cantikkan niqab nie~ sama yang berminat boleh kunjungi Butik Niqab di Facebook ok |
~Assalamualaikum semua~
for this morning glowry morning nye entry cek cahya nak tujukan pada seseorang yang sangat2 istimewa dalam hidup cik cahya...
sebenarnya nak wish besdat kat hubby...tapi semlam lampu x da kat bilik work station nie so tunggu pagi nie la baru boleh menulis...
senah helwah ya habibi... semoga Allah memberkati umur kamu dan memurahkan rezeki kita sekeliuarga... sebaik-baik perancangan adalah dari Allah..sebaik-baik rezeki juga datang dari Allah..semoga Allah membukakan pintu hati kita agar kita dapat melihat segala hikmah disebalik setiap ujiannya... terima kasih kerena menjadi imam yang baik untuk kami anak beranak... dan semoga Allah memperbaiki lagi segala ibadah dan akhlak kita semua.
~ Uhibbuka fillah~
untuk perisian kali ini cik cahya kongsikan sedikit mengenai kisah tentera Nabi Musa ...cikk cahaya mendengar di RADIO IKIM... semoga kisah ini membuatkan kita bersemangat dalam membangunkan ISLAM..
Apabila telah
bertembung dua kelompok itu, kelompok Nabi Musa dan Bani Israel, dan Firaun
serta tenteranya di Laut Merah, maka berkatalah sahabat-sahabat Nabi Musa
“Sesungguhnya kita telah terkepung.” Berkatalah Musa a.s. “Bahkan tidak sama
sekali. Sesungguhnya bersamaku Tuhanku, Dia akan menunjukkan padaku petunjuk.”
– Surah Asy-Syu’ara’, ayat 61.
Detik cemas yang dihadapi oleh Nabi Musa a.s. dan tenteranya
sedikitpun tidak menggentarkan baginda. Malah Nabi Musa a.s. menenangkan
tenteranya dengan menunjukkan keyakinan yang tinggi kepada janji Allah s.w.t..
Ustaz Syaari membawa contoh kritikal yang pernah dihadapi
oleh tentera Rasulullah SAW dalam peperangan Khandak yang berlaku dalam bulan
Ramadan dan kemenangannya dalam bulan Syawal. Rasulullah SAW berdepan dengan
situasi genting namun tetap tenang dan mengungkapkan kata-kata semangat kepada
para sahabat dengan janji-janji kemenagan Islam menakluki dunia.
Kisah Firaun diceritakan di dalam Al-Quran sebagai
peringatan kepada manusia. Manusia yang begitu angkuh dan bongkak dengan harta
dunia yang dimilikinya sehingga mengangkat dirinya sebagai Tuhan. Walaupun
Firaun menganggap dirinya sebagai Tuhan, sembilan mukjizat Nabi Musa a.s. dan
lima peristiwa besar yang berlaku tanpa mampu Firaun berbuat apa-apa untuk
menahannya:
isteri Firaun memeluk Islam, tukang sikat keluarga Firaun, Mashitah memeluk Islam, penasihat pemidato Firaun memeluk Islam, ahli sihir Firaun memeluk Islam dan Qarun ditenggelami bumi . Bahkan ia tidak sedikitpun membuka minda Firaun untuk
kembali kepada Tuhannya, apatah lagi untuk beriman kepada Allah s.w.t. Firaun
sama sekali tidak memilih untuk beriman bahkan memilih untuk terus menyerang
Nabi Musa dan Bani Israel dengan perkataan yang kesat dan membaling batu bata
kepada mereka.
Nabi Musa bersabar dengan kejahatan yang dilakukan oleh
Firaun terhadap baginda dan Bani Israel, sehinggalah pada akhirnya Maka Nabi
Musa memohon doa kepada Allah s.w.t. seperti di dalam Surah Ad-Dukhan, “Aku
berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu daripada apa yang kamu baling kami dengan
perkataan kesat dan batu-batu ini. Wahai Firaun jika kamu tidak beriman, maka
tinggalkan kami sendiri.” Namun Firaun memilih untuk terus menggangu mereka.
Lalu Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t “Sesungguhnya mereka itu
orang-orang yang selalu berbuat dosa.” Inilah doa Nabi Musa kepada Allah supaya
memusnahkan segala harta benda milik Firaun. Harta benda ini bukan sahaja
menjadikan Firaun terus berlagak sombong dan yakin bahawa dirinya akan hidup
lebih lama di dunia ini, malah telah mengunci mati hatinya untuk beriman kepada
Allah s.w.t. Doa Nabi Musa dimakbulkan Allah, maka kesemua harta milik Firaun
telah bertukar menjadi batu.
Firaun mengarahkan untuk memburu Bani Israel namun usaha
mereka gagal kerana Allah telah mengwahyukan Nabi Musa supaya Bani Israel
berhijrah meninggalkan bumi Mesir menuju ke Palestin. Firaun mengarahkan bala
tenteranya untuk memburu Nabi Musa dan Bani Israel. Allah menyifatkan inilah
peristiwa di mana Firaun meninggalkan istananya buat kali terakhir menuju ke
Lautan Merah.
Kisah Nabi Musa a.s. ini diceritakan antaranya di dalam
Surah Asy-Syu’ara’, Surah Ad-Dukhan, Suruh Yunus dan Surah Toha. Antara hikmahnya
adalah untuk memberikan gambaran yang sempurna kepada mereka yang membaca
Al-Quran bagaimana Allah memberi kehinaan kepada hamba-Nya yang bernama Firaun,
yang kononnya menganggap dirinya sebagai Tuhan.
Menurut sesetengah Ulama’, jumlah Bani Israel yang telah
dikumpulkan daripada 12 wilayah adalah seramai 600,000 orang. Arahan Allah SWT
kepada Nabi Musa untuk keluar dari Mesir menuju ke Palestin adalah dengan
melalui selatan bumi Sinai dan akhirnya menyebabkan mereka terkepung oleh
tentera Firaun di belakang dan lautan di hadapan mereka. Tongkat Nabi Musa yang
merupakan mukjizat Allah kepada baginda telah membelah laut Merah kepada dua
bahagian dan kedua-dua bahagian tersebut adalah seperti gunung yang terlalu
tinggi. Itulah perancangan Allah SWT yang apabila Allah mengilhamkan kepada
Nabi Musa dan beliau mematuhinya, sudah pasti Allah akan membuka jalan
keluarnya iaitu dengan memberikan mukjizat kepada Nabi Musa membelah laut.
Ustaz Syaari menganjurkan para pendengar untuk menyemak
kisah Nabi Musa a.s. secara ilimiah dan jangan sekali-kali menggambarkan kisah
ini melalui filem atau gambaran yang tidak selari dengan Al-Quran. Saranan
beliau supaya para pendengar membaca kajian Ron Wyatt, iaitu seorang ahli
arkeologi yang menemui tinggalan roda yang dipercayai daripada kereta kuda pada
zaman Ramses II (Firaun) serta rangka manusia dan kuda di satu lokasi di
Nuweiba, selatan Sinai, di Teluk Aqabah.
Purata kedalaman di bahagian Teluk Aqaba adalah
400 meter. Namun, terdapat satu lokasi di Teluk Aqaba airnya cetek dengan
kedalaman hanyalah 33 meter dan mempunyai laluan di bawah laut sepanjang 13
kilometer menghubungkan antara Mesir ke Arab Saudi. Kisah Nabi Musa sudah pasti
tidak dapat difikirkan melalui logik akal manusia, bagaimana Nabi Musa dan Bani
Israel yang dikepung boleh menyelamatkan diri. Tetapi dengan kuasa Allah akhirnya Firaun yang menganggap dirinya Tuhan
tidak dapat menyelamatkan diri sendiri, apatah lagi tenteranya daripada ditelan
oleh Laut Merah.
No comments:
Post a Comment