Monday, July 30, 2018

Susu Meriah * Rezeki Tripleta*

Assalamualaikum sahabat che cahaya
Ramainye shayang2 yang berkobar2 nak susukan anak kan
Tapi ramai yang tak taw Rahsiahnya


Ramai yang tanya..ambil milk booster apa
Mommy2 tahu tak milk booster apa yang boleh bantu mommy2 upkan susu badan. Ramai mommy2 yang alami masalah seperti che cahaya tak sekali pam mak 5oz sahaja... haaa itu che cahaya yang dulu...sekarang minimum 6oz taw... Alhamdulillah rezeki Triplets

Mommy2 tak salah kita ambil supliment untuk membantu penyusuan kita. Perasan x bila masuk kerja sahaja susu badan kita akan drop dan makin drop...kenapa ekkk???

 Susu badan merundum mungkin sebab stress di tempat kerja , mungkin juga sebb badan kita keletihan dan mungkin faktor lain juga.

Bekalan triplet 1 hari 3oz x 12 botol


Untuk makluman 3 perkara ni ibu-ibu menyusu pun patut tahu. Iaitu:

  • Elakkan minuman berkafein
  • Elakkan minuman berais
  • Amalkan minum air 3 liter
Kadang kita dah jaga semua ni. Pantang makan. Jaga pamping time tapi kenapa ekkkk?? Dok kenapa ek? Kenapa ek?

Meh semak apa makanan kita...adakah makanan yang kita makan tu ditukarkan jadi lemak atau susu (pinjam ayat coach Asiah). 

Penyelesaian yang che cahaya jumpa dan amalkan selama penyusuan triplets ni adalah dengan supliment penyusuan Shaklee.

Shayang2 bukan supliment ni yang naikkan susu u all ye.. kena faham.. betul2 bila badan sihat, minda sihat jadi hormon "cinta" akan dikeluarkan dengan banyaknya..hormon ini yang akan mengeluarkan susu dengan jaya!

Set Penyusuan Shaklee ni ada apa ye??


1. ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
#

  •          Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.

  •          Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
ESP ini harga dia RM 161






    2. Alfahfa

    • Meneutralkan asid dalam badan
    • Membantu masalah keputihan pada wanita.
    • Membesar dan menegangkan payudara.
    • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
    • Memulihkan urat selepas bersalin.
    • Milk booster
    • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
    harga Alfalfa pula rm 57.50

    3. OsteMatrix



    Bagi kita yang bekerja ni... memang akan sangat2  jarang dapat makan makanan yang seimbang dalam waktu kerja kan.

    .macam che cahaya time rehat la nak lari pi solat Zohor..Ada juga mommy2 yang susah nak konsisten minum susu..

    jadi tubuh kita  akan kekurangan kalsium, jadi tubuh akan mengambil kalsium dari tulang dan gigi dan sebagainya. 

    Sebab tulah ibu menyusu cepat mengantuk, letih dan sakit serta lenguh-lenguh badan. Jadi, Ostematrix lah penyelesaiannya. Harga OsteMatrix ni RM 61.25





    4. Vitamin B Complex



    Fungsi vitamin ini ialah anti-stress.

    Dalam vitamin B complex ini terdapat acid folic sebanyak 200 mcg.

    1 tablet vitamin B mengandungi 589 mg yang mana mengandungi vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6, vitamin B12, biotin dan pantothenic acid.


    Ok. itu dia, semua jenis vitamin B semuanya ada.

    tapi yang paling best dah nama vitamin ni pon anti-stress pastinya vitamin B dapat elakkan kita dari berasa murung/stress


    boleh mestabilkan hormon. Kita pon akan rasa happy gembira. Hasilnya bila kita gembira, hormon oxytocin akan merembes dan membanyakkan susu badan kita.


    Ok ni la yang che cahaya ambik sepanjang penyusuan ni... mommy2 jom la ikut che cahaya..


    bukan saja2 taw.. bekorban untuk baby kita..Harga dia RM 58.75




    Haaa ini baru set asas untuk sihat badan minda cergas taw... mommy2 nak nak try meh la wasap/ sms/ call che cahaya - 011-224701377

    Agen Shaklee Malaysia






    Sunday, July 29, 2018

    Pengedar Shaklee Utara

    Assalamualaikum semua shayang2  che cahaya
    Semoga semua sihat, ceria dan sentiasa chantik jelita
    Haaa ari ni che cahaya nak bgtaw semua..yang che cahaya pengedar sah Shaklee Malaysia
    .
    Shayang2 yang dok area Utara Jitra sampai Sungai Petani boleh la dapatkan vitamin kegemaran anda dari che cahaya..



    Senang ja sapa2 nak shaklee esp ke shaklee ostematrix ke shaklee Alfalfa ke..atau mana2 shaklee product meh la contac shaklee agent ampa semua ni..

    macam mana? senang ja..klik link bawah ni
    http://checahaya.wasap.my
    Facebook che cahaya pula.... ----> Facebook
    Nak call atau SMS ----->011 2247 1377



    Thursday, July 26, 2018

    Agen Shaklee Utara

    Assalamualaikum semua
    Ok hari ni kita update blog pula 
    Ramai yang tanya che cahaya macam mana nak tambahkan susu badan
    sebenarnya masa anak 2nd che cahaya pun macam hampa juga ..mak 5oz  sahaja satu sesi peraham..
    .
    Tapi bila dah triplets ni awai2 macam tu juga.. then cek cahaya dapatkan set shaklee dan join mentor mentee dan personal coach ngn Asiah maharam. Sistem dia mmg best x ada rasa tekanan langsung..
    .
    Ramai mommy yang nak sangat penyusuan yang berjaya..Bagus sangat2 bagus
    tapi berapa ramai Mommy yang bersedia keluarkan duit untuk pastikan penyusuan itu berjaya.
    krik..krik..krik...
    .
    Che cahaya mmg jenis kalau nak tu usaha sampai dapat...bila dah usaha2 tak berjaya juga barulah che cahaya akan redha.
    .
    So untuk makluman mommy2 yang bekerja terutamanya..kesihatan madan dan emosi kita sangat2 penting dalam penyusuan..bukan nak makan apwe ye milk booster.. NO
    .
    No Set menyusu Shaklee ni dia lengkap memberi nutrisi dan juga vitamin minda pada mommy..
    maksudnya mommy bukan sahaja sihat tapi dia juga boleh release stress mommy..
    .
    Ok meh che cahaya perkenalkan satu2 

    1. ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
    #
    ·         Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.

    ·         Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.






    2. Alfahfa

    • Meneutralkan asid dalam badan
    • Membantu masalah keputihan pada wanita.
    • Membesar dan menegangkan payudara.
    • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
    • Memulihkan urat selepas bersalin.
    • Milk booster
    • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

    3. OsteMatrix



    Bagi kita yang bekerja ni... memang akan sangat2  jarang dapat makan makanan yang seimbang dalam waktu kerja kan..macam che cahaya time rehat la nak lari pi solat Zohor..Ada juga mommy2 yang susah nak konsisten minum susu..jadi tubuh kita  akan kekurangan kalsium, jadi tubuh akan mengambil kalsium dari tulang dan gigi dan sebagainya. Sebab tulah ibu menyusu cepat mengantuk, letih dan sakit serta lenguh-lenguh badan. Jadi, Ostematrix lah penyelesaiannya.





    4. Vitamin B Complex



    Fungsi vitamin ini ialah anti-stress.

    Dalam vitamin B complex ini terdapat acid folic sebanyak 200 mcg.

    1 tablet vitamin B mengandungi 589 mg yang mana mengandungi vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6, vitamin B12, biotin dan pantothenic acid.


    Ok. itu dia, semua jenis vitamin B semuanya ada.

    tapi yang paling best dah nama vitamin ni pon anti-stress pastinya vitamin B dapat elakkan kita dari berasa murung/stress


    boleh mestabilkan hormon. Kita pon akan rasa happy gembira. Hasilnya bila kita gembira, hormon oxytocin akan merembes dan membanyakkan susu badan kita.


    Ok ni la yang che cahaya ambik sepanjang penyusuan ni... mommy2 jom la ikut che cahaya..


    bukan saja2 taw.. bekorban untuk baby kita..





    Wednesday, July 18, 2018

    Ujian Allah Datang Lagi #TripletsA

    Assalamualaikum...
    Lama tidak bersiaran hahaha
    Alhamdulillah pagi ini che cahaya berpeluang untuk membuat taipan.
    Maha suci Allah... Dia Maha Merancang...
    Allah menguji che cahaya dengan anak2..
    Si kembar tidak sihat
    Si Abang2 pun sama
    Menjaga 5 anak tidak sihat sekaligus sangat2 menguji kesabaran dan tahap kemarahan che cahaya.
    Allahu.. Allah maha mengetahui

    Alhamdulillah mama che cahaya datang membantu.. Allah titipkan pembantu dikala che cahaya rasa sangat2 kepenatan... Che Cahaya mula mengamalkan zikir Fatimah setiap kali lepas solat subuh dan Isya.. Alhamdulillah Allah berikan kekuatan..
    Hari ke 6 anak2 tidak sihat
    semalam si kembar demamnya masih tinggi... Risau juga di hati.. Mohon sahabat doakan anak2 che cahaya cepat sembuhnya..
    4 malam mama melihat che chaya berjaga malam menguruskan anak2 tidak sihat...turut membuatkan dia risau..
    mama pesan agar che cahaya jangan pendam rasa penat dan stress..luahkan takut nanti jadi something yang kita x mau jadi..
    Mula2 fikir insyaAllah tak akan jadi apa2

    Then mula bersuara di Group Whatsapp Triplet Mommy.. rupanya benar... bila badan terlalu penat uruskan anak2.. akan mula tekanan dalam jiwa.. tido x cukup.. badan letih... maka akan mula nampak sesuatu yg kita xmau langsung lihat.. akan dengar suara2 yang tidak tidak pernah terlintas nak dengar..
    terjadi pada seorang sahabat apabila menguruskan 6 orang anak yang chiken pox serentak.. Cik cahaya daat bayangkan...( aku baru 5 dah rasa nak pengsan).

    Alhamdulillah Che Cahaya juga serasi dengan ESP as energy booster.. Mommy2 yg bekerja..dan jaga nak sendiri cubalah sayang ESP ni..memang sangat2 membantu..
    Suami2 yang tidak mampu membantu isteri..
    Kadang che cahaya faham bukan suami tidak mahu membantu..macam suami che cahaya sendiri..kerjanya mencari rezeki dengan berniaga menjadi kekangan dalam membantu memguruskan keluarga..tapi kalau hari dia cuti Alhamdulillah....

    che cahaya mohon sangat2 belikan lah..hadiahkanlah rewardlah isteri anda.. mereka penat..sangat2 penat... walaupun mereka tidak kerja sekuat anda tapi percayalah mereka penat..emosi mereka penat... minda mereka penat... tidak salah berbelanja untuk insan yang banyak bekorban nyawa melahirkan zuriat kita..bekorban masa malam menjaga dan menyusu anak2 kita.. bekorban masa lapang dengan urusan rumah tangga kita...
    Mula2 dulu fikir mahal la... tapi bila congak kembali satu bekas ni tahan 3 bulan... mean sebulan habiskan lebih kurang RM50 ja..





    Sunday, June 24, 2018

    ~ Manusia berkehendak Allah Maha Berkehendak~ :- ASBAB TRIPLETS

    " Dan tidak ada makhluk apa pun juga yang melata di atas muka bumi ini melainkan rezekinya sudah dijamin oleh Allah"

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Masih belum terlewat untuk che cahaya mengucapkan ucapan raya..
    Rasa tahun ni membawa perubahan yang amat besar dalam hidup che cahaya dan suami..semuanya berubah 360 darjah.



    tetiba sahaja ahli keluarga bertambah meriah..:-) Alhamdulillah
    Ramai yang mesej tanya Che cahay apa tips untuk dapat triplets ni.. Puas che cahaya cari apa yang menjadi asbab che cahaya dikurniakan triplets ni...

    Ok.. triplet ni 2 kantung...means 2 ovum disenyawakan.. patut la doktor2 dok tanya ada ambik rawatan apa2 ke... 

    .................................................................................................................Imbas kembali

    sebenarnya memiliki anak kembar mmg menjadi kehendak che cahaya dan suami... dari mengandung sulung kami berharap dapat kembar... maksudnya dah 6 tahun kami dok sebut dan doa untuk memiliki zuriat kembar ni..

    Namun perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan.

    Nak dijadikan cerita...dua bulan sebelum che cahaya lekat triplets ni..encik suami mengerjakan umrah sebulan Ramadhan.. nak dijadikan cerita sudah 2 tahun kami tak beraya bersama..tahun sebelum itu juga encik suami beraya di tanah haram bersama mertua. 

    sepanjang ketiadaan encik suami, che cahaya agak strugle nak uruskan 2 org anak teruna ( 4 tahun dan 1 tahun). Che cahaya juga strugle nak ssiapkan thesis che cahay untuk dihantar bagi memastikan che cahaya dapatviva sebelum lect kesayanggan bersara.

    Dah tentu sangat2 memenatkan... sebelum ni sejak bersalin anak pertama che cahaya amalkan Women Secter Recepi (WSR) sebahai energy booster. sebenarnya che cahaya ada history fabroid..so che cahaya tidak akan ambil sesuatu tanpa cadangan doktor.. WSR ini diperkenalkan oleh seorang doktor perubatan di klinik kesihatan di Selangor. mmg agak serasi dengan che cahaya.


    ok balik kepada cerita... nak dijadikan cerita..untuk upkan energy pada ketika itu... che cahaya upkan dos ( juga sudah tanyakan kepada doktor) kepada 6 biji sehari... masa tu sembang dengan rakan seklah yang sama2 amalkan WSR ni.. kata nak cantik sebb tu upkan dos..Alhamdulillah x panas apa...

     sehingga la..encik suami balik dari mekah..che cahaya stop ambil 6 biji..(sebb WSR ni juga boleh jadi agen penyubur).. yela masa tu anak no 2 baru setahun lebih dan masih menyusu badan... mmg che cahaya x plan nak tambah baby pun...

    Mungkin WSR ini juga asbab kepada kehadiran Triplets ni dalam hidup kami..sebab sebulan selepas encik suami balik mekah tu terus lekat...

    alamak baby dah nagis..nanti ku sambung cerita lagi....sapa yang berminat nak mencuba WSR boleh whatsapp che cahaya...


    Wednesday, November 1, 2017

    # Mental Illness -Depression

    Assalamualaikum
    Salam Sejahtera


    Depression is a mental health disorder. It is a mood disorder characterized by persistently low mood and a feeling of sadness and loss of interest.

    Che Cahaya nak kongsi pengalaman saya dua bulan yang lepas
    At the end of august
    The hardest time for me..

    Masa tu saya kena antar 10 copy thesis bagi bagi viva... selepas mendapat proofread dari COSV maka kerja penambahbaikkan dijalankan...

    masa yang terhad sebb nak ligan tarikh register,, nak elak bayar yuran bagi semester baru... kononnya...

    saya hanya meninggalkan 5 minit untuk membuat susu Dzakirul pada masa itu dan bila kembali.... PC saya off... bila on balik saya dapati thesis saya hanya ada sehingga bab 4.
    Masa tu tak tahu apa perasaan yang ada dalam pala otak ni... mmg tangan menggigil..
    cuba cari balik recent dokument pun x dapat full thesis...its mean mybe sebelum off dia "save"..

    saya terus off my pc.. take a break.. mandi...solat dhuha..
    mmg dalam solat saya menagis ... bukan sebab sedih but more kepada Ya Allah Aku Penat!
    Sangat2 penat..

    pergi school dengan hati yang tidak gumbira... at the same time kena siapkan soalan periksa, kena siapakn buku program yang last minit dapat, too much school program at that time.
    SMK Bedong mmg menguji kesabaran para guru...if kat SP ini semua tahu bagaimana attitude pelajar SMK Bedong.. sangat mencabar

    After one week, saya perasan yang saya tak boleh marah....bila saya marah tangan akan menggigil, kepala akan sakit..bila sakit dia akan sakit sehingga dua hingga tiga hari. Mood memang ke laut...RPH saya tak buat...dan selalu menagis tanpa sebab. Tengok anak macam nak makan!

    but at the same time still continuous writing, naseb baik ada back up.. just ambil balik yang back up.. and edit penambahbaikkan... but saya akan bebai bila tengah writting "ummi nak susu".."ummi nak berak" "ummi itu dan ummi ini". Mmg waktu ini "ibu penyayang" tiada dalam diri saya...

    Selepas migrain berpanjangan... habis sepapan panadol masih belum lega sakit kepala... so i decided pergi jumpa doc.. masa itu saya didapati mengalami Depression.. then the doc set appointment to psikitri...  MC seminggu OKAY! itu yang penting hahah

    Satu minggu itu saya ambil untuk siapakan writting...dua hari tiga hari ulang alik penang betulkan format semua dan antar...mmg rasa macam kerja saya tidak memuaskan..rasa marah pada si anak masih belum habis...

    Hati jadi sangat tidak tenang..sungguh tidak tenang... then langkah yang paling mudah adalah cari kembali ketenangan itu... mula solat tahajud setiap malam... Ya itulah punca ketenangan...Punca Redha..punca menerima dengan hati yang terbuka...

    ****************************************************************************
    Masalah mental adalah berasal dari hati dan jiwa yang tidak tenteram..kadang hati kita mati... suburkan kembali hati tersebut..maka kita akan dapati hidup kita akan kembali tenang...












    Monday, October 30, 2017

    TRIPLET: Kenapa Tak Rancang!

    Assalamualaikum..

    Bila saya disahkan mengandung lagi dan TRIPLET
    ramai yang agak risau dan bertanya.."Kenapa tak ambil perancang"
    Okey sebelum itu mesti ramai yang tanya kenapa?
    sebb beza umur Dzakirul dengan pregnancy kali ini hanya setahun 4 bulan..mean bawah 2 tahun..dan previous ni czer.. so i already have 2 scar..
    1st one i mymectomy
    2st Czer masa bersalin Dzakirul

    Okey sebenarnya....saya bukan x pernah ambil...pernah cuba ambil pil (walaupun hubby kata xpayah) but lepas itu susu saya drop giler... saya mmg penyokong tegar penyusuan ibu..bila susu drop saya jadi stress..makan makin merudum la susu saya..

    bayangkan satu sesi pumping section 20 minit just get 3 oz maksimum... sehari anak saya perlukan more then 15 oz ... dengan jadual kelas 30 waktu menyebabkan ebm untuk si anak nyawa2 ikan

    then bila lihat kawan2 yang cucuk atau implano... mengalami naseb yang sama..so benda itu buatkan saya menjadi takut...

    untuk naikkan kembali production susu dua minggu juga power pumping tengah malam...but still maksimum 4oz one section... but Alhamdulillah  is enough for my baby sebb tak lama lepas  tu dah on solid food.,

    Lepas Dzakirul turn 1 yo mg cadang nak implno je.but time tu bz ngn thesis, analisis data..mmg tak ada masa nak jumpa gyne lagi...

    itulah kisahnya.....
    bukan sengaja xmau ambil perancang
    saya bukan ibu yang "gifted" susu meriah sampai boleh ada anak susuan..
    tapi saya usaha untuk breastfeed anak saya..so mommy2 kat luar jgan bg alasan susu tak banyak x boleh BF anak...
     Walaupun pump susu dapat sikit..doa agarnya menyenyangkan anak... maka susu akan cukup..  yqang penting cari penyokong...cari ilmu okey...




    TRIPLET: Journey 1#

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua


    Alhamdulillah diberi sedikit kekuatan untuk membuat sedikit coretan di laman yang kian menyepi ini.

    Alhamdulillah juga atas segala rezeki yang telah dikurniakan..semoga Allah mengampunkan dosa kita semua serta memberkati kehidupan kita.

    TRIPLET# 
    Satu keajaiban yang membuktikan kekuasaan Allah mengatasi segalanya.
    Satu kebenaran yang meyakinkan bahawa Perancangan Allah adalah sebaik2 rancangan..melebihu rancangan hambaNya yang sangat lemah.

    1st bila tahu pregnant saya sudah sangat teruja..sebab saya mmg teringin VBAC... malah saya sangat2 menyakinkan Dr Methew yang saya nak normal kali ini. Saya telah book HYPNObirthing class ngn Kak Min. Alahmdulillah doc tidak kata NO... dia hanya cakap..i akan dapatkan report mymectomy u dulu then kita tengok macam mana nanti. So Harapan itu ada...

    Sejak dari itu, mmg dalam solat aku mohon Allah benarkan aku bersalin normal kali ini...
    Dua minggu berlalu dengan mabuk yang super duper teruk... then kami berjumpa lagi dengan Dr untuk detect jantung janin.

    Suddenly Doc said " U have no choice, must czer for this pregnancy"
    Pelik dan tertanya2 kenapa.. 
    perasaan
    Frust

    then baru doc cakap.. u tak nampak pelik ke? ( masih ultrasound) i said no..sebb saya mmg xreti nak tgk. nampak bulat2 ja

    after that, doc scan the heartbeat again and count... this is the 1st one, the u see i tak move pun, tapi kat screen detect 2nd heartbeat.. then my hubby said twin ke doktor ( dia dah xcited) .. doc hanya diam n then the 3rd heart beat detected. its TRIPLET doc said..

    Ok but i still down...sebb need to said BYE to my hypnobirthing... for my VBAC.. accuatly i dont excited at all... dalam fikiran saya.. "habislah mabuk teruk lagi lepas ni"(sebb dengar pengalaman kawan yang pregnant twins pun siap keluar masuk hospital) then fikiran terus pergi kepada anakanda kedua..Dzakirul Hafizh...kesian dia 
    Kenapa tak rancang..so boleh baca di sini...

    Ya Qawi Ya Matin
    Allah Maha Kuat, Allah Maha Kukuh
    Kuatkan aku dalam melalui fasa-fasa yang teruk ini..

    Malam tu tido malam x lena... bangun solat tahajud mohon Allah permudahkan... Yang Maha Mengashi..Kasihankan Dzakirul, Kuatkan aku agar aku dapat melayan setiap kerenah anak2 aku...

    Allah itu Maha Mendengarkan... Bila kita meminta..Dia akan malu jika tidak Tunaikan
    Alhamdulillah..  dipertemukan dengan Ganillia..supliment untuk ibu  hamil dan menyusus... Asbab dari ini mabuk kian beransur pulih,,,dah x teruk...Allah itu begitu cepat mamakbulkan doa ibu mengandung kan...
    Sangat bersyukur...

    1st Trimester dah selamat...Doakan kami selamat semuanya..




    Friday, September 8, 2017

    ~ Apa Yang Kau Kejar~

    Kejayaan
    dalam Islam ...Kejayaan ini dilihat dengan skop yang lebih besar dari apa yang kita fikirnya
    Hidup ini mari menuju kejayaan, setiap hari kita mesti dapatkan kejayaan
    namun persoalannya
    KEJAYAAN apa yang perlu kita kejar?

    Apakah nilai A berderet2 bila kita tidak kenal Pencipta
    kita kena faham hidup kita tidak berjaya walaupun kita sudah memiliki seluruh dunia. Tapi berjaya bila kita boleh mengolah diri kita menjadi mukmin dan beriman dengan Allah SWT.
    ini simbol kejayaan kita yang pertama. Islam mengajar kita untuk menjadi mukmin kepada Allah. Apapun kedudukan kita..kita mestilah meyakini kepada Allah...

    Ramai dikalangan kita percaya DUIT , JAWATAN, TERKENAL, simbol kejayaan mereka...  Namun mereka lupa bahawa kejayaan itu palsu.. MONEY is POWER... itu salah..dalam ISLAM tidak...
    ISLAM mengajar..kita akan berjaya bila kita menjadi mukmin...

    Kejayaan kedua kita bila kita boleh membersihkan hati kita. Hidup kita bukan sekadar bersihkan rumah atau kendereaan..Hati pun kita kena bersih.. Allah SWT sebut... " Beruntunglah sesiapa hidupnya sentiasa membersihkan jiwanya"
    Dalam hidup ini begitu mudah kita nak dengki kat org, prasangka buruk kat org, iri hati dengan org kerana itu la tahap kejayaan yang kedua adalah sesiapa yang berjaya membersihkan jiwa...

    SIMBOL KEGAGALAN yang paling besar adalah KITA TIDAK BOLEH SOLAT..

    *******************************************************
    Alhamdulillah seusia ini masih mendapat doa dari insan bergelar "GURU"



    Sunday, July 2, 2017

    pILIHLaH pINTU mANA~

    ***sOLAT lIMA wAKTU***
    ***pUASA dI rAMADAn***
    ***tAATI sUAMImU***
    ***mARUAH DIpELIHARa**

    pILIHlAH sYURGA mANA
    pINTU mANA yG kAU sUKA..

    Nampak mudah kan...namun ketahui lah wahai wanita..kaummu lah yang ramai di neraka..
    Antara empat syarat ini
    dua yang pertama INSYAALLAH mudah dilakukan
    Dua yang terkahir ternayta amat sukar.... kerana Suami kita tidak selembut, sebijak, sekacak, sesempurna insan MULIA bernama Nabi Muhammad s.a.w..

    Namun....cuba engkau lihat..buka mata seluasnya.... betapa cantik alam ciptaan ALLAH ini..
    secantik ini akan Allah musnahkan..dapatkah engkau bayangkan bertapa cantik syurga Allah yang akan kekal abadi itu..









     p/s: marilah kita sentiasa idamkan keindahan syurga itu millik kita....

    Thursday, June 22, 2017

    ++ Tak Pernah Tak Rindu++

     Ada insan bertanya.... tak rindu ka kat encik abang..anak2 anak tak tanya ka pasal abah depa.
    mana boleh tak rindu cik chaya drive  Almera pun cik cahya teringat kat dia..
    Anak2 pula...si abang ja yang dah reti bahasa yg adik masih xtahu apa..
    abang dok tanya juga..

    Kenapa abah orang lain ada..
    kenapa abah orang lain x pergi Mekah..

    Ummi cuma boleh jawab..
    Allah jemput abah dulu, nanti Allah jemput abah orang lain, abah depa pergi la pula Mekah.
    Esok kah abah balik?
    Ummi jawab- Abah balik lepas raya
    Kenapa Abah balik lambat?
    Sapa pi ambik abah?
    Abah nak raya dekat rumah Allah..nanti abah balik ngn Tok Jah n Wan
    Tanya lagi si mulut kecil..
    Abah naik unta ka ummi
    hahah yang ni mmg soalan rare... dia masih ingat kat Mekah ada unta...ingatn yang sangat kuat mujahid sorang ni..padahak dia baru berusia 2 tahun sembilan bulan masa bawanya mengerjakan umrah 2015..

    Setiap hari soalan yang sama ummi akan jawab..kadang penat anak oiii...
    tapi itula kanak2... sifatnya



    Mujahaid cilik 

    Irfan kata: nanti abah balik nak suruh abah beli kereta ini
    p/s:- Salam sayang dari kami buat insan tersayang ..SELAMAT Menyambut AIDIL FITRI di tempat yang MULIA.....

    Wednesday, June 21, 2017

    Akhirnya "dia" akan pergi jua..bagaimana dengan kita?

    syahdu malam-27 ini
    terasa sangat tenang dan sayu... mungkin kerana hati ini terpaksa merelakan ianya pergi
    hanya bersisa lagi 3 hari untuk merebut janji ILAHI akan keberkatan bulan yang MULIA ini.

    Semalam hati ini terusik dengan kisah seorang anak jagaan... ibu bapa yang berpisah bukan lagi cerita asing bagi pelajar di sekolah ini. latar belakang dan sosial budaya yang sangat tidak sihat bagi tumbesaran anak remaja itulah yang mereka lalui.

    Malah lebih 40% pelajar-pelajar ini mempunya ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab..Allahuakbar
    sangat berat ujian mereka
    mereka memerlukan kekuatan yang sangat kuat bagi menghadapi ujian ini.
    Namun....yang terjadi sebaliknya..
    acuan yang retak.... mana kan mampu menghasilkan kuih yang indah...
    Hati ini tersentuh, namun tiada daya untuk membantu....melainkan kata-kata nasihat dan doa sahaja

    Ingin ku jerit dan pekik ke dalam hati mereka.... tolong la berubah...jgn terus hanyut dalam budaya sedemikian.. demi generasi Islam yang akan datang...

    Ingin ku salahkan si ibu, mungkin si ibu terpaksa bekerja keras untuk menanggng si anak...sehingga terlpa bahawa rohani anak ini kehausan. wahai ibu...sangat rugi akan dikau... mensia2kan peluang mengaut pahala begitu sahaja.... Ibu, air matamu yang mengalir masa ini mungking kerana kekhilafan masa lalumu..namun.... kau terus meletakkan kesalahan itu pada zuriat mu...mereka tidak bersalah..mereka di uji mungkin kerasa kesilapan lalu kamu dahulu.

    Aku bersyukur Allah meletakkan aku di sekolah ini...sekurang-kurangnya aku masih boleh bersyukur aku dilahiran dalam budaya yang sangat berbeza..aku bertemu jodoh yang sangat bertanggungjawab....
    dan aku yakin..jika mereka juga dibesarkan dalam budaya seperti mana aku dibesarkan..mereka juga tidak akan jadi seperti ini..

    namun satu sahaja yang aku tekankan pada mereka... mereka perlu berubah..berubah menjadi acuan yang lebih baik.... demi masa depan zuriat mereka...

    Ya Allah bantuilah aku dalam membawa hamba2mu ini mengenaliMu..
    Bantuilah aku , lembutkanlah tutur kata ku...dan lembutkanlah hati mereka Ya Allah..
    di hening malam ini..aku memohon Ya Allah...malam yg penuh keberkatan ini... Izinkanlah aku membawa mereka mengenali MU..Ya Rabbi... Bukakanlah hati mereka...Kau sentuhlah Jiwa mereka Ya Allah.

    Friday, June 16, 2017

    Tips BERAYA di rumah Mertua



    Lagi sembilan hari Raya akan datang..Ramadhan akan pergi.. Ya Allah cepatnya masa berlalu...
     Cahaya sama seperti tahun lepas, beraya di Rumah mama abah sendiri bersama anak2 tercinta...

    Bagi mereka yang baru mendirikan rumahtangga tahun ini, balik beraya di mana ye?
    bagi yang baru bergelar isteri..pasti ada yang terkilan di hati apabila pertama kali tidak dapat beraya bersama keluarga... sebenarnya, jika kita memandang positif sama sahaja beraya di mata..
    Di sini cik cahaya titipkan tips beraya di rumah mertua untuk anak2 gadis gojes yang ada...  nasihat pada si suami pertama kali....

    1. Mesti beritahu dekat isteri apa rutin keluarga di malam/pagi raya. Adakah mesti masak beramai2 ke, atau mak jenis suka masak sorang-sorang tak mahu diganggu (kot2 la ada resepi rahsia keturunan dia je tahu). Atau pagi2 menantu-menantu mesti bangun awal masuk dapur buat apa yang patut.. kang isteri anda terbangun lambat, tengok2 semua dah siap, tak pasal2 jadi bahan… kesian dia.

    2. Beritahu isteri supaya bergaul rapat dengan saudara-mara, terutama kalau semua berkumpul di rumah datuk (macam saya). Walaupun adik-beradik dan sepupu-sepapat sebaya semua dok melonggok depan TV, tapi suruh isteri join makcik-makcik potong bawang ke, kacau rendang ke… buat lah apa-apa yang patut d dapur tu. Isteri kalau memang jenis ‘reti’ tu dia mungkin pandai-pandailah sendiri… tapi kalau isteri jenis yang lurus, dia mungkin blur tak tahu nak buat apa. Iyelah, saudara-mara sebaya bersosial di serambi, kat dapur semua makcik-makcik… Mintalah isteri join makcik-makcik.

    3. Selalu temankan isteri. Dia mungkin ada rasa kekok, segan, malu dengan ahli keluarga kita. Jadi untuk pertama kali, bertindaklah kenalkan isteri kepada semua anggota keluarga.

    4. Belikanlah buah tangan untuk ibu bapa/datuk nenek, minta isteri yang serahkan. Kalau isteri sendiri yang beli dan beri lagi bagus. Tapi kot dia tak tahu, atau terlepas pandang, tolonglah dia nak dapatkan reputasi yang bagus.

    5. Tolong jaga kehormatan serta aurat isteri. Ingat-ingatkan dia kalau terselak ke, terkeluar rambut ke… Kalau nak bersalam-salam tu tolonglah cover isteri bila ada pakcik-pakcik hulur tangan nak bersalam. Isteri tu mungkin segan nak tolak, maklumlah masih baru… karang ada yang terasa pula.


    Untuk isteri yang pertama kali berhari raya di kampung suami pula…

    1. Kalau di rumah mak kita, malam Raya biasa terbongkang tengok drama/filem Melayu, rumah mentua jangan dibuat.. lagi2 kalau pertama kali (kalau dah lama kita dah tahu & mentua pun dah biasa kan?). Biarlah orang lain nak buat apa pun, tapi kita mengekorlah mak mentua…apa yang dia buat. Buat-buat tanya je nak kena buat apa, ada je la tu yang dia nak minta tolong tu. Kalau dia kata 
    “Eh tak payah tolong, pegi sana tengok TV” jangan percaya sangat. Offer lah nak buat air ke apa ke.

    2. Jumpa makcik-pakcik suami, tunjukkan keramahan.. kalau pendiam dan pemalu sekalipun, sekurang-kurangnya jadi pemula hulur tangan nak salam. Tanya lah makcik sihat ke, apa ke..

    3. Selalu lah tolong mak mentua di dapur, jangan asyik berkurung dalam bilik aje. Jangan asyik duk berkepit dengan suami je. Pandai-pandai bawa diri.

    4. Selalu rujuk mak mentua.. nak buat itu macamana, nak buat ini macamana (tapi jangan la every single thing nak tanya dia pula, T_T karang tak pasal2 buat dia terfikir “Apsal macam tak betul je menantu aku ni, biar betul anak aku ni”).

    5. Kawal diri kalaupun ada saudara-mara suami yang berlainan jantina yang kita dah lama kenal ke, atau tiba2 peramah lain macam ke… Kalaupun suami tak kisah tapi mungkin orang lain kisah. Jadi lebih baik elakkan fitnah.

    rujukan: superkid.net

    Saturday, February 18, 2017

    ~ ya Allah Kuatkan DAKU~

    Assalamualaikum 
    lama rasanya saya tak update blog ini rasa macam nak VBLOG jer sebb tak dan kan...
    ermm satu coretan luahan perasaan ingin saya lorekkan dalam lembaran kali ini..

    Anak!
    ye anak itu ujian sebenarnya
    Anak itu yang dikatakan anugerah  itu  semakin hari semakin menjemput amarah...menguji kesabaran
    Benarlah kata orang jika anak ditinggalkan terlalu lama dia akan membuat perangai kerana inginkan perhatian...
    nipis sungguh imanku...kesabaranku sangat rapuh..Ya Allah apa yang patut aku lakukan
    aku sudah tidak berdaya...
    Irfan Naufal pergi sekolah seawal 7 pagi...selewat 7 malam baru dapat bertemuku kembali...12 jam lamanya dia di sekolah..kasihan sama dia sebenarnya....bukan salahnya jika dia membuat perangai ketika hujung minggu.
    aku pula....
    dengan komitmen yang dipikul ... aku rebah malah ada kalanya aku stress...
    mana lagi mahu menjaga emosi supaya stok susu si adik sentiasa mencukupi..

    Tiada lain aku perlu usahakan sesuatu
    hanya ada dua pilhan
    membawa si abag ke sekolah ( rasa macam tak boleh ja)
    bertukar ke pagi ( sudah ku utarakan namun tiada reaksi) mungkin aku perlu bertukar sekolah

    Sayang
    mmg sayang mahu meninggalkan suasana kerja yang  sudah cukup selesa,  namun demi amanah Allah ini aku terpaksa
    Semoga Allah memudahkan urusanku
    dan aku percaya apa juga keputusannya...PERANCANGAN ALLAH SEBAIK2 RANCANGAN..




    Tuesday, November 29, 2016

    Kerana ku Sayang

    Assalamualaikum
    hari ini satu perkongsian yang che cahya nak titipkan buat semua...sebenarnya ianya disimpan untuk tatapan putera2 beta..

    Semalam putera kedua che cahaya selamat dikhatankan seusia 5 bulan 3 minggu.. Anak kecil yang baru dapat menerap itu che cahaya dah sunatkan...nampak kejam kan???

    Sayang ummi,
    Mungkin di mata sesetengah orang ummi kejam, Mungkin di mata sesetangah individu ummi self fish, ummi tak kesian kat anak ummi... tipulah jika tidak risau atau takut...
    namun ummi sandarkan kerisauan itu pada Allah
    dua rakaat istikarah tiga hari berturut ummi lakukan
    sehingga ummi terdengar satu kata2 seorang ustaz dalam ceramahnya membuatkan hati ummi nekad dan percaya Allah sentiasa ada bersama hambaNya.. Allah tahu apa yang terbaik, Allah Maha Merancang.

    "Syaitan sememangnya akan menakutkan manusia yang ingin membuat kebaikkan"


    Tapi kamu kena ingan ini sampai bila2..
    Kerana ummi sayang, ummi persiapkan kamu dengan segala usaha yang ummi mampu..agar kamu kuat melawan dunia yang semakin hari semakin mencabar.

    Sayang,
    Bukan bilangan A dalam exam yang akan buatkan ummi bangga dengan kamu nanti..
    Tapi impian ummi, mahu menjadi makmum takkala solat teraweh di imankan oleh tahfiz, dimana tahfiz itu anak2 ummi.

    Sayang,
    Ummi tidak jeles atau cemburu dengan kanak2 yang pandai mebaca seusia 3-4 tahun... tapi hati kecil seorang ibu ini sangat mencemburui anak kecik seusia 4 tahun sudah boleh istiqomah bertahajud, berqiamulai... sangat kagum sayang...

    Ummi pernah terbaca, sunatkan anak lelaki seawai usia adalah sunnah (kerana Rasulullah sunatkan Hassan dan Hussain seusia 7 hari), ummi juga pernah terbaca sunatkan awal dengan harapan anak2 mencapai kematangan yang awai.

    dan ini juga rahsia para ibu hebat di mana anak2 mereka boleh mendirikan solat seawai usia 4 tahun.. itu yang ummi harapkan sayang. Matang di sini bermaksud kamu sudah mendapat kefahaman dalam mempelajari ilmu ISLAM...

    Sedarlah sayang zaman kamu nanti cabaran semakin hebat..mungkin DAJJAL sebenar juga akan tiba di zaman kamu..kita tidak tahu..oleh itu perisai kena dipersiapkan.. jika kamu lambat memahami ilmu ISLAM, kamu lambat memahami tuntutan ISLAM...kalu lambat menguasai apa itu IMAN... apa jawapan ummi nak berikan nanti sayang..

    Anggaplah ini salah satu USAHA ummi... bila diri kamu bersih, boleh ikut bah ke masjid, semoga Allah terapkan perasaan cinta dan kasih dalam jiwa kamu terhadap masjid dan masjlis2 ILMU..
    Ummi terlalu sayangkan anak2 ummi.. kamu sahaja harta yang ummi ada..harapan yang ummi sandarkan agar kamu dapat memberi syafaat kepada 10 org untuk masuk ke syurga bersama kamu...







    Thursday, June 30, 2016

    ~ Sweet itu biar kita sahaja yang tahu~

    Assalamualaikum..
    wah dah lama saya tidak update blog.. bukan sekadar busy ngn komitmen tetapi kehilangan idea untuk membuat penulisan. Untuk pengetahuan semua hari ini 26 hari cik cahya berpantang khalifah kedua..semoga anak ini sentiasa dipelihara oleh Maha Pencipta seperti mana Allah memelihara hambaNya yang soleh.

    Sangat caption kan entry kali ini...bukan apa saja mengambil peluang isu yang tengah hangat dipasaran... (Tak da kena mengena pun)...tetiba jari jemari ini ingin membuat sedikit nukilan bekalan buat En Suami tercinta sebelum beliau berangkat ke tanah Suci....okey on the other words... Cik Cahya beraya tanpa En Suami di sisi tahun ini OKEY!... but jauh sekali di sudut hati nak berkecil atau apa..malah Cik Cahya sangat bersyukur Allah menjemput beliau sebagai tetamuNya di malam2 terakhir bulan yang mulia ini... cuma jeles sebb tak dapat ikut serta bersama...

    Buat Abang, semoga perjalananmu dipermudahkan...selamat kembali ke sisi kami... Sedih memang sedih... tapi sedih kerana tidak dapat bersama ke sana... Perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan..semoga ada rezeki lagi untuk kita ke sana bersama.

    Di sana nanti jangan putus berdoa agar Allah memelihara hubungan kita sehingga ke syurga... Pertama kali mata memandang Kaabah,,ingatlah kami di sini dalam doamu... biarlah kita bersatu semula nanti di syurga sana...Doakan segala urusan saya dipermudahkan...

    Sebenarnya keunikkan rumah tangga itu bukan dari pandangan mata manusia lain yang tidak pernah hadir dalam rumah tangga kita...hanya kita sahaja yang tahu... dan cukuplah hanya kita sahaja yang tahu... mengenai isu suprise besday present yang tengah hot kat media sosial tu...Cik Cahya tak mau komen sebb yg pertama mereka masih belum merasa hidup di alam rumah tangga..cuma yang saya nak menegur kepada orang yang mencemuh.... Usah kita berasa iri hati atau prasangka buruk kepada mereka... bukan niat mereka nak menunjuk pun... dh terlajak post..susah nak tarik balik..sebab tu mama cik Cahya selalu pesan..segala urusan peribadi usah di tayangkan di media sosial....

    dan akhir sekali CIK CAHYA nak mengucapkan selamat hari raya.. Ku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekesaran bahasa selama aktif di media sosial ini... THANKZ bebanyak kepada kak ipar saya kerana seponser baju raya untuk khalifah sulung dan adik saya yang seponser baju raya untuk khalifah kedua saya...

    Monday, July 6, 2015

    Ikhlas Menasihati Pemerintah

    Assalamualaikum
    Salam satu pengkarya
    Pagi ini saya terdetik untuk menulis sebuah kisah hebat Al Hassan Al Baasri yang tinggi akhlaknya.
    Al Hassan Al Baasri seorang yang tidak bersikap pejam mata terhadap keasaan politik yang berlaku dalam negaranya. Beliak ikhlas menasihati pemerintah.

    Pada suatu ketika, Umar bin Hubayrah datang kepada beliau untuk meminta buah fikiran. Ini berlaku apaila Khalifah Yazid bin Abdul Malik memerintah sesuatu perkara yang Umasr bin Hubayrah  sendiri tidak bersetuju mengenai perkara tersebut.

    Lalu Hassan Al Baasri memberikan nasihat seperti :

    Wahai Ibn Hubayrah! Takulah kepada Allah dalam melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Yazid. Janganlah kamu takut kepada Yazid dalam melaksanakan perintah Allah

    Umar bin Hubayrah teruja. Dia terus memberi perhatian dan fokus terhadap kata-kata Hassan.
    Hassan berkata lagi

    Ketahuilah bahawa Allah s.w.t berkuasa untuk melindungi kamu daripada kemarahan Yazid. Sedangkan Yazid tidak berkuasa untuk melindungi kamu daripada kemurkaan Allah

    Umar bin Hubayrah tunduk!

    Al Hassan menyambung lagi

    Wahai Ibn Hubayrah! Ketahuilah kamu sebentar lagi akan tiba malaikat yang sangat bengis yang tidak pernah melanggar perintah Allah akan datang kepada kamu. Ia akan memindahkan kamu dari istana kamu yang luas ini ke kubur kamu yang sangat sempit. Di sana kamu tidak akan bertemu Yazid, sebaliknya kamu akan bertemu dengan amal perbuatan kamu yang melanggar TUHAN YAZID.

    Wahai Ibn Hubayrah! Sekiranya kamu tetap bersama-sama Allah dan sentiasa berada dalam melakukan ketaatan kepada-Nya, kamu akan diselamatakan dari malapetaka Yazid bin Abdul Malik. Tetapi, sekiranya kamu sentiasa bersama-sama Yazid dalam melakukan maksiat terhadap Allah s.w.t , Allah akan menyerahkan kamu kepada Yazid. Ketahuilah Ibn Hubayrah sesungguhnya kita tidak boleh mentaati perintah makhluk  dalam perkara yang melanggar perintah Allah.

    Mendengar nasihat itu, Ibn Hubayrah menangis sehingga air matanya membasahi janggutnya.

    Semoga kisah ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja yang bekerja dengan pemerintah tetapi siapa yang bekerja dengan MAJIKAN yang melanggar perintah Allah.!


    Sunday, June 21, 2015

    ~ Faham sebetulnya apa itu HUSNOZON~

    Assalamualaikum
    Salam Ramadhan buat semua.
    Sayang2 sekalian...bersangka baik itu sememangnya tuntutan agama tetapi... bukan semua benda kita boleh bersangka baik ye sayang.

    Apa yang dikatakan bersangka baik itu?

    Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.

    Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.

    Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

    Bukan semua perkara kita boleh bersangka baik rakan2 sekalian. Contohnya bersangka baik terhadap kemungkaran. itu salah

    Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku di sekeliling dan persekitaran dengan kemampuan yang ada pada mereka. Andai kata kita melihat atau ternampak orang yang melakukan dosa dan kemaksiatan, tetapi masih bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar itu, maka kita juga turut berkongsi saham dan tidak terlepas dari menanggung dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut.

    Rasulullah ï·ºbersabda : “Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (berasa tidak senang, tidak setuju dan tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

    ~ semoga lepas ini kita akan bersangka baik pada tempat yang sebetulnya~

    Wednesday, June 10, 2015

    ~ Bila ibu Jadi Hamba~

    Assalamualaikum
    saya mulakan taipan saya dengan sebuah Hadis yang berbunyi:-

    Ketika Rasulullah SAW ditanya oleh Malaikat Jibril as tentang kiamat maka baginda Rasulullah SAW menjawab
    “Yang ditanya tentangnya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya” Kemudian Jibril berkata lagi. “Kalau begitu khabarkan lah kepada ku tentang tanda-tandanya” Baginda Rasulullah SAW menjawab. “Seorang budak wanita atau wanita merdeka (Al Amah) akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat para rakyat jelata yang miskin akan tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi”
    (HR : Muslim)

    Hadis ini mempunyai banyak tafsiran dari para ulama.
    salah satunya adalah.


    Kita dapati anak-anak zaman sekarang dengan sedar atau tanpa disedari sudah menjadi anak derhaka kepada kedua ibu bapa mereka. Ada anak-anak yang tanpa segan silu menjadikan ibu bapa seumpama pembantu rumah, membuat kerja-kerja seperti orang gaji atau pengasuh kepada cucu-cucu mereka. Walaupun ada yang sukarela dan reda tetapi cukuplah jasa mereka menjaga, mengasuh dan membesarkan kita selama ini.

    Biarkan mereka berehat dan habiskan sisa-sisa kehidupan mereka dengan menumpukan kepada beramal ibadat, pergi ke tempat-tempat pengajian dan membaca Al-Quran atau kitab-kitab agama. Bukan bergelumang dengan kencing berak anak-anak kecil lagi. Sesekali mereka ingin bermesra atau bermanja dengan cucu-cucu mereka di hujung minggu contohnya memang tiada salahnya. Tapi itu bukan alasan untuk kita ambil kesempatan di atas kesunyian dan kebaikan mereka !
    ****************************************


    Bermuhasabah diri sendiri, kadang kala saya juga turut membebani ibu saya apabila mempunyai masalah kerja di luar kawasan. 3-4 hari anak dititipkan dengan rasa seribu satu penyesalan. Maafkan anak mu ini ya mama.

    Kenapa saya membuat taipan mengenai isu ini?
    ini adalah masa kini. saat ini terlalu ramai yang viralkan gambar ini.. Ada yang menyokong malah ada yang mengecam.





    Seawal usia mendirikan rumah tangga, mama telah berpesan kepada saya. Nanti bila ada anak, jaga sendiri. Mama nak habiskan masa yang tertinggal dengan mencari bekalan pula. Saya bersyukur kerana Allah menganugerahkan ibu seperti ini. Jadi saya tiada rasa serba salah mahu menghantar anak ke pengasuh.

    Wahai wanita sekalian, benar kita tidak boleh nafikan ada ibu yang rela menjagakan cucu. malah meminta untuk menjagakan cucu. Cuba kita semua fikir sejenak:-

    Semasa usia ibu kita/ ibu mertua kita masih muda. Seluruh masa dan kehidupannya telah dipenuhi dengan kesibukan urusan dunia seperti kerja dan membesarkan anak-anak. seperti kita sendiri yang bekerja. Berapa hari seminggu kita boleh menghadiri diri ke majlis-majlis ilmu di masjid. Walaupun masjid hanya sejengkal dari rumah kita? Berapa helai bacaan Al-Quran yang kita boleh habiskan sehari. kadang-kadang semuka pun kita terbabas. kerana apa? kerana sibuk dengan kerja, sibuk dengan anak2.. ITULAH sibuk uruskan urusan DUNIA.

    Begitu juga yang dilalui oleh ibu bapa kita semasa mereka seusia dengan kita. Lu pakah kita setiap yang hidup akan menghadap penciptaNya? sememangnya ajal tidak mengenal Usia... tapi adat umur umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sekitar umurnya Rasulullah itu juga.. yakni sekitar 63 tahun dan seangkatan dengannya. Oleh itu jika dihitung umur kita dan umur ibu/ibu mentua kita sudah tentulah mereka lebih mendahului kita. berilah mereka kesempatan untuk mencari bekalan di sana. 

    Ramai yang bersengketa berselisih pendapat. "dah mak nak minta nak jaga, macam mana anak itu berdosa pula. Bukan anak yang suruh pun,"

    Okay..di sini saya ingin jelaskan apa yang saya faham dari pengamatan kuliah dan juga pembacaan saya. Maafkan saya sekiranya saya tersilap, dan betulkan saya jika ada yang lebih arif.

    Keadaan di padang mahsyar nanti, masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. kita sudah tidak tunggu malah cari pun mana ibu kita, mana ayah kita, mana suami atau isteri kita, mana anak2 kita. apa yang kita fikir dan sibuk mana amalan kita, tangan mana yang akan menerima buku amalan kita.

    Seorang demi seorang hamba Allah akan dihisab amalannya. Bayangkan yang dihisap itu ibu kita. saya ingin mengingatkan semua pembaca, yang menjawab segala hisab itu bukan lagi mulut kita atau hati kita yang mempunyai rasa kesian anak aku, kesian mak aku, kesian suami aku kesian isteri aku. mendengar sahaja ngauman api neraka itu semua akan fikir macam mana nak lepaskan diri darinya. Sangat menakutkan. Sangat mengerikan.. Nauzubillah.

    Bayangkan lagi jika amalan si ibu ini tidak mencukupi, dia akan ditanya, bagaimana dia habiskan masa mudanya..."dengan urusan dunia". bagaimana pula dia habiskan masa tuanya "juga dengan urusan dunia". Di kala itu, tidak akan ada ayat yang akan keluar "kesian anak saya bekerja, saya sendiri mahu menjaga anak saya" tidak akan ada wahai para pembaca. Maka di situ lah dosa itu akan JATUH kepada si anak ini.

    Kekacauan dalam mencari pengasuh sememangnya menghantui para ibu dan ayah.  bagaimana untuk mencari pengasuh yang baik untuk anak.

    Ini petua yang saya dapat dari seorang sahabat dan juga mama saya. Saya kongsi kan bersama.
    1- Sebagai ibu/wanita/ ibu rumah kita kena ingat satu perkara "Islam tidak melarang kita bekerja selagi kerja itu tidak membuatkan kita meninggalkan tanggungjawab sebenar kita"

    Maksudnya di sini, seawal memilih kerjaya, kita kena fikir, adakah kerja ini akan membuatkan aku tidak dapat laksanakan tanggungjawab sebenar aku iaitu mendidik anak dan menjaga keperluan suami.

    Jika kerjayan para ibu sekalian sekarang menghalang untuk mendidik anak-anak sebenar-benarnya. Nasihat saya berhenti la. Carilah kerjaya lain yang membuatkan para ibu yang dikasihi Allah sekalian dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan jayanya. Percaya rezeki ditangan Allah. JIka niat dihati kita ikhlas kerana Allah, maka akan datang pertolongan dari-Nya dari arah yang tidak kita sangka-sangkakan.

    2- Buat solat istikharah.
    Solat sunat istikharah setiap solat maghrib. Terima kasih kepada Mak Tam (ibu saudara sebelah mama). Katanya, istikharah ini bukan nak pilih kerja dan jodoh sahaja. Setiap hari kita kan membuat pilihan dalam kehidupan kita. jadi ianya diperlukan setiap hari.
    Percayalah para pembaca, bila kita amalkannya, Allah akan beri kita jalan untuk selesaikan masalah kita. Percayalah Allah akan beri kita pertunjuk akan pengasuh yang boleh memikul amanah kita seadanya.

    3- Jaga Allah
    Jaga Allah bermaksud, jaga apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang. Allah suruh kita solat, walaupun bekerja solat jangan tinggal. Menutup aurat (bukan bertudung sahaja dengan fesyen yang pelbagai) tutuplah dengan sempurna. Amanah dalam menjalani tugas.

    Saya selalu fikir, sebagai guru, jika saya jaga dan ajar anak orang dengan baik. Maka Allah akan jadikan penjaga dan pengajar anak saya juga yang terbaik. Bersangka baik dengan Allah.

    4- Tawakal
    Kita sudah usaha, kita tawakal kepada Allah. Allah yang sebenarnya yang menjaga anak kita.


    Wahai para pembaca yang kasihi sekalian. Sebenarnya yang menjaga anak kita itu adalah Allah. Segala yang terjadi pada anak itu dengan izin Allah. Allah menguji seseorang itu selayak dan semampu dengan kudratnya.

    Nasihat saya, jika kita mempunyai ibu yang masih mahu menjaga anak kita, sediaka orang gaji untuknya untuk membantu urusannya. 

    Banyakan wakaf atau sedekah atas namanya kerana itu amalan yang sentiasa mengalir walaupun dia sudah dijemput Ilahi. mungkin itu balasan tidak seberapa yang kita boleh lakukan kepadanya.

    Untuk mengetahui tips Home schooling Bagi Ibu Berkerjaya... nantikan penerbitannya~~