Sunday, August 31, 2014

~ Allah selalu ada mendengar dan bersama~


assalamualaikum
hari yang indah lagi damai
tazkirah pagi ari ini... Allah menjawab bacaan Al Fatihah kita..
ramai yang tidak tahu akannya
jadi cik cahya akan berkongsi untuk tatapan dan renungan semua
betapa Allah itu dekat dengan kita~

betapa cintanya Allah pada kita ~

Allah SWT Menjawab Fatihah Kita

Ramai orang yang cara membacanya tergesa-gesa, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah Subhanahu Wata'ala ber-Firman: "Aku membagi solat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Ertinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "Alhamdulillahi-Rabbil 'alamin". Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra-him", Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”- Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca SETIAP satu ayat. Rasakanlah jawaban indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Wednesday, August 27, 2014

~ 27 August Come BACK!

cantikkan niqab nie~ sama yang berminat boleh kunjungi Butik Niqab  di Facebook ok
~Assalamualaikum semua~
for this morning glowry morning nye entry cek cahya nak tujukan pada seseorang yang sangat2 istimewa dalam hidup cik cahya...
sebenarnya nak wish besdat kat hubby...tapi semlam lampu x da kat bilik work station nie so tunggu pagi nie la baru boleh menulis...
 senah helwah ya habibi... semoga Allah memberkati umur kamu dan memurahkan rezeki kita sekeliuarga... sebaik-baik perancangan adalah dari Allah..sebaik-baik rezeki juga datang dari Allah..semoga Allah membukakan pintu hati kita agar kita dapat melihat segala hikmah disebalik setiap ujiannya... terima kasih kerena menjadi imam yang baik untuk kami anak beranak... dan semoga Allah memperbaiki lagi segala ibadah dan akhlak kita semua.


~ Uhibbuka fillah~

untuk perisian kali ini cik cahya kongsikan sedikit mengenai kisah tentera Nabi Musa ...cikk cahaya mendengar di RADIO IKIM... semoga kisah ini membuatkan kita bersemangat dalam membangunkan ISLAM..

Apabila telah bertembung dua kelompok itu, kelompok Nabi Musa dan Bani Israel, dan Firaun serta tenteranya di Laut Merah, maka berkatalah sahabat-sahabat Nabi Musa “Sesungguhnya kita telah terkepung.” Berkatalah Musa a.s. “Bahkan tidak sama sekali. Sesungguhnya bersamaku Tuhanku, Dia akan menunjukkan padaku petunjuk.” – Surah Asy-Syu’ara’, ayat 61.

Detik cemas yang dihadapi oleh Nabi Musa a.s. dan tenteranya sedikitpun tidak menggentarkan baginda. Malah Nabi Musa a.s. menenangkan tenteranya dengan menunjukkan keyakinan yang tinggi kepada janji Allah s.w.t..

Ustaz Syaari membawa contoh kritikal yang pernah dihadapi oleh tentera Rasulullah SAW dalam peperangan Khandak yang berlaku dalam bulan Ramadan dan kemenangannya dalam bulan Syawal. Rasulullah SAW berdepan dengan situasi genting namun tetap tenang dan mengungkapkan kata-kata semangat kepada para sahabat dengan janji-janji kemenagan Islam menakluki dunia.

Kisah Firaun diceritakan di dalam Al-Quran sebagai peringatan kepada manusia. Manusia yang begitu angkuh dan bongkak dengan harta dunia yang dimilikinya sehingga mengangkat dirinya sebagai Tuhan. Walaupun Firaun menganggap dirinya sebagai Tuhan, sembilan mukjizat Nabi Musa a.s. dan lima peristiwa besar yang berlaku tanpa mampu Firaun berbuat apa-apa untuk menahannya:

isteri Firaun memeluk Islam, tukang sikat keluarga Firaun, Mashitah memeluk Islam, penasihat pemidato Firaun memeluk Islam, ahli sihir Firaun memeluk Islam dan Qarun ditenggelami bumi . Bahkan ia tidak sedikitpun membuka minda Firaun untuk kembali kepada Tuhannya, apatah lagi untuk beriman kepada Allah s.w.t. Firaun sama sekali tidak memilih untuk beriman bahkan memilih untuk terus menyerang Nabi Musa dan Bani Israel dengan perkataan yang kesat dan membaling batu bata kepada mereka.

Nabi Musa bersabar dengan kejahatan yang dilakukan oleh Firaun terhadap baginda dan Bani Israel, sehinggalah pada akhirnya Maka Nabi Musa memohon doa kepada Allah s.w.t. seperti di dalam Surah Ad-Dukhan, “Aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu daripada apa yang kamu baling kami dengan perkataan kesat dan batu-batu ini. Wahai Firaun jika kamu tidak beriman, maka tinggalkan kami sendiri.” Namun Firaun memilih untuk terus menggangu mereka. Lalu Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t “Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang selalu berbuat dosa.” Inilah doa Nabi Musa kepada Allah supaya memusnahkan segala harta benda milik Firaun. Harta benda ini bukan sahaja menjadikan Firaun terus berlagak sombong dan yakin bahawa dirinya akan hidup lebih lama di dunia ini, malah telah mengunci mati hatinya untuk beriman kepada Allah s.w.t. Doa Nabi Musa dimakbulkan Allah, maka kesemua harta milik Firaun telah bertukar menjadi batu.

Firaun mengarahkan untuk memburu Bani Israel namun usaha mereka gagal kerana Allah telah mengwahyukan Nabi Musa supaya Bani Israel berhijrah meninggalkan bumi Mesir menuju ke Palestin. Firaun mengarahkan bala tenteranya untuk memburu Nabi Musa dan Bani Israel. Allah menyifatkan inilah peristiwa di mana Firaun meninggalkan istananya buat kali terakhir menuju ke Lautan Merah.

Kisah Nabi Musa a.s. ini diceritakan antaranya di dalam Surah Asy-Syu’ara’, Surah Ad-Dukhan, Suruh Yunus dan Surah Toha. Antara hikmahnya adalah untuk memberikan gambaran yang sempurna kepada mereka yang membaca Al-Quran bagaimana Allah memberi kehinaan kepada hamba-Nya yang bernama Firaun, yang kononnya menganggap dirinya sebagai Tuhan.

Menurut sesetengah Ulama’, jumlah Bani Israel yang telah dikumpulkan daripada 12 wilayah adalah seramai 600,000 orang. Arahan Allah SWT kepada Nabi Musa untuk keluar dari Mesir menuju ke Palestin adalah dengan melalui selatan bumi Sinai dan akhirnya menyebabkan mereka terkepung oleh tentera Firaun di belakang dan lautan di hadapan mereka. Tongkat Nabi Musa yang merupakan mukjizat Allah kepada baginda telah membelah laut Merah kepada dua bahagian dan kedua-dua bahagian tersebut adalah seperti gunung yang terlalu tinggi. Itulah perancangan Allah SWT yang apabila Allah mengilhamkan kepada Nabi Musa dan beliau mematuhinya, sudah pasti Allah akan membuka jalan keluarnya iaitu dengan memberikan mukjizat kepada Nabi Musa membelah laut.

Ustaz Syaari menganjurkan para pendengar untuk menyemak kisah Nabi Musa a.s. secara ilimiah dan jangan sekali-kali menggambarkan kisah ini melalui filem atau gambaran yang tidak selari dengan Al-Quran. Saranan beliau supaya para pendengar membaca kajian Ron Wyatt, iaitu seorang ahli arkeologi yang menemui tinggalan roda yang dipercayai daripada kereta kuda pada zaman Ramses II (Firaun) serta rangka manusia dan kuda di satu lokasi di Nuweiba, selatan Sinai, di Teluk Aqabah.

Purata kedalaman di bahagian Teluk Aqaba adalah 400 meter. Namun, terdapat satu lokasi di Teluk Aqaba airnya cetek dengan kedalaman hanyalah 33 meter dan mempunyai laluan di bawah laut sepanjang 13 kilometer menghubungkan antara Mesir ke Arab Saudi. Kisah Nabi Musa sudah pasti tidak dapat difikirkan melalui logik akal manusia, bagaimana Nabi Musa dan Bani Israel yang dikepung boleh menyelamatkan diri. Tetapi dengan kuasa Allah  akhirnya Firaun yang menganggap dirinya Tuhan tidak dapat menyelamatkan diri sendiri, apatah lagi tenteranya daripada ditelan oleh Laut Merah.