matahari panas California, dan Shaklee hanya menggunakan serbuk dedaun untuk menghasilkan tablet alfalfa.

Bila masa perlu makan Alflfa ni?
Alfalfa ni kalau nak dijadikan sebagai milk booster, kena makan masa breast kosong..maksudnya selepas sesi pump.

Tu bagi ibu yang menyusu selain itu Alfalfa sangat berguna dalam merawat kewanitaan kita..Bak kata pasarnya Jamu Orang Putih.

Kenapa  Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? Sebab Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin.

Selain tu Antara KEBAIKAN ALFALFA juga  :

  • Kaya Klorofil
  • Kaya dengan segala nutrisi yang diperlukan tuuh termasuk kalsium dan protein
  • Daunnya paling kaya dengan zat.
  • Kaya dengan mineral penting untuk manusia yang jarang diperolehi dari tumbuhan lain.
  • Bersifat alkali maka ia dapat mengalkalikan darah (menaikkan pH darah, less acidic)
  • Berupaya menarik racun logam berat keluar dari darah.
  • Detox usus.
  • Detox darah.
  • Detox logam berat dari otak (dengan bimbingan pengambilan yang betul)
  • Menurunkan kadar gula dalam darah.
  • Membantutkan pertumbuhan parasit dalam darah dan usus.
  • Membunuh parasit punca keputihan iaitu yis / yeast / candida.
  • Mengurangkan allergy.
  • Mengurangkan kejadian gatal-gatal termasuk urticaria / hives / gegata / kelopak garam.
  • Menghilangkan resdung
  • Menghilangkan alahan.
  • Mengurangkan asthma
  • Membantu pembekuan darah yang sihat dan normal.
  • Membantu atasi masalah pembekuan darah seperti thrombocytopenic purpura.
  • Membantu memerangkap lemak dan kolesterol
  • Membantu melawaskan kencing.
  • Menghilangkan bengkak air seluruh badan.
  • Mengeluarkan angin dari perut dan usus.
  • Mengandungi vitamins A, C and E, calcium, potassium, phosphorus, iron, magnesium. Iron, copper, zinc, boron, chromium, molybdenum, manganese, potassium, beta-carotene.
  • Mengandungi 300 zat termasuk bioflavonoids.
  • Sumber VITAMIN



Dah nampak kan kebaikkan Alfalfa ni..
Jom dapatkan dari saya 
Pengedar Shaklee Sungai Petani
che cahaya
011 2247 1377
wasap je


atau klik je button bawah ni