Friday, September 8, 2017

~ Apa Yang Kau Kejar~

Kejayaan
dalam Islam ...Kejayaan ini dilihat dengan skop yang lebih besar dari apa yang kita fikirnya
Hidup ini mari menuju kejayaan, setiap hari kita mesti dapatkan kejayaan
namun persoalannya
KEJAYAAN apa yang perlu kita kejar?

Apakah nilai A berderet2 bila kita tidak kenal Pencipta
kita kena faham hidup kita tidak berjaya walaupun kita sudah memiliki seluruh dunia. Tapi berjaya bila kita boleh mengolah diri kita menjadi mukmin dan beriman dengan Allah SWT.
ini simbol kejayaan kita yang pertama. Islam mengajar kita untuk menjadi mukmin kepada Allah. Apapun kedudukan kita..kita mestilah meyakini kepada Allah...

Ramai dikalangan kita percaya DUIT , JAWATAN, TERKENAL, simbol kejayaan mereka...  Namun mereka lupa bahawa kejayaan itu palsu.. MONEY is POWER... itu salah..dalam ISLAM tidak...
ISLAM mengajar..kita akan berjaya bila kita menjadi mukmin...

Kejayaan kedua kita bila kita boleh membersihkan hati kita. Hidup kita bukan sekadar bersihkan rumah atau kendereaan..Hati pun kita kena bersih.. Allah SWT sebut... " Beruntunglah sesiapa hidupnya sentiasa membersihkan jiwanya"
Dalam hidup ini begitu mudah kita nak dengki kat org, prasangka buruk kat org, iri hati dengan org kerana itu la tahap kejayaan yang kedua adalah sesiapa yang berjaya membersihkan jiwa...

SIMBOL KEGAGALAN yang paling besar adalah KITA TIDAK BOLEH SOLAT..

*******************************************************
Alhamdulillah seusia ini masih mendapat doa dari insan bergelar "GURU"