Saturday, February 18, 2017

~ ya Allah Kuatkan DAKU~

Assalamualaikum 
lama rasanya saya tak update blog ini rasa macam nak VBLOG jer sebb tak dan kan...
ermm satu coretan luahan perasaan ingin saya lorekkan dalam lembaran kali ini..

Anak!
ye anak itu ujian sebenarnya
Anak itu yang dikatakan anugerah  itu  semakin hari semakin menjemput amarah...menguji kesabaran
Benarlah kata orang jika anak ditinggalkan terlalu lama dia akan membuat perangai kerana inginkan perhatian...
nipis sungguh imanku...kesabaranku sangat rapuh..Ya Allah apa yang patut aku lakukan
aku sudah tidak berdaya...
Irfan Naufal pergi sekolah seawal 7 pagi...selewat 7 malam baru dapat bertemuku kembali...12 jam lamanya dia di sekolah..kasihan sama dia sebenarnya....bukan salahnya jika dia membuat perangai ketika hujung minggu.
aku pula....
dengan komitmen yang dipikul ... aku rebah malah ada kalanya aku stress...
mana lagi mahu menjaga emosi supaya stok susu si adik sentiasa mencukupi..

Tiada lain aku perlu usahakan sesuatu
hanya ada dua pilhan
membawa si abag ke sekolah ( rasa macam tak boleh ja)
bertukar ke pagi ( sudah ku utarakan namun tiada reaksi) mungkin aku perlu bertukar sekolah

Sayang
mmg sayang mahu meninggalkan suasana kerja yang  sudah cukup selesa,  namun demi amanah Allah ini aku terpaksa
Semoga Allah memudahkan urusanku
dan aku percaya apa juga keputusannya...PERANCANGAN ALLAH SEBAIK2 RANCANGAN..




Tuesday, November 29, 2016

Kerana ku Sayang

Assalamualaikum
hari ini satu perkongsian yang che cahya nak titipkan buat semua...sebenarnya ianya disimpan untuk tatapan putera2 beta..

Semalam putera kedua che cahaya selamat dikhatankan seusia 5 bulan 3 minggu.. Anak kecil yang baru dapat menerap itu che cahaya dah sunatkan...nampak kejam kan???

Sayang ummi,
Mungkin di mata sesetengah orang ummi kejam, Mungkin di mata sesetangah individu ummi self fish, ummi tak kesian kat anak ummi... tipulah jika tidak risau atau takut...
namun ummi sandarkan kerisauan itu pada Allah
dua rakaat istikarah tiga hari berturut ummi lakukan
sehingga ummi terdengar satu kata2 seorang ustaz dalam ceramahnya membuatkan hati ummi nekad dan percaya Allah sentiasa ada bersama hambaNya.. Allah tahu apa yang terbaik, Allah Maha Merancang.

"Syaitan sememangnya akan menakutkan manusia yang ingin membuat kebaikkan"


Tapi kamu kena ingan ini sampai bila2..
Kerana ummi sayang, ummi persiapkan kamu dengan segala usaha yang ummi mampu..agar kamu kuat melawan dunia yang semakin hari semakin mencabar.

Sayang,
Bukan bilangan A dalam exam yang akan buatkan ummi bangga dengan kamu nanti..
Tapi impian ummi, mahu menjadi makmum takkala solat teraweh di imankan oleh tahfiz, dimana tahfiz itu anak2 ummi.

Sayang,
Ummi tidak jeles atau cemburu dengan kanak2 yang pandai mebaca seusia 3-4 tahun... tapi hati kecil seorang ibu ini sangat mencemburui anak kecik seusia 4 tahun sudah boleh istiqomah bertahajud, berqiamulai... sangat kagum sayang...

Ummi pernah terbaca, sunatkan anak lelaki seawai usia adalah sunnah (kerana Rasulullah sunatkan Hassan dan Hussain seusia 7 hari), ummi juga pernah terbaca sunatkan awal dengan harapan anak2 mencapai kematangan yang awai.

dan ini juga rahsia para ibu hebat di mana anak2 mereka boleh mendirikan solat seawai usia 4 tahun.. itu yang ummi harapkan sayang. Matang di sini bermaksud kamu sudah mendapat kefahaman dalam mempelajari ilmu ISLAM...

Sedarlah sayang zaman kamu nanti cabaran semakin hebat..mungkin DAJJAL sebenar juga akan tiba di zaman kamu..kita tidak tahu..oleh itu perisai kena dipersiapkan.. jika kamu lambat memahami ilmu ISLAM, kamu lambat memahami tuntutan ISLAM...kalu lambat menguasai apa itu IMAN... apa jawapan ummi nak berikan nanti sayang..

Anggaplah ini salah satu USAHA ummi... bila diri kamu bersih, boleh ikut bah ke masjid, semoga Allah terapkan perasaan cinta dan kasih dalam jiwa kamu terhadap masjid dan masjlis2 ILMU..
Ummi terlalu sayangkan anak2 ummi.. kamu sahaja harta yang ummi ada..harapan yang ummi sandarkan agar kamu dapat memberi syafaat kepada 10 org untuk masuk ke syurga bersama kamu...







Thursday, June 30, 2016

~ Sweet itu biar kita sahaja yang tahu~

Assalamualaikum..
wah dah lama saya tidak update blog.. bukan sekadar busy ngn komitmen tetapi kehilangan idea untuk membuat penulisan. Untuk pengetahuan semua hari ini 26 hari cik cahya berpantang khalifah kedua..semoga anak ini sentiasa dipelihara oleh Maha Pencipta seperti mana Allah memelihara hambaNya yang soleh.

Sangat caption kan entry kali ini...bukan apa saja mengambil peluang isu yang tengah hangat dipasaran... (Tak da kena mengena pun)...tetiba jari jemari ini ingin membuat sedikit nukilan bekalan buat En Suami tercinta sebelum beliau berangkat ke tanah Suci....okey on the other words... Cik Cahya beraya tanpa En Suami di sisi tahun ini OKEY!... but jauh sekali di sudut hati nak berkecil atau apa..malah Cik Cahya sangat bersyukur Allah menjemput beliau sebagai tetamuNya di malam2 terakhir bulan yang mulia ini... cuma jeles sebb tak dapat ikut serta bersama...

Buat Abang, semoga perjalananmu dipermudahkan...selamat kembali ke sisi kami... Sedih memang sedih... tapi sedih kerana tidak dapat bersama ke sana... Perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan..semoga ada rezeki lagi untuk kita ke sana bersama.

Di sana nanti jangan putus berdoa agar Allah memelihara hubungan kita sehingga ke syurga... Pertama kali mata memandang Kaabah,,ingatlah kami di sini dalam doamu... biarlah kita bersatu semula nanti di syurga sana...Doakan segala urusan saya dipermudahkan...

Sebenarnya keunikkan rumah tangga itu bukan dari pandangan mata manusia lain yang tidak pernah hadir dalam rumah tangga kita...hanya kita sahaja yang tahu... dan cukuplah hanya kita sahaja yang tahu... mengenai isu suprise besday present yang tengah hot kat media sosial tu...Cik Cahya tak mau komen sebb yg pertama mereka masih belum merasa hidup di alam rumah tangga..cuma yang saya nak menegur kepada orang yang mencemuh.... Usah kita berasa iri hati atau prasangka buruk kepada mereka... bukan niat mereka nak menunjuk pun... dh terlajak post..susah nak tarik balik..sebab tu mama cik Cahya selalu pesan..segala urusan peribadi usah di tayangkan di media sosial....

dan akhir sekali CIK CAHYA nak mengucapkan selamat hari raya.. Ku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekesaran bahasa selama aktif di media sosial ini... THANKZ bebanyak kepada kak ipar saya kerana seponser baju raya untuk khalifah sulung dan adik saya yang seponser baju raya untuk khalifah kedua saya...

Monday, July 6, 2015

Ikhlas Menasihati Pemerintah

Assalamualaikum
Salam satu pengkarya
Pagi ini saya terdetik untuk menulis sebuah kisah hebat Al Hassan Al Baasri yang tinggi akhlaknya.
Al Hassan Al Baasri seorang yang tidak bersikap pejam mata terhadap keasaan politik yang berlaku dalam negaranya. Beliak ikhlas menasihati pemerintah.

Pada suatu ketika, Umar bin Hubayrah datang kepada beliau untuk meminta buah fikiran. Ini berlaku apaila Khalifah Yazid bin Abdul Malik memerintah sesuatu perkara yang Umasr bin Hubayrah  sendiri tidak bersetuju mengenai perkara tersebut.

Lalu Hassan Al Baasri memberikan nasihat seperti :

Wahai Ibn Hubayrah! Takulah kepada Allah dalam melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Yazid. Janganlah kamu takut kepada Yazid dalam melaksanakan perintah Allah

Umar bin Hubayrah teruja. Dia terus memberi perhatian dan fokus terhadap kata-kata Hassan.
Hassan berkata lagi

Ketahuilah bahawa Allah s.w.t berkuasa untuk melindungi kamu daripada kemarahan Yazid. Sedangkan Yazid tidak berkuasa untuk melindungi kamu daripada kemurkaan Allah

Umar bin Hubayrah tunduk!

Al Hassan menyambung lagi

Wahai Ibn Hubayrah! Ketahuilah kamu sebentar lagi akan tiba malaikat yang sangat bengis yang tidak pernah melanggar perintah Allah akan datang kepada kamu. Ia akan memindahkan kamu dari istana kamu yang luas ini ke kubur kamu yang sangat sempit. Di sana kamu tidak akan bertemu Yazid, sebaliknya kamu akan bertemu dengan amal perbuatan kamu yang melanggar TUHAN YAZID.

Wahai Ibn Hubayrah! Sekiranya kamu tetap bersama-sama Allah dan sentiasa berada dalam melakukan ketaatan kepada-Nya, kamu akan diselamatakan dari malapetaka Yazid bin Abdul Malik. Tetapi, sekiranya kamu sentiasa bersama-sama Yazid dalam melakukan maksiat terhadap Allah s.w.t , Allah akan menyerahkan kamu kepada Yazid. Ketahuilah Ibn Hubayrah sesungguhnya kita tidak boleh mentaati perintah makhluk  dalam perkara yang melanggar perintah Allah.

Mendengar nasihat itu, Ibn Hubayrah menangis sehingga air matanya membasahi janggutnya.

Semoga kisah ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja yang bekerja dengan pemerintah tetapi siapa yang bekerja dengan MAJIKAN yang melanggar perintah Allah.!


Sunday, June 21, 2015

~ Faham sebetulnya apa itu HUSNOZON~

Assalamualaikum
Salam Ramadhan buat semua.
Sayang2 sekalian...bersangka baik itu sememangnya tuntutan agama tetapi... bukan semua benda kita boleh bersangka baik ye sayang.

Apa yang dikatakan bersangka baik itu?

Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

Bukan semua perkara kita boleh bersangka baik rakan2 sekalian. Contohnya bersangka baik terhadap kemungkaran. itu salah

Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku di sekeliling dan persekitaran dengan kemampuan yang ada pada mereka. Andai kata kita melihat atau ternampak orang yang melakukan dosa dan kemaksiatan, tetapi masih bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar itu, maka kita juga turut berkongsi saham dan tidak terlepas dari menanggung dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut.

Rasulullah ﷺbersabda : “Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (berasa tidak senang, tidak setuju dan tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

~ semoga lepas ini kita akan bersangka baik pada tempat yang sebetulnya~

Wednesday, June 10, 2015

~ Bila ibu Jadi Hamba~

Assalamualaikum
saya mulakan taipan saya dengan sebuah Hadis yang berbunyi:-

Ketika Rasulullah SAW ditanya oleh Malaikat Jibril as tentang kiamat maka baginda Rasulullah SAW menjawab
“Yang ditanya tentangnya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya” Kemudian Jibril berkata lagi. “Kalau begitu khabarkan lah kepada ku tentang tanda-tandanya” Baginda Rasulullah SAW menjawab. “Seorang budak wanita atau wanita merdeka (Al Amah) akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat para rakyat jelata yang miskin akan tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi”
(HR : Muslim)

Hadis ini mempunyai banyak tafsiran dari para ulama.
salah satunya adalah.


Kita dapati anak-anak zaman sekarang dengan sedar atau tanpa disedari sudah menjadi anak derhaka kepada kedua ibu bapa mereka. Ada anak-anak yang tanpa segan silu menjadikan ibu bapa seumpama pembantu rumah, membuat kerja-kerja seperti orang gaji atau pengasuh kepada cucu-cucu mereka. Walaupun ada yang sukarela dan reda tetapi cukuplah jasa mereka menjaga, mengasuh dan membesarkan kita selama ini.

Biarkan mereka berehat dan habiskan sisa-sisa kehidupan mereka dengan menumpukan kepada beramal ibadat, pergi ke tempat-tempat pengajian dan membaca Al-Quran atau kitab-kitab agama. Bukan bergelumang dengan kencing berak anak-anak kecil lagi. Sesekali mereka ingin bermesra atau bermanja dengan cucu-cucu mereka di hujung minggu contohnya memang tiada salahnya. Tapi itu bukan alasan untuk kita ambil kesempatan di atas kesunyian dan kebaikan mereka !
****************************************


Bermuhasabah diri sendiri, kadang kala saya juga turut membebani ibu saya apabila mempunyai masalah kerja di luar kawasan. 3-4 hari anak dititipkan dengan rasa seribu satu penyesalan. Maafkan anak mu ini ya mama.

Kenapa saya membuat taipan mengenai isu ini?
ini adalah masa kini. saat ini terlalu ramai yang viralkan gambar ini.. Ada yang menyokong malah ada yang mengecam.





Seawal usia mendirikan rumah tangga, mama telah berpesan kepada saya. Nanti bila ada anak, jaga sendiri. Mama nak habiskan masa yang tertinggal dengan mencari bekalan pula. Saya bersyukur kerana Allah menganugerahkan ibu seperti ini. Jadi saya tiada rasa serba salah mahu menghantar anak ke pengasuh.

Wahai wanita sekalian, benar kita tidak boleh nafikan ada ibu yang rela menjagakan cucu. malah meminta untuk menjagakan cucu. Cuba kita semua fikir sejenak:-

Semasa usia ibu kita/ ibu mertua kita masih muda. Seluruh masa dan kehidupannya telah dipenuhi dengan kesibukan urusan dunia seperti kerja dan membesarkan anak-anak. seperti kita sendiri yang bekerja. Berapa hari seminggu kita boleh menghadiri diri ke majlis-majlis ilmu di masjid. Walaupun masjid hanya sejengkal dari rumah kita? Berapa helai bacaan Al-Quran yang kita boleh habiskan sehari. kadang-kadang semuka pun kita terbabas. kerana apa? kerana sibuk dengan kerja, sibuk dengan anak2.. ITULAH sibuk uruskan urusan DUNIA.

Begitu juga yang dilalui oleh ibu bapa kita semasa mereka seusia dengan kita. Lu pakah kita setiap yang hidup akan menghadap penciptaNya? sememangnya ajal tidak mengenal Usia... tapi adat umur umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sekitar umurnya Rasulullah itu juga.. yakni sekitar 63 tahun dan seangkatan dengannya. Oleh itu jika dihitung umur kita dan umur ibu/ibu mentua kita sudah tentulah mereka lebih mendahului kita. berilah mereka kesempatan untuk mencari bekalan di sana. 

Ramai yang bersengketa berselisih pendapat. "dah mak nak minta nak jaga, macam mana anak itu berdosa pula. Bukan anak yang suruh pun,"

Okay..di sini saya ingin jelaskan apa yang saya faham dari pengamatan kuliah dan juga pembacaan saya. Maafkan saya sekiranya saya tersilap, dan betulkan saya jika ada yang lebih arif.

Keadaan di padang mahsyar nanti, masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. kita sudah tidak tunggu malah cari pun mana ibu kita, mana ayah kita, mana suami atau isteri kita, mana anak2 kita. apa yang kita fikir dan sibuk mana amalan kita, tangan mana yang akan menerima buku amalan kita.

Seorang demi seorang hamba Allah akan dihisab amalannya. Bayangkan yang dihisap itu ibu kita. saya ingin mengingatkan semua pembaca, yang menjawab segala hisab itu bukan lagi mulut kita atau hati kita yang mempunyai rasa kesian anak aku, kesian mak aku, kesian suami aku kesian isteri aku. mendengar sahaja ngauman api neraka itu semua akan fikir macam mana nak lepaskan diri darinya. Sangat menakutkan. Sangat mengerikan.. Nauzubillah.

Bayangkan lagi jika amalan si ibu ini tidak mencukupi, dia akan ditanya, bagaimana dia habiskan masa mudanya..."dengan urusan dunia". bagaimana pula dia habiskan masa tuanya "juga dengan urusan dunia". Di kala itu, tidak akan ada ayat yang akan keluar "kesian anak saya bekerja, saya sendiri mahu menjaga anak saya" tidak akan ada wahai para pembaca. Maka di situ lah dosa itu akan JATUH kepada si anak ini.

Kekacauan dalam mencari pengasuh sememangnya menghantui para ibu dan ayah.  bagaimana untuk mencari pengasuh yang baik untuk anak.

Ini petua yang saya dapat dari seorang sahabat dan juga mama saya. Saya kongsi kan bersama.
1- Sebagai ibu/wanita/ ibu rumah kita kena ingat satu perkara "Islam tidak melarang kita bekerja selagi kerja itu tidak membuatkan kita meninggalkan tanggungjawab sebenar kita"

Maksudnya di sini, seawal memilih kerjaya, kita kena fikir, adakah kerja ini akan membuatkan aku tidak dapat laksanakan tanggungjawab sebenar aku iaitu mendidik anak dan menjaga keperluan suami.

Jika kerjayan para ibu sekalian sekarang menghalang untuk mendidik anak-anak sebenar-benarnya. Nasihat saya berhenti la. Carilah kerjaya lain yang membuatkan para ibu yang dikasihi Allah sekalian dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan jayanya. Percaya rezeki ditangan Allah. JIka niat dihati kita ikhlas kerana Allah, maka akan datang pertolongan dari-Nya dari arah yang tidak kita sangka-sangkakan.

2- Buat solat istikharah.
Solat sunat istikharah setiap solat maghrib. Terima kasih kepada Mak Tam (ibu saudara sebelah mama). Katanya, istikharah ini bukan nak pilih kerja dan jodoh sahaja. Setiap hari kita kan membuat pilihan dalam kehidupan kita. jadi ianya diperlukan setiap hari.
Percayalah para pembaca, bila kita amalkannya, Allah akan beri kita jalan untuk selesaikan masalah kita. Percayalah Allah akan beri kita pertunjuk akan pengasuh yang boleh memikul amanah kita seadanya.

3- Jaga Allah
Jaga Allah bermaksud, jaga apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang. Allah suruh kita solat, walaupun bekerja solat jangan tinggal. Menutup aurat (bukan bertudung sahaja dengan fesyen yang pelbagai) tutuplah dengan sempurna. Amanah dalam menjalani tugas.

Saya selalu fikir, sebagai guru, jika saya jaga dan ajar anak orang dengan baik. Maka Allah akan jadikan penjaga dan pengajar anak saya juga yang terbaik. Bersangka baik dengan Allah.

4- Tawakal
Kita sudah usaha, kita tawakal kepada Allah. Allah yang sebenarnya yang menjaga anak kita.


Wahai para pembaca yang kasihi sekalian. Sebenarnya yang menjaga anak kita itu adalah Allah. Segala yang terjadi pada anak itu dengan izin Allah. Allah menguji seseorang itu selayak dan semampu dengan kudratnya.

Nasihat saya, jika kita mempunyai ibu yang masih mahu menjaga anak kita, sediaka orang gaji untuknya untuk membantu urusannya. 

Banyakan wakaf atau sedekah atas namanya kerana itu amalan yang sentiasa mengalir walaupun dia sudah dijemput Ilahi. mungkin itu balasan tidak seberapa yang kita boleh lakukan kepadanya.

Untuk mengetahui tips Home schooling Bagi Ibu Berkerjaya... nantikan penerbitannya~~






Monday, April 6, 2015

~ Pesan Ulama tentang SAHABAT~

Pesanan Imam Al-Ghazali tentang KAWAN.
1) Pilih kawan yang berakal, jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
2) Pilih kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya.
3) Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
4) Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
5) Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Antara KAWAN dan SAHABAT, banyak bezanya. "Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa kita mengingati Allah, mendengarkan katanya menambahkan lagi ilmu. Terlihat gerak gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah SWT. Sebaik-baik SAHABAT adalah yang dapat membantu kita melangkah masuk ke Jannah.

Tak semua kawan itu dikatakan benar-benar seorang sahabat. Macam mana kita nak tahu? Kita dapat melihat 'siapa dia' saat kita dalam kesedihan dan kesusahan. Bila kita ada berbuat kesilapan, lihat sikapnya dengan teliti, adakah aib kita dibukanya atau dia berusaha menutup rapat-rapat. Apakah dia setia bersama kita, menyebelahi kita, menasihati kita secara baik saat orang lain pergi meninggalkan kita. Dan...bagaimanakah dia membuktikan sayangnya pada kita, kalau sekadar berkata tiada guna jika yang ditunjukkan ternyata menghumbankan kita ke neraka. Jaga-jaga.
Sewajarnya, kita harus berhati-hati dalam hal berkawan. Memilih bukan bererti cerewet tapi untuk kebaikan kita di dunia dan di Akhirat kerana dengan siapa kita berkawan, itulah sikap kita yang sebenar kerana sedikit sebanyak sikap kita dipengaruhi oleh mereka. Jadi, bersahabatlah dengan orang-orang yang beriman lagi berakhlak mulia, bahagia. "(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (Surah Al-Zukhruf : 67) "Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah dalam memilih sahabat." (Hadis Riwayat Ahmad)

Saturday, November 29, 2014

Psikologi Vs Rotanlogi

~ Dulu masa sekolah mama selalu marah pagie2 memang kejut dengan hanger la.... but mama bising bukan sebab lambat bangun nak pergi sekolah tapi lambat bangun untuk subuh.....ingat lagi ayat mama ' nak pi sekolah pukul berapa suka hati, mama gerak untuk sembahyang subuh," kalau lagi 5 minit dia cakap macam tu tak buka mata juga... rasakanlah keenakkan pengakut baju...kalau masa tadika..lambat bangun macam mana pun, kena subuh dulu baru pergi tadika pasti....tak kisah la van dok pin pong pun.... biar kena marah dengan pakcik van sebab bangun lambat... tapi sembahyang kena buat juga....thats why, aku garang n tegas... Ustaz pun dah kata umur 7 tahun ke atas, kena tahan kehendak dia, kalau dari 7 tahun sampai 14 tahun tak tegas, tak layan macam hamba...umur 15 tahun baru nak pukul... mmg tak akan jadi....ustaz kata bukan aku kata....

Ramai ibu  bapa kini terpengaruh dengan kehebatan psikologi untuk anak2...anak2 zaman skrg lain tak macam dahulu...semua nak semua bagi...takut anak memberontak.... ingat satu ja...ISLAM ini gunanya sepanjang zaman.... Psikologi mmg perlu tapi tak bermaksud rotanlogi tak berkesan, cuba tgk hebatnya Al Fateh adalah kerana rotan..sejarah Islam dah buktikan kanak2 seusia itu mmg nakal dan cara nak handle dengan rotan...rotan nie bukan setiap kali sampai kebesaq kena rotan... bila dia dah kena several time.... next time dia akan beringat, time tu la kita guna psikologi... Hebatnya Iman ahmad adalah kerana ketegasan ibunya. ader tak ahli psikologi barat... yang hebat seperti tokoh2 Islam kita??

ulasan ini terbit kerana ada setengah waris berkata
" saya tak taw la cikgu nak buat apa dah kat dia"
" bila tanya sembahyang tak"
" tula cikgu, puas suruh, ayah dia pun tak sembahyang"
dalam hati no wonder...semoga tahun depan dia tak buat perangai n buang sekoah dah  ;-)
senang kan budak2 zaman skrg... kena buang buat rayuan masuk balik..buat perangai kena buang masuk balik.... kesian melihat suasana ini.

bukan membuka aib tapi sebagai pengajaran...
anak ini kain putih..kita yang mencorakkannya
kalau dah cuba sedaya kita, anak itu tidak menjadi juga itu barulah ujian... tapi kalau tak mencuba... itu adalah salah kita sebagai pemegang amanah..
sebab itu Islam ini bagi tunjuk ajar, nak dapatkan anak yg soleh...bermula dari pemilihan pasangan itu sendiri... bukan kaya, bukan ensem, bukan seksi, bukan cantik sahaja...tapi kaya dengan iman dan takwa. Kalau suami itu boleh menjaga amanah Allah akan solatnya, InsyaAllah dia akan mampu menggalas amanah sebagai suami dan ayah...
Yang paling penting si isteri, kerana IBU adalah Madrasah pertama anak2.. dan SUAMI ISTERI tolong la kalau tak suka cara didikan satu sama lain...JANGAN TERUS sembur depan anak2... Cuba bayang kalau anak tgk mak kena marah dengan ayah sedangkan dalam hati si mak nie niatnya nak mendidik.. jatuh air muka isteri tersebut.. if u tak boleh nak hormat isteri, bukan salah isteri itu jika dia memberontak..... tak puas hati mana2 masuk bincang dalam bilik... begitu juga isteri....



Alhamdulillah mama kerana mendidik kami pentingkan solat, dan cara itu juga aku akan guna untuk anak2 nanti....
Selalu berdoa " Ya Allah bantuilah aku dalam mendidik zuriatku ke jalan yang diredhaiMu' sebab kita nie manusia kadang mudah lupa...dan terima kasih kepada rakan , taulan yang sering memberi tunjuk ajar dan nasihat... dan tahniah kepada mereka yang mempunyai anak UPSR...rsengan result yang baik dan cemerlang...TQ mama n abah~


selamat menjalani ibadat subuh......

Tuesday, October 28, 2014

~ Kita tuai apa yang kita tanam~

Alhamdulillah buat sekian kalinya berjaya mencapai target ari nie...
TQ for tentera Allah di rumah sebab tak bangun tido lagi hahahaha
 sebenarnya cik cahaya tak mau tulis benda2 negatif.... teruatamanya di FB dan blig cik cahya... so i try to convert it to positive side.

Alhamdulillah dengan kehidupan yang serba sederhana yang Allah kurniakan kepada cik cahya dan suami. dan Alhamdulillah kerana encik suami cik cahaya tidak pernah merungut itu dan ini. di sini nampak ada kesepakatan dalam diri kami....

ya apa yang ada pada kita sekarang di usia mencecah 3 siries ini adalah hasil tanaman kita 15 tahun yang lepas barang kali. oleh itu kita janganla merungut dan menyalahkan orang lain atas hasil tuaian yang sedikit dan tidak mencukupi sebaliknya cuba la kita muhasabah diri.. kerana kita tahu akan reality kehidupan bahawa kos sara diri akan semakin naik dan naik...

InsyaAllah jika kita hidup serba sederhana.... rezeki yang berkat Allah akan mencukupi kita dengan rezekiNya..oleh itu berhentilah berbicara serta mengomen seperti orang tiada iman...
jika rasa sesak hidup anda buat la solat dhuha dan istiqomalah dalam Al Waqiah..jangan dilupa ayat seribu DINAR...

ok jumpa lagi nanti...:-)

Tuesday, October 21, 2014

~akhirnya~ Finally~~

assalamualaikum semua
akhirnya siap juga 40 video mood nuetral pada hari ini. lega sedikit rasanya. sebab dah ada tapak/template so untuk mood positif ngn negative akan semakin mudah.

lama juga dok berperang depan komputer, bangun seawal 4-5 pagi sebab tak mau anak ganggu..lawan perasaan takut dalam diri dok sorang2 dalam bilik kerja... wahhh sangt mencabar ok!

but ini bukan untuk seronok sangat sebab kena buat SME dn pilot test dulu.. and for sure akan berlaku perubahan nanti. tapi sekurang2nye Alhamdulillah

ok nak sambung buat kerja

p/s :- mausia nie selalu suka merungut... menyampah!

Sunday, October 12, 2014

~Hilangnya sebuah QANAAH~

Kedatangan Dajal semakin dekat terasa apabila melihat firnah dunia semakin tersebar. semua perkara bukan lagi rahsia dengan adanya teknologi.. Allah tidak menyuruh kita menolak teknologi, malah Allah memberi kita akal dan fikiran untuk mentadbir tekologi tersebut.
kerungsiingan cik Cahya semakin bertambah apabila melihat hi ruang legar dinding FB segala jenis post meluah perasaan, cacian, celaan terhadap org lain mahpun ahli keluarga sendiri..Nauzubillah... lihatlah kejayaan YAHUDI telah menelanjangi umat ISLAM.

SITUASI PERTAMA
 Pertama sekali cik Cahya nak huraikan mengenai masalah rumah tangga yang terlalu obses si isteri menceritakankan kepada umum. INGAT la wahai kaum hawa, tidak bau syurga jika seorang isteri itu tidak dapat menjaga maruah suami. dalam masalah rumah tangga, kita diberi pilihan
1- Allah menyuruh kita istikarah sebelum berkahwin. Tanya pada diri buat atau tidak. Jika buat, InsyaAllah anda akan merasakan bahawa masalah itu datang dari Allah dan hanya Allah ada jalan penyelesaiannya bukan minta dan hebohkan kepada umum minta nasihat kepada HAMBA yang cetek jua ilmunya.
2- Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya. If ada kekurangan pasangan tolong jangan war2kan pada umum kerana pasangan adalah cermin diri kita. MAMA cik cahya pernah pesan, kita tak pernah boleh mengubah orang, nak ubah pasangan ubah diri dulu. bila kita berubah ke arah yang lebih baik insyaAllah Allah akan mendorong pasangan kita ke jalan yang sama yang penting usaha, doa dan tawakal.
Itu pilihan yang kita ada sebelum berkahwin, jika kita mahu pasangan yang baik kita kena jadi baik dahulu. sekali lagi cik Cahya nak ingatkan...tolong jangan ceritakan aib suami selagi dia bergelar suami kita...seluruh MALAIKAT akan melaknati kita. teringat cik Cahya masa pergi kursus kahwen dahulu... seorang panel dia perbah berkata " kaun hawa jika kamu masih belum bersedia untuk makan hati, jangan melangkah ke alam perkahwinan". Jadi di sini bila kita terasa hati dengan pasangan kita, suami kita istifar banyak2 mana tahu dosa2 kita akan berguguran seiring dengan istifar tersebut.

SITUASI DUA
Ramai yang masih belum berpuas hati mengenai kenaikkan minyak serta bajet yang baru di umumkan.. sebelum cik Cahya mengulas di sini, cik cahya nak tegaskan saya juga terkesan dengan keadaan tersebut. Namun macam yang cik cahya cakapkan Allah memberi kita akal, namun kita tak gunakan, kita hanya guna nafsu untuk mencela dan memaki hamun orang.

cik cahya analogikan isu minyak nie seperti kita pemilik sebuah sekolah swasta. di awal penubuhan pusat tersebut kita mengenakan subisidi kepada pelajar. satu kepala kita bagi rm 50. tahun pertama kita ada 100 orang pelajar. Bilangan pelajar ini bertambah dan bertambah sehingga mencecah 1000 orang.

1- Penambahan bilangan pelajar bermaksud penambahan ekonomi keluarga untuk mengantar anak ke sekolah swasta. Pernambahan kemampuan isi rumah
2- jika 100 orang = RM 5000 kita keluarkan subsidi
     namun jika 1000 orang = RM 50000 kita keluarkan
nampak sedikit namun ianya membenankan, duit tersebut kita boleh berlanjakan ke tempat lain contohnya bangunan baru, makmal komputer baru dan sebagainya.

begitu juga dengan isu subsidi minyak... bagi kita 20 sen itu sedikit kerajaan boleh tanggung.. boleh tak kita kira berapa banyak kereta yang ada sekarang berbanding tahun2 yang lalu. kita selalu bandingkan cukai kereta di Malaysia tinggi berbanding Thailand dan Singapore... kenapa tak bandingkan minyak kita dengan negara2 lain juga. ( ISU petronas tak mau ambik tahu kerana ianya syarikat swasta).
 dahulu satu isi rumah nak dapat 1 kereta pun susah, cuba tgk mak ayah kita dah la dah lama bekerja baru mampu beli kereta. kita tak kerja lagi dah ada kereta. kat rumah kita paling kurang DUA buah kereta.
satu taman? satu kampung?
jadi bertambahnya bilangan kereta maka bertambahlah juga tanggungan kerajaan if depa bagi subsidi tersebut.

Then mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat. cik cahya cuba juga google dan cari jika ada sebuah negara yang kos sara hidup dia semakin lama semakin menurun. Namun cik cahya tak jumpa..IF ada rakan2 yang terjumpa please share bersama.

Mengenai bebanan yang diterima pula...
juga kita diberi pilihan
dari alam sekolah kita dah diberi pilihan, nak seronok waktu sekolah atau nak seronok kemudian hari. mungkin apa yang di ulaskan disini akan membuatkan sesetengah pihak terasa hati.. but mengikut pengalaman sendiri, cik cahya bukan dari keluarga yang senang. anya abah seorang yang bekerja sebagai anggota tentera yang pada ketika itu berapa sahaja gajinya. ingat lagi cik cahya abah cik cahya hanya guna honda bulat pergi kerja dan antar anak2 dia ke sekolah.
Jadi bila ada peluang belajar, kenalah belajar betul2. Ini tidak masa sekolah ponteng, main2, then bila kerja gaji 900 nak tak puas hati dengan org gaji 6000. pernah tak tanya macam mana org tu nak dapat kerja yang gaji 6000 tu? masa sekolah ada dia ponteng kelas, ada lawan cikgu, ada maki hamun cikgu?
mungkin mmg ada segelintir yang mmg susah masa belajar, terpaksa berhenti semata2 untuk menolong ibu dan ayah.. YES orang itu cik cahya tabik spring! percayalah jika niat anda semurni itu Allah akan berikan rezeki yang melimpah ruah dengan syarat ikut perintahnya, Jaga solat agar keberkatan rezeki tidak berkurangan, banyakkan sedekah.

KEPADA PARA PELAJAR CIK CAHYA  yang membaca dan mengikuti blog ini satu pesanan cik cahaya
Gunakan peluang ini belajar la dengan betul2, tolong jangan la ponteng kelas, tanam minat pada ILMU kerana Allah, dan ingatlah tanamkan sikap QANAAH ( bersederhana dalam semua perkara) supaya kita tidak melampaui batasan dalam segala perbuatan, percakapan.

Friday, October 3, 2014

~ Masihkah ada ASIAH di BUMI ini~


Asiah, wanita hebat yang terkenal sebagai penghuni syurga Allah.. isteri kepada Firaun, pembesar mesir yang menentang kekuasaan Allah. Ikatan perkahwinan antara Asiah dengan Firaun bukanlah seperti perkahwinan sekarang. Asiah menerima lamaran Firaun hanya disebabkan oleh satu ugutan..

“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”

Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:

1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.
2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.

4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun

Kisah Asiah menyelamatkan dan membesarkan Nabi Musa a.s sudah diketahui oleh seluruh umat Islam.. namun apa yang mahu cik cahaya petikkan di sini adalah sifat sabarnya Asiah dalam menjalani kehidupan sebagai wanita Islam walaupun berada di samping suami yang sejahat- jahat manusia.

Wanita Islam yang hanya inginkan akhirat, menolak kekayaan dunia akhirnya menjadi sri kandi Islam yang disegani. Islam telah memaparkan kisah Asiah ini sebagai panduan kepada kita.. INGAT ALQURAN adalah sumber rujukan yang akan sesuai walau zaman apa pun kita berada. Pegang Al quran maka selamat la kita..pegang dengan hati, pegang dengan tangan.. fahami dan hayati isinya.

Wahai semua rakan, taulan.... ingatlah perkahwinan ini satu ujian. Ya Allah uji sebab Allah sayang... ada seorang sahabat bertanya kepada cik cahaya " Kenapa Allah temukan aku dengan suami yang tidak memelihara solat, sedangkan aku bermunajat setiap hari agar temukan jodohku dengan hambaNya yang beriman. beriman ini yang menjaga KELIMA rukun Islamnya.
Lidah terkelu memikirkan jawpaan apatah yang lebih rasional untuk diberikan... 
dan bibir ini menyatakan bahawa " Mungkin Allah ingin menduga kesabaranmu, bangunlah di tengah malam tahajud semoga Allah memberikan kamu suami yang sama2 memperbaiki diri untuk bertemu denganNya nanti. wanita yang baik untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya..Allah uji kerana Allah sayang, mungkin ada dosa kamu di masa lalu yang Allah ingin hapuskan, mungkin juga Allah menguji kamu kerana Allah mahu meningkatkan darjat kamu. Oleh itu bersabarlah selagi suami kamu tidak menganiaya kamu. Seorang isteri boleh masuk syurga tanpa suaminya tetapi seorang suami tidak boleh masuk syurga tanpa isterinya..
Semoga jawapan ini dapat menenangkan hatinya... aminnnn

Ada ustaz yang menyatakan bahawa si isteri boleh menuntut fasak sekianya suaminya tidak memelihara solat, namun di sini cik cahaya nak ingatkan kepada semua isteri.... jika isteri Firaun pun boleh masuk ke syurga, suami kita tidak lah sejahat Firaun.. apa jua dugaan dalam rumah tangga.. cuba ambik inspirasi dari SRIKANDI islam yang terbilang..jangan asyik membaca novel cinta yang entah apa ceritanya, bacalah kisah2 para penghuni syurga ini...sekurang2nya memberi kita motivasi dan mengubah kita ke arah yang lebih baik.. :-)

p/s : Nabi Musa dibesarkan bersama Firaun namun masih bertaqwa kepada Allah , disebabkan didikan ibunya bukan ayahnya... Islam itu indah~

Friday, September 5, 2014

~ Lantak PI nak KATA APA~

hahah sangat rare entry kali nie..
opsss Assalamualaikum
terlupa pulak~~
cik cahya tulis entry nie sebb kalau buat status kat FB mesti ada org akan kata itu pun nak share ka..hahah so bila dalam hati dah rasa nak menjerit baik jeritan itu diSALURKAN KE JARI JEMARI YANG MENAIP..
ORANG KATA SEKURANGNYA BEBAN DALAM HATI ITU BERKURANGAN~~
ok sebenarnya cik cahya agak mereng dua tiga minggu nie disebabkan mengadap komputer seawal 5 pagi huhuh terpaks ok if not bila aku nak siapkan vid pembujukan aku..bila si anak teruna itu banGun jgn harap nak merekod naration la..semua benda akan terekod sekali...hahah
so nie ada masa pulak nak berblog... hahaha release tention orang kata
sebenarnya dalam hati nie dah membuak rasa CEPATLAHHHH habiskan study!!! cek dah x sabar nak dapatkan life cek balik~~~~
too many things cik cahya nak buat tapi terpaksa ditangguhkan kerana time limitation (wahhhh bahasa ko!)
Orang kata sedekah boleh memudahkan urusan kita...solat tengah malam juga...
tapi itula SYAITAN tu selalu menyesatkan kita kan
DOAKAN cik cahya dapat mengubah dan memperbaiki hubungan dengan Allah dan sesama manusia agar Allah memudahkan urusan CIK cahya ok!!
love all of u
see u at the next entry for some tazkirah..but not today coz i need to submit 1/3 vid to my supervisor...have another 60 vid to go!! Wish me LUCK!


Sunday, August 31, 2014

~ Allah selalu ada mendengar dan bersama~


assalamualaikum
hari yang indah lagi damai
tazkirah pagi ari ini... Allah menjawab bacaan Al Fatihah kita..
ramai yang tidak tahu akannya
jadi cik cahya akan berkongsi untuk tatapan dan renungan semua
betapa Allah itu dekat dengan kita~

betapa cintanya Allah pada kita ~

Allah SWT Menjawab Fatihah Kita

Ramai orang yang cara membacanya tergesa-gesa, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah Subhanahu Wata'ala ber-Firman: "Aku membagi solat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Ertinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "Alhamdulillahi-Rabbil 'alamin". Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra-him", Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”- Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca SETIAP satu ayat. Rasakanlah jawaban indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Wednesday, August 27, 2014

~ 27 August Come BACK!

cantikkan niqab nie~ sama yang berminat boleh kunjungi Butik Niqab  di Facebook ok
~Assalamualaikum semua~
for this morning glowry morning nye entry cek cahya nak tujukan pada seseorang yang sangat2 istimewa dalam hidup cik cahya...
sebenarnya nak wish besdat kat hubby...tapi semlam lampu x da kat bilik work station nie so tunggu pagi nie la baru boleh menulis...
 senah helwah ya habibi... semoga Allah memberkati umur kamu dan memurahkan rezeki kita sekeliuarga... sebaik-baik perancangan adalah dari Allah..sebaik-baik rezeki juga datang dari Allah..semoga Allah membukakan pintu hati kita agar kita dapat melihat segala hikmah disebalik setiap ujiannya... terima kasih kerena menjadi imam yang baik untuk kami anak beranak... dan semoga Allah memperbaiki lagi segala ibadah dan akhlak kita semua.


~ Uhibbuka fillah~

untuk perisian kali ini cik cahya kongsikan sedikit mengenai kisah tentera Nabi Musa ...cikk cahaya mendengar di RADIO IKIM... semoga kisah ini membuatkan kita bersemangat dalam membangunkan ISLAM..

Apabila telah bertembung dua kelompok itu, kelompok Nabi Musa dan Bani Israel, dan Firaun serta tenteranya di Laut Merah, maka berkatalah sahabat-sahabat Nabi Musa “Sesungguhnya kita telah terkepung.” Berkatalah Musa a.s. “Bahkan tidak sama sekali. Sesungguhnya bersamaku Tuhanku, Dia akan menunjukkan padaku petunjuk.” – Surah Asy-Syu’ara’, ayat 61.

Detik cemas yang dihadapi oleh Nabi Musa a.s. dan tenteranya sedikitpun tidak menggentarkan baginda. Malah Nabi Musa a.s. menenangkan tenteranya dengan menunjukkan keyakinan yang tinggi kepada janji Allah s.w.t..

Ustaz Syaari membawa contoh kritikal yang pernah dihadapi oleh tentera Rasulullah SAW dalam peperangan Khandak yang berlaku dalam bulan Ramadan dan kemenangannya dalam bulan Syawal. Rasulullah SAW berdepan dengan situasi genting namun tetap tenang dan mengungkapkan kata-kata semangat kepada para sahabat dengan janji-janji kemenagan Islam menakluki dunia.

Kisah Firaun diceritakan di dalam Al-Quran sebagai peringatan kepada manusia. Manusia yang begitu angkuh dan bongkak dengan harta dunia yang dimilikinya sehingga mengangkat dirinya sebagai Tuhan. Walaupun Firaun menganggap dirinya sebagai Tuhan, sembilan mukjizat Nabi Musa a.s. dan lima peristiwa besar yang berlaku tanpa mampu Firaun berbuat apa-apa untuk menahannya:

isteri Firaun memeluk Islam, tukang sikat keluarga Firaun, Mashitah memeluk Islam, penasihat pemidato Firaun memeluk Islam, ahli sihir Firaun memeluk Islam dan Qarun ditenggelami bumi . Bahkan ia tidak sedikitpun membuka minda Firaun untuk kembali kepada Tuhannya, apatah lagi untuk beriman kepada Allah s.w.t. Firaun sama sekali tidak memilih untuk beriman bahkan memilih untuk terus menyerang Nabi Musa dan Bani Israel dengan perkataan yang kesat dan membaling batu bata kepada mereka.

Nabi Musa bersabar dengan kejahatan yang dilakukan oleh Firaun terhadap baginda dan Bani Israel, sehinggalah pada akhirnya Maka Nabi Musa memohon doa kepada Allah s.w.t. seperti di dalam Surah Ad-Dukhan, “Aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu daripada apa yang kamu baling kami dengan perkataan kesat dan batu-batu ini. Wahai Firaun jika kamu tidak beriman, maka tinggalkan kami sendiri.” Namun Firaun memilih untuk terus menggangu mereka. Lalu Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t “Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang selalu berbuat dosa.” Inilah doa Nabi Musa kepada Allah supaya memusnahkan segala harta benda milik Firaun. Harta benda ini bukan sahaja menjadikan Firaun terus berlagak sombong dan yakin bahawa dirinya akan hidup lebih lama di dunia ini, malah telah mengunci mati hatinya untuk beriman kepada Allah s.w.t. Doa Nabi Musa dimakbulkan Allah, maka kesemua harta milik Firaun telah bertukar menjadi batu.

Firaun mengarahkan untuk memburu Bani Israel namun usaha mereka gagal kerana Allah telah mengwahyukan Nabi Musa supaya Bani Israel berhijrah meninggalkan bumi Mesir menuju ke Palestin. Firaun mengarahkan bala tenteranya untuk memburu Nabi Musa dan Bani Israel. Allah menyifatkan inilah peristiwa di mana Firaun meninggalkan istananya buat kali terakhir menuju ke Lautan Merah.

Kisah Nabi Musa a.s. ini diceritakan antaranya di dalam Surah Asy-Syu’ara’, Surah Ad-Dukhan, Suruh Yunus dan Surah Toha. Antara hikmahnya adalah untuk memberikan gambaran yang sempurna kepada mereka yang membaca Al-Quran bagaimana Allah memberi kehinaan kepada hamba-Nya yang bernama Firaun, yang kononnya menganggap dirinya sebagai Tuhan.

Menurut sesetengah Ulama’, jumlah Bani Israel yang telah dikumpulkan daripada 12 wilayah adalah seramai 600,000 orang. Arahan Allah SWT kepada Nabi Musa untuk keluar dari Mesir menuju ke Palestin adalah dengan melalui selatan bumi Sinai dan akhirnya menyebabkan mereka terkepung oleh tentera Firaun di belakang dan lautan di hadapan mereka. Tongkat Nabi Musa yang merupakan mukjizat Allah kepada baginda telah membelah laut Merah kepada dua bahagian dan kedua-dua bahagian tersebut adalah seperti gunung yang terlalu tinggi. Itulah perancangan Allah SWT yang apabila Allah mengilhamkan kepada Nabi Musa dan beliau mematuhinya, sudah pasti Allah akan membuka jalan keluarnya iaitu dengan memberikan mukjizat kepada Nabi Musa membelah laut.

Ustaz Syaari menganjurkan para pendengar untuk menyemak kisah Nabi Musa a.s. secara ilimiah dan jangan sekali-kali menggambarkan kisah ini melalui filem atau gambaran yang tidak selari dengan Al-Quran. Saranan beliau supaya para pendengar membaca kajian Ron Wyatt, iaitu seorang ahli arkeologi yang menemui tinggalan roda yang dipercayai daripada kereta kuda pada zaman Ramses II (Firaun) serta rangka manusia dan kuda di satu lokasi di Nuweiba, selatan Sinai, di Teluk Aqabah.

Purata kedalaman di bahagian Teluk Aqaba adalah 400 meter. Namun, terdapat satu lokasi di Teluk Aqaba airnya cetek dengan kedalaman hanyalah 33 meter dan mempunyai laluan di bawah laut sepanjang 13 kilometer menghubungkan antara Mesir ke Arab Saudi. Kisah Nabi Musa sudah pasti tidak dapat difikirkan melalui logik akal manusia, bagaimana Nabi Musa dan Bani Israel yang dikepung boleh menyelamatkan diri. Tetapi dengan kuasa Allah  akhirnya Firaun yang menganggap dirinya Tuhan tidak dapat menyelamatkan diri sendiri, apatah lagi tenteranya daripada ditelan oleh Laut Merah.

Wednesday, June 18, 2014

3.4 n 3.5 done

Assalamualaikum
alhamdulillah hari ni cik cahaya sudah mula sekolah petang
satu rezeki dari Allah yang sangt bermakna buat cik cahaya
seb 2 sub topic sudah berjaya disiapkan bermula kul 5 pagi sampai kul 10 baru stop..
kalau dulu sekolah pagi.. kul 6.30 dah kena pergi sekolah then  kul 4 baru sampai umah.tu kira awal la..yg kul 6 pun pernah...n selalu... ptg dah penat then malam tidur nak bangun kul 3 kononnye selalu terbabas then cik cahaya akan meroyan sorang2 tanpa siapa yang memahami perasaan ketika itu hahahhaha

semalam cik cahaya pergi pusat bahasa nak daftar ambik kurus bahasa kononnya
2k ok yuran dia mampus mana aku nak cari duit ahahaahahah
then setelah balik sembang ngn mama n sembang ngn hubby
malam cik cahya istikarah
pagi nie terasa macam bukan pilihan terbaik kot nak pergi kelas tu
pertama
cik cahaya rasa urusan itu berat
mama pun tak berapa setuju sebb cik cahaya dh sibuk ngn phd n ngn mengajar nnti terabai umah tangga katanya
kedua mmg kewangan tidak memihak ye la tuyan phd pun dah berapa
lagipun duit yg ada cik cahaya nak beli barang nak masuk umahhh
ok semak ok umah tak terurus
HUBBY..plzzz nak PINDAH.... hihih (meroyan)
so cik cahaya kenala improve english by reading ..dengar lagu..HARAP MAAF i dont like music
ok la nak g sekolah nie
love u all
sebala email nnti cik cahaya reply ok

Monday, June 2, 2014

JUNE datang lagi

Assalamualaikum
berhenti buat kerja sat..mencari ilham yang hilang setelah 4 hari tinggalkan dunia penulisan... menjaga anak bujang yang baru sahaja bersunat..Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan ...
ramai yang kata kesian kat anak kecik x tahu apa, sakit tak tahu cakap
jawapan saya dalam hati
KESIAN lagi kat anak bila dah besar dan tahu apa itu sakit dan fobia
Kesian lagi kat anak bila lambat untuk memahami agama
Rasulullah sunatkan cucunya seawal 7 hari pasti ada sebb sehingga kaum yahudi menjadikannya amalan mereka. kenapa kita mahu ikut adat yang dah tentu x ada kebaikkannya
semuanya terpulang pada setiap ibu dan ayah..kerana mereka yang mahu mendidik anak.. membentuk anak bukan org lain... so for me dengan lafaz Bismillahi rahmani Rahim...aku tawakal
semoga usaha aku ini memudahkan aku untuk mendidik penghuni syurga yang dipinjamkan kepada..
n so far terus terang aku bgtaw bahawa sangt mudah menjaganya..
******************************************************
ok now we turn to the entry's topic
yes June coming again thats me im getting older 1y agian hahahahha
so anyone should i list down what i dream for this caming besday?
hahahhaha
lets we see
yeahh KOKADI WRAP
macam yang kotun tahu aku nie mmg gila gendong mengendong nie
even anak dan 10 kilo pun dok gendong
aku dah try kokado wrap nie setiap kati BBW gathering 
mmg sangt best kain dia but...$$$ macam membazir la pulak
but kalau ada org nak hadiahkan ALHAMDULILLAH hahaha

jam tangan yang multi function
acceli bukan macam nie la gambar dia.. i try to find the axact pic but couldnt find it
jam tu aku nampak kat umah mak pengasuh anak aku
dia buat gubah hantaran
yang best pasal jam ni
dia boleh detect jantungnye rate
macam2 lagi la sebb ada magnet yang diletakkan pada nadi kan

hahahah.. ok stop berangan si kecik tu dah bangun....:-)

Saturday, May 24, 2014

~ bila hati dah RINDU~

Assalamualaikum
bila hati dah rindu
rindu ada siapa?
wah cik cahya bahaya taw status rindu2 nie
hahaahahah
ok..oleh kerana databes USM gelong, so cik cahya buat taipan di sini sahaja
melihat anak bujang muhammad irfan naufal dah boleh berlari, dah banyak akal dah nak bersunat lagi 3 hari..wahhh anak saya semakin membesar
setahun 3 bulan adalah umurnya... Alhamdulillah Allah pinjamkan nikmat ini kepada cik cahya
 berbalik pada entry ( kalau saya sembang pasal anak bujang nie mesti xakan habisnye)

sebenarnya bila melihat rakan2 menambah bilangan penduduk syurga..cik cahaya rindu akan bau syurga itu
org kata kanak2 yang lahir nie berbau syurga kan
so bermula lah iktiar untuk ke arah itu
tak takut ker study belum habis
apa nak takut rezeki itu di tangan Allah
saya masih berusaha habiskan PHD saya
dalam masa yang sama saya yakin dengan pertolongan Allah.. saya mamp lakukannya
orang kata tahajud untuk kekuatan
Alhamdulillah cik cahya dapat kekuatan untuk tunaikannya untuk kekuatan
bukan apa, sebelum nie stay up 3 pagi untuk buat kerja PHD, seminggu ja dah demam.. mana tak demamnya
3.00 to 500 am dan study
5.00 t0 6.00 am siap nak ke sekolah
kul 4.00 pm baru balik sekolah
then main ngn anak bujang dan kul 8.00 pm
masak lagi kemudian tidurkan anak bujang kul 10.00 pm
( so kalau ada yg complain why cek bagi anak tido awal plzzz i need to wake up early 3.00 am )

bila dah demam... so cik cahya dah x berani nak stay up
bila x stay up cik cahya dan sempat nak sentuh PHD
bila jadi macam tu saya sudah MEROYAN tak tentu pasal
marah semua org disekeliling
YA Allah lemahkan iman cik cahya

so buat sekian kalinya 
AKU KENA KUAT
AKU KENA STAY UP
AKU XMAU SAKIT
so cik cahya buat la eksperimen
bangun solat tahajud, solat hajat minta Allah permudahkan
Alhamdulillah selama sebulan ianya berjalan.. walaupun ada hari yang terbabas, tapi cik cahya dapat rasa kelainannya
BETUL LA ALLAH ITU TEPATI JANJINYA
(so korunk tunggu apa lagi kalau nak minta doa bangun la tengah malam ye)

Dalam masa sebulan ini juga cik cahya minta agar dipermudahkan rezeki anak jika Engkau tahu aku mampu YA ALLAH...
so kalau betul Allah nak beri ini bermakna cik cahya mampu kan
kalau Allah x beri lagi tu tandanya saya masih lemah!

tapi mmg cik cahya rindu akannya... hihih :-) Doakan yang terbaik... jangan berhenti.
DHUHA dulu jom!!


p/s : maaf jika typo.. sebb xdan nak cek tengah berbengkel!!

Friday, May 9, 2014

~ Wahai Hati berhenti MEMBERONTAK~

assalamualaikum
selmat pagi 
salam jumaat
huhu 2 jam di hadapan pc just reading section cant write even 1 paragraph.. huhu where my idea..
so i think ai have something in my mind that make me think over n over ( wahhh ayat BI tak boleh blah)

macam nie..cik cahaya dari dulu mmg dok nak sunatkan anak awal.
en suami tak kata apa just dia kata ada sorg dok tak galakkan sebb nnti efek kat anu dia
sebb takut efection
then cik cahaya seperti rutin, bila dalam delima cik cahya akan puasa n istikarah ( puasa tu sekali ngn ganti la kannn ...jiimat)
then dalam week nie cik cahya tetiba terjumpa rakan sek dahulu ( tak sangka cita2 dia nak jadi doc tercapai ingt dia main2 ja)
ingt lagi masa sekolah dia cakap kat kami
"esok hampa nak bersalin mai cari aku"
hahah bila di tanya kenapa nak jadi OnG
dia jawab sebb nnti bini aku nak beranak tak payah laki lain tgk 
ok fine.. cukup sampai kat sini but his dream dah tercapai 2 baby dia yang sambut..

then bila sembang ngn dia, 
dia kata anak sulung dia lahir, masa belajar di Mesir, sana mmg depa sunatkan awal
then dia kata recovery proses sangt cepat
ok itu baby cik cahaya cakap ( ye la org kata susah nak jaga sebb naufal dah buas)
then he said, baby memori dia cepat lupa, so why u nak tunggu dia besaq n dia akan fobia padahal benda tu satu kewajipan.. orang kita ngn indon ja sunat anak lambat. ambik mana pun x taw.. 
ok tq dude

then ai tanya pendapat seorg ustaz, ( sebb tanya cg girl kat sek depa mmg sunatkan ank dari baby so mesti depa akan kata just go n doa pada Allah dipermudahkan)
then ustaz itu ada bagi sedikit cerita pengalaman dia
dia kata 1st anak dia bersalin di madinah
mmg sunah awal masa lahir erus sunat
2nd one lahir kat malaysia, then 5 tahun baru sunnat
he said, mmg berlain perangai anak nie
 ada sebb kenapa Rasulullah sunatkan Hassan Hussin awal
ok so ustaz tak bagi jawapa dia suh fikir sendiri.


Saidatina Aisyah menceritakan; Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)

Kebanyakan ahli ilmu berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.

so sekarang nie macam mana nak yakinkan encik suami..huhuh

Monday, May 5, 2014

~Dengarlah~=~

Assalamualaikum
lama rasanya aku tak teroka blog kawan2.. pagi hari yang blur membuatkan aku termenung dan blogwalking..(setekah menyiapkan nota untuk kelas kul 9.am ok)

ermm satu perasaan yang sukar untuk diluahkan...
bak kata org diluah mati mak ditelan mati bapak  (betul ke)
need someone who can borrow me theie ears..plzzz ... 
sob..sob..sob

Ya Allah
Yaa Allah sahaja tempat ak mengadu
Dia yang menenangkan setelah mendengar
macam mana nak tahu Dia mendengar
setelah mengadu kita akan tenang
Yaa
Dia Yang Maha Menenagkan

Allah adalah sumber kekuatan
Ya Allah aku rasa diri ini tidak mampu
Maka mampukan lah aku dengan KEkuatanMu
Penat Ya Allah, 
Permudahkan urusan aku untuk habiskan pengajianku
ramai yang kata faham tetapi tidak faham
hanya Engkau yang faham

aku di sapa oleh sebuah kata motivasi
hasil selakkan buku yang bermotivasi
Terima Kasih Allah atas panduan hati

~nukilan itu berbunyi~

Apabila kita fikir lelah
maka
Kita merasa lelah
Apabila kita hendak menang tetapi kita fikir
Kita tidak mampu, maka
Kita hampir pasti tidak memang
Apabila kita fikir kita kalah , maka
Kita pasti sudah kalah,
Kerana di dunia luar kita mendapati
Kejayaan bermula dengan kemahuan seseorang
Semua itu ada dalam fikiran kita
Perjuangan hidup tidak selalunya mendatangi
Orang yang lebih kuat dan cepat
Tetapi cepat atau lambatnya orang yang menang itu
Adalah org yang berfikir dia mampu menang
~ Norman Vincent Peale~