Thursday, October 24, 2019

~ Nasihat HAti~ Bina Bahagia dengan Raja Langit Dan Bumi

Assalamualaikum
mengenal diri sebagai seorang hamba
membuat cik cahaya membuat sedikit ulasan

Allah turunkan ujian kerana Allah sayang pada kita
Allah itu Maha Bekuasa
Allah boleh sahaja memberi kita hidup senang tanpa sebarang kesusahan atau kedukaan

Wahai perjuang cinta,
Allah berkuasa dalam segala yang ada di langit dan di bumi
Raja di langit dan di bumi
Tidakkah kita sedar, alunan zikir Ya Malik itu sangat- sangat memberi kekuatan pada kita

Ya sangat teguh dan sangat kukuh
Bila kita sandarkan segala urusan kita pada Ya Malik
Sedarlah wahai hati semua
Kelukaan yang kamu alami hanya sedikit jika dibandingkan dengan nikmat yang kita perolehi

Allah memberi sedikit kedukaan
tapi
Allah masih memberi kita mata untuk melihat,
Allah masih memberi telinga untuk mendengar
Allah masih memberi nikmat lidah untuk merasa

Sayangku,
Bangunlah kembali
kerana kita masih ada Ya Malik
sebutlah kalimah Ya Malik, dan rasakan betapa luasnya kerajaan Allah yang terbentang di alam ini,=.
Maka kita tidak perlu takut pada sesiapa pun
kita tak perlu takut pada kedukaan itu
kerana kita yakin
Ada nya Raja Langit dan Bumki bersama kita

Ayuh sayangku
Bangun terus berlari mengejar cita-citamu
mengejar bahagiamu
mencapai impinmu
membentuk kerajaanmu
bersama-sama dengan sifat kehambaan yang tidak pernah dilupakan

Katakan pada diri
"dunia ini penuh dengan kebahagiaan, penuh dengan kegembiraan, penuh dengan kedamaian, tidakmada kebencian tidak ada permusuhan"
maka dari situ akan ada kekuatan untuk memaafkan
memaafkan orang yang pernah melukakan

Harapan saya..coretan ini dapat menjadi kekuatan untuk semua bangun kembali dari keperitan dan kedukaan.

nukilan Cik Cahaya
:-)

No comments: