Wednesday, October 23, 2019

~ Nasihat Hati~ "Biarkan ianya Berlalu"

Assalamualaikum,
Sangat tertarik untuk membuat coretan isu sensitif malah sangat membimbangkan

Rupanya ramai di luar sana sedang berjuang
Berjuang dengan diri sendiri

Allahu....
Kepercayaan 
Bukan suatu bahan mainan
Membentuk bukan mudah
Namun mengekalkan setelah dikianati lebih susah..

Kenapa
Kerana kepercayaan itu Kita sandarkan pada makhluk
Makhluk ini sifatnya hina.
Tidak lari dari melakukan salah Dan silap
Kerana makhluk itu bukan anak malaikat 
Yang tidak dianugerahkan nafsu dalam jiwa

Maka Allah adalah sebaik baik pemelihara Dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para Penyayang
(Yusuf:64)

Bagaimana membentuk semula kepercayaan
SETELAH dikianati

Ada yang mengadu,
Mudah sahaja cik cahya mereka berkata
Benda dah lepas usah dikenang
Sedangkan diri yang berperang dengan emosi
serta prasangka bukan mudah untuk melupakan

Ya sayangku,
Cik Cahaya faham semua itu
kerana kita wanita
fitrahnya emosi
tidak boleh dinafikan atau di ambil mudah

Namun sayangku,
Satu sahaja
Berpegang kepada Ya Hafizh
Ya Maha Pemelihara
Setiap Kali Ada bisikan yang bertandang, Ya Hafizh berkali² sehingga hilang prasangka itu..

Benar, jika benar pasangan Kita masih mahu merahsiakan apa² ingat Kita Ada Yang Maha Pemelihara.. niat dalam hati

Ya Allah, pelihara la pasangan ku dari melakukan kemungkaran Mu Dan perkara² yang tidak baik malah sia²

Sayangku
Pasangan Kita bukan malaikat turun dari langit
Akan Ada ujian yang harus dia tempuhi
Mungkin dia tewas atau tersasar Dr landasan kesetiaan 

Namun jika dia masih memilih untuk bersama Kita
Berdoalah agar Allah menguatkan kita untuk terus mencintainya

Rasa bahagia itu bukan hanya Dr pasangan Kita.
Namun bahagia itu bila Kita dapat rasai ketenangan

Serius..
Bila hati tidak tenang
Hidup jadi sangat huru Hara
Segala bisiskan prasangka datang bertalu
Amarah memuncak hinga hilang pertimbangan. 
Hingga 
Hampir hilang akidah
Kerana menyalahkan takdir

Ramai yang mengeluh
"Kenapa aku Ya Allah"
Soalan yang tidak patut Kita lontarkan
Kerana APA..

Kerana Allah itu tidak kejam.
Allah itu Maha Baik

Alangkah baik jika Kita tukaq
Kenapa bukan aku Ya Allah
Soalan ini Saya dapat Dr perkongsian hebat coach Diyana Tahir
Bersama persoalan itu, kita merasai kasih sayang Allah..
Kerana Allah sayang..maka Allah pilih "aku"
Allah sayang sebab itu Allah uji
Kan Kita Akan Rasa lebih lega

Jadi Sayangku
Bila saat Allah uji dengan kesetiaan,
Ingatlah ianya tidak lain tidak bukan,
 Allah sedang jentik hati Kita, 
Allah sedang panggil Kita 

Wahai hambaKu
Tiada Ada yang boleh kau cintai melebihi diriKu
Wahai hambaKu
Aku cemburu bila Ada makhluk yang lebih kau harap Kan melebihi Aku
AKU RAJA LANGIT DAN BUMI
Layakkah makhluk itu lebih kau utamakan dari Diriku
Dia makhluk yang lemah
Aku Maha Berkuasa
Bergantung la pada aku

Sebb itu sayangku
Untuk mencapai kembali ketenangan
Bukan mudah
Melainkan
Kita bergantung pada Allah

Ya Rahman, Ya Rahim
Kurniakan kasih sayang Dan cinta buat pasangan hanya keranaMu
Maka.kita Akan dapat Rasa
Nikmat kasih sayang dari Allah
Kuasa cinta itu
Bukan sahaja menyembuhkan
Namun dia membahagiakan

Semoga Allah memberkati Kita semua
Dan barang siapa merasa cukup dengan APA yang Allah berikan kepadanya, nescaya Allah Akan memberikan kecukupan kepadanya
(Al Hadis)

Jadi sayang ku
Bangkitlah dari hidup yang tidak tenang itu
Keluar Dr hidup yang huru Hara
Bahagiaka diri anda 
Hargai diri anda
Jadikan anda org yang paling bahagia
Jangan salahkan diri, walaupun itu yang bermain..
Ingat
Bukan Masa Kita nak Cari siapa salah
Sekarang Masa untuk Kita berubah

Sayangku
Lupakan kelukaan itu
Kerjakan APA yang disukaimu
Dan siapkan diri saat Qada bertindak.
Nikmatkan hidup Hari ini
Jangan rungsing Akan Hari esok
Kerana Allah telah rancangkan sesuatu yang baik lagi indah

Salam sayang
Cik cahya...


No comments: