lama rasanya saya tak update blog ini rasa macam nak VBLOG jer sebb tak dan kan...
ermm satu coretan luahan perasaan ingin saya lorekkan dalam lembaran kali ini..
Anak!
ye anak itu ujian sebenarnya
Anak itu yang dikatakan anugerah itu semakin hari semakin menjemput amarah...menguji kesabaran
Benarlah kata orang jika anak ditinggalkan terlalu lama dia akan membuat perangai kerana inginkan perhatian...
nipis sungguh imanku...kesabaranku sangat rapuh..Ya Allah apa yang patut aku lakukan
aku sudah tidak berdaya...
Irfan Naufal pergi sekolah seawal 7 pagi...selewat 7 malam baru dapat bertemuku kembali...12 jam lamanya dia di sekolah..kasihan sama dia sebenarnya....bukan salahnya jika dia membuat perangai ketika hujung minggu.
aku pula....
dengan komitmen yang dipikul ... aku rebah malah ada kalanya aku stress...
mana lagi mahu menjaga emosi supaya stok susu si adik sentiasa mencukupi..
Tiada lain aku perlu usahakan sesuatu
hanya ada dua pilhan
membawa si abag ke sekolah ( rasa macam tak boleh ja)
bertukar ke pagi ( sudah ku utarakan namun tiada reaksi) mungkin aku perlu bertukar sekolah
Sayang
mmg sayang mahu meninggalkan suasana kerja yang sudah cukup selesa, namun demi amanah Allah ini aku terpaksa
Semoga Allah memudahkan urusanku
dan aku percaya apa juga keputusannya...PERANCANGAN ALLAH SEBAIK2 RANCANGAN..
No comments:
Post a Comment