Wednesday, October 16, 2019

Triplet: Pinjaman Allah jangan jadikan sumber fitnah

"Tak boleh la nak buat apa pun sebb depa kacau!"

Ayat yang sering ummi beri
Alasan barangkali

Allahuakhbar
Sebenarnya
Allah kirimkan mereka sebagai penguat semangat

Siapa yang Memudahkan urusan hamba?
Ummi masih harapkan hamba untuk Mudahkan urusan ummi mendidik Dan menguruskan kamu semua..

Ummi lupa
Hamba ini sifat dia tidak sempurna
Alhamdullillah
Allah jentik ummi
Allah sedarkan ummi
Cik Cahaya, jangan harapkan makhluk lebih dari Aku yang menciptaka makhluk..

Bismillah, ayat terkesan pagi ini yang diambil dari sesi perkongsian sesi tadabur..

Ayat healing buat Masa ini
Penawar bagi hati

...maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
(3:97)

....padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?"
(3:98)

....Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(3:99)

Nota :

Yang sentiasa berhajat itu adalah manusia. Sedangkan Allah Maha Kaya tak perlukan  (saya) pun. 

Lakukan sesuatu hanya kerana Allah. Sebab Allah sentiasa menyaksikan . Walaupun perbuatan itu tidak disaksikan manusia lain, tapi CCTV Allah sentiasa ada. 

Selesaikan sesuatu pekerjaan dengan yang terbaik. Sebab Allah tidak lalai dalam apa yang saya lalukan.

Terkena sangat dengan situasi saya minggu ini. Berkejaran menyiapkan tugasan. Lelah rasanya. Adakala timbul pula niat untuk buat ala kadar. Hari ini Allah tegur. 😭😔

Malah sering membebai kerana mengharapkan pertolongan Tuan VVIP tapi kekangan kerja beliau xdpt menyalurkan bantuan. 


Allah..😢

Satu lagi Pengajaran yang cik cahaya pelajari

Cintai makhluk kerana Allah
Kita sayang Allah Kan.
Jadi Kita Akan patuh APA yang Allah minta

Taat pada Tuan VVIP bukan kerana diri makhluk itu, tapi kerana itu lah perintah Kekasih Paling Agung. 

Nanti cik cahaya kupas lebih mendalam rawatan hati dengan ayat2 healing yang sangat2 membantu...

No comments: