Tuesday, April 29, 2014

MENGHARGAI HIDUP~~

Hidup ini bukan sebuat percaturan yang remeh. ianya adalah satu konsistensi pertanggungjawab di akhirat kelak. oleh itu hargai lah hidup ini. lihatlah hidup ini sebagai kesematan yang tak akan berulang kembali.
ramai yang berbicara akan "hidup bukan untuk diri sendiri". faham kah kamu akan ayat tersebut.

buat sahabat yang akan melangkah alam perkahwinan... buat sahabatku yang akan bergelar seorang suami
sebuah pesanan buat tatapan kamu..

jadilah kamu raja di rumahmu
cintailah isterimu dan jadikanlah dia ratumu bukan hambamu.
buatlah dia bangga menjadi permaisuri di kerajaanu dengan berlandaskan cinta dan kasih sayang serta ketaatan kepada Allah.

ingat tanggungjawabmu yang utama. bukan di luar rumah, tetapi di dalam rumahmu
tanggungjawab mendidik dan memimpin
itu adalah tanggungjawab utamamu
mencari rezeki hanya tanggungjawab kedua bagi memenuhi tanggungjawab utama itu
jangan dek kerana sibuk mencari rezeki kau lupa akan tanggungjawan utamamu
jangan sehingga penat mencari sesuap rezeki engkau mengabaikan perhatianmu terhadap tanggunganmu
jangan sampai anak dan isterimu mendakwa mu di pengadilan Allah kelak

akhir kata
barakallah...
semoga sabar dan tabah menjalani kehidupan barumu..
:-)




Sunday, March 30, 2014

final its not final

assalamualaikuam
huhuhu....stress dengan soalan
bila nak abis PHD
oh noooo.... 
sometime susah nak org faham ... its not easy to state when to complete PHD but i can said that InsyaAllah by next year i must submit my thesis

tq for understanding my belove husband
sometime bukan saya xmau spend masa pi umah MIL
but i need to rush siapkan writing..
this jun paling lewat i nak present proposal
YaAllahhhh.........
kuatkan aku
if Dr Mariam kata If i buat part time mybe ai akan jadi macam zombie
so I NEED to be LIKE a ZOMBIE to finish it
7 to 4 work time
10 - 5 am study time
for my lit boyfriend.. i promise that i will finish it before 2 turn to 2 years old..
doakan ummi ye sayang....

p/s: semalam naufal tak mau tido so ai just lets him go n doing whatever he want till i sedar dia jengok2 ke bilik tidor rupanya dia merengek mengantuk..hhu bawa masuk tido buat susu terus tido tanpa banyak soal.. kesian la pula tgk dia terjengok2 sebb nak pergi sendiri dia penakut.. im sorry ye sayang... 


a

Sunday, March 16, 2014

MH370...agenda disebalik kejadian...

Pelbagai penulisan dan spekulasi mengenai MH370 tersebar meluas seantero dunia.. 
namun apa yang menarik perhatian cik cahya mengenai satu penulisan yang sukar untuk difahami, perlukan penelitian, perlukan kefahaman, perlukan masa untuk menghadamnya... dan cik cahya seolah menyetujuinya...

apa jua yang terjadi cik cahya menyeru kepada semua rakyat MALAYSIA umat ISLAM terutamanya.. banykkan lah bersedekah agar kita berada dalam lindungan ALLAH.. semoga apa yang dirancang oleh pihak luar itu dapat dihindari dengan kuasa ALLAH....

ALLAH MAHA BESAR....

p/s :- jom perbaiki solat kita rakan2....:-)



Monday, March 10, 2014

Kenapa KITA mudah SELESA

Assalamualaikum
hari ini che cahya memulakan catatan dengan sedikit kesyukuran kepada Ilahi kerana masih memberi kesempatan kepada diri untuk mencatatkan sesuatu yang mungkin akan membuka minda ummah yang sedang berada di zon selesa.

Kematian itu pasti
Kematian itu janji Ya RAbbi
Kematian itu tempat transit

Ya Allah, 
Engkau telah menunaikan JanjiMu dengan mengambil nyawa hambaMu bila tiba sat dan ketika.
Semalam mak sauara Encik Suami telah pergi meninggalkan dunia ini, tempat perjuangan.
kini beliau sedang berada di alam yang dimana menjadi transit kepada alam akhirat
Kuasa Allah Yang Maha Penyayang, meletakkan hambaNya mengikut perhitunganNya
Namun cik cahya boleh menyatakan Alhamdulillah apaila melihat raut wajah arwah yang tersenyum.
mungkin arwah sudah melihat tempatnya di sana
menderita penyakit kanser bukan calang sakitnya
namun sedarnya mak teh setiap sakit itu Allah kifarah dosa2 mak teh
terlalu lama mak teh menanhan sakit itu, terlalu banyak dosa yang Allah telah ampunkan
Mungkin sekali makteh kembali tanpa dosa padaNya
semua itu Rahsia Allah

kami yang masih bernyawa
masih leka
masih lalai
masih tidak sempurna solatnya
masih tidak bertambah amalannya
masih leka dengan keduniaan
Ya Allah,
menjadi manusia dan menjadi manusia yang hebat adalah perkara yang berbeda
jarak perbezaannya adalah sejauh langit dan bumi
menjadi manusia semua milik insan
menjadi manusia yang hebat memerlukan usaha yang berterusan.

Orang akan kata kita bongkak
Orang akan kata kita menyombong diri
namun jika hasrat ini tidak dokongsi bersama insan yang rapat
bagaimana ianya akan menjadi realiti

kita selali  kata YA Allah beratnya UJIAN
namun kita sedar tak UJIAN YANG BERAT ITU datang dari dosa2 kita JUGA
berat DOSA kita beratlah UJIAN kita
kerana UJIAN itu diturunkan atas kasihannya ALlah bagi menggugurka dosa2 kita

Kita berbicara akan azabnya neraka
namun kita masih leka dengan kejahilan
kita bertegas tiada masa
tanpa kita sedar siapa yang mengaturkan MASA
kita bertekak tiada siapa yang faham
kita lupa bahawa yang mencipta MAha Memahami
Adakah Sang Pencpita terlepas pandang 
mana mungkin ianya terjadi
Salah kita kerana tidak memahami
Apa tujuan dunia didiami
adpa erti hidup di alami ini
apa tanggungjawap sebenar yang di amanah kan

YA Allah
Engkai tdak memberi apa yang aku idamkan
mungkin bukan sekarang
mungkin juga Engkau mehu aku pelajari
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
apa kebaiki diri ini

Ya Allah,
bukan mudah untuk aku melepasi
Maka aku mohon akan kekuatan diri
Sabar menghadapi kehidupan ini
bersama ujian yang tidak berhenti

berbicara akan tanggungjawab diri
adakah benar ianya terjadi
atau hanya ciptaan insani 
untuk melepaskan lelahan diri

buat anakanda yang ummi kasihi
bernekah la untuk menjadi pemimpin
hebatkan diri ilmu diselami
terokai la dunia ciptaan Ilahi
Jihad itu maknanya luas sekali
carilah lahna akan perkataan ini
sematkan di hati, agar engkau dapat memahami
apa erti kejadianmu dimuka bumi ini

wahai anak, pelindung ummi
jadilah engkau insan yang disenangi
bukn manusia suka memuji
tapi makluk di atas langit

masa rehat pergi
masa untuk mengabdikan diri
Dhuha sebagai penenang hati
semoga kita berjumpa lagi.

Thursday, January 30, 2014

~ Berpeluangkah AKU~

salam sayang buat semua
cik cahaya dah lama diam menyepi kan
Al maklum la sangat bz kebelakangan ini
menghabiskan masa terluang bersama putera hati
menggantikan masa yang terbuang dek kerana tuntutan kerjaya

ari ini tergerak ati untuk menulis setelah selesai membaca buku Ahmad Ammar
Ya Allah hebatnye hambaMu utu
heatnya peribadinya
MALAH
Hebat sungguh....IBU BAPA yang mendidiknya..

Air mata mengalir...selajunye mengenangkan diri
aku dambakan anak yang hebat
aku impikan anak yang hebat
aku doakan agar anakku menjadi hambaNya yang terbilang
tapi AKU?
siapa aku?
hebatkah aku seperti ayah dan ibunya Ammar

Ya Allah, di mana laluan aku
aku buntu
aku gagal menunjukkan teladan yang baik
aku gagal menjadi ibu yang baik
Ya Allah
pimpinla aku
kuatkan iman aku dimana sekelilingku sangt mencabar iman ku
Ya Allah kau dampingila daku dengan hambaMu yang beriman
Dampingilah daku dengan hambaMu yang boleh memimpinku
Yang boleh berjalan seiring denganku menujumu
Ya Allah jadikan la Imam kami, Imam yang membawa ke jalanMu
untuk Putera Puteri Kami hebat
jadikan Imam kami hambaMu yang Hebat
menjadi suri teladan buat kami anak beranak!
YA Allah, Imam kami seorg yang baik, Maka kami mohon agar Kau kuatkan la imannya, kuatkan iman kami
Ya Allah, solat itu asas kekuatan iman, maka jadikan imam kami, hambaMu yang memberatkan solat
jadikan kami makmum yag memberatkan SOLAT

jika diberi kesempata, ingin aku memeluk ummu Ammar ini
ingin aku mengambik kekuatan imannya
ingin aku berkongsi ketabahannya
ingin aku mengambil berkat cara ddidikannya

:-)
tautan buat yang tersayang:
hidup ini jihadlah ke jalan Allah
sayang cintakan jalan Allah lebih dari jalan duniawi
sayang, semoga menjadikan ulama Islam, para sahabat suri teladanmu
ummi sayangkan naufal
ummi impak kan naufal ke jalam Allah..ini niat ummi
semoga kami lahir dan membesar bersama semangat tinggalan Ammar ini..


Sunday, November 17, 2013

~ Maafkan Saya Wahai Anak~

assalamualaikum semua
hye jumpa lagi setelah sekian lama x jumpa
cik cahya nak bagitaw...
cik cahaya sangt la suka tgk Diana Amir punya majlis...sangt cantik kan..
kalau semua nak tahu...dulu2 masa zaman belajaq Diana Amir pernah cakap kat cik cahaya " bila la dodi nak pakai tudung labuh?" walaupun masa itu dia  free hair.. cik cahaya cakap " kalau ada niat insyaAllah Allah akan tolong bila masanya nanti"
Now, see dia tutup litup, sangt anggung menjaga aurat lebih dari hamba2 Allah yang kononnya dulu alim warak pakai tudung itu ini.. So Diana Amir..TAHNIAHH..cik cahaya sangt suka n sangat KAGUM dengan kamu..

ok berbalik dengan tajuk dia atas...
cik cahaya sebenarnya sangt rasa bersalah kepada si kecik buah hati cik cahaya
sebabbbb
ye masa dan perhatian
wahai Muhammad Irfan Naufal bin Mohd Aliff
Ummi janji ngn Naufal, sebelum Naufal 2 tahun ummi akan abiskan study ummi n dapatkan TOPI BOlat itu. maaf sebb Naufal banyak abiskan masa umah Tok Zie ( pengasuh) n umah Tok Mama ( bonda cik cahaya).
Ummi akan bekerja keras untuk habiskan dalam masa setahun setenagh ini..doakan ummi ye sayang

ummi selalu angkat tangan naufal n ajak naufal doa " Ya Allah permudahkan urusan Ummi ngn Abah dunia akhirat" walaupun naufal masih x tahu apa.. tapi ummi harap doa itu Allah dengar n terima kerana sayang diri naual tiada dosa, prg yang tiada dosa bila berdoa Allah akan makbulkan..itu harapan Ummi

ok Sayang..cik cahaya kena kembali menulis...
Jumpa lagi...


Sunday, October 20, 2013

~ itu Kewajiban dan Tanggungjawab~

Solat  merupakan penentu ukur dari segala amalan manusia. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Qura'an dan juga Hadis-hadis Rasulullah S.A.W berkaitan dengan kewajipan Solat. Di bawah ini dinukillkan beberapa contoh mengenai Dalil kewajipan Solat;

Dalil daripada Al-Qura'an
1. Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan solat dan bertaqwa kepadaNya, dan Dialah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).
Al-Qura'an, Surah Al-An'am ayat 72
2. Dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan solat.
Al-Qura'an, Surah Al-Anbiyaa' ayat 73
3. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.
Al-Qura'an, Surah Taha ayat 14
4. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat (dengan sempurna sebagaimana biasa), Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
Al-Qura'an, Surah An-Nisaa' ayat 103
5. Dan dirikanlah solat pada pagi dan petang dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan ynag baik itu menghapuskan dosa perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
Al-Qura'an, Surah Hud ayat 114
6. Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam, dan (dirikanlah) solat subuh. Sesungguhnya Solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).

Al-Qura'an, Surah Al-Israa'a ayat 78
**************************************************************

ari  nie cik cahaya nak taip mengenai solat...

wahai anak2
kenapa kamu sukar untuk menyembah Pencipta kamu
Lari kesana kesini seolah kamu boleh lari dari kematianmu
seolah kamu boleh lari dari Persoalan Kubur
seolah kamu boleh lari dari sambaran api neraka

kadang diri ini penat menegur penat menberi nasihat
penat di anggap penyebuk
bukan kerana diri ini baik...diri ini sempurna kerana ianya tanggungjawab saya sebagai pendidik..
kerana tanggung jawab saya sebagai khalifah Allah
kerana saya dijanjikan  5000 tahun neraka jika saya mendiamkan diri...

wahai anak
kamu bilang kamu sayang akan kedua org tua kamu
sayangkah kamu
sedangkan untuk mendoakannya 5 kali sehari pun kamu tidak mahu?
kamu melayan akan dunia ini sampai kamu lupa doa kepada merk
kamu memberi memudahan di dunia tetapi seksaan dia akhirat.
sayang kah kamu?

ye dosa kami tanggung apa sangkut paut dengan mak bapak
ketahui la kamu
dosa anak meninggalkan solat, jika ibu bapa tidak marah, jika ibu bapak tidak rotan ..maka dosa itu akan bersangkut dengannya sehingga akhirat, walaupun dia sudah di dalam kubur...dosa kamu itu dia akan dipersoalkan
itukah tanda sayang kamu kepada mereka?
bagi anak LELAKI.... dosa kamu itu akan terus membelengu mereka walaupun kamu sudah berranak pinak bercucu cicik
bagi anak perempuan dosa kamu itu akan diletakkan di atas bahu suami saat diijabkabulkan
itukah balasan cinta kamu kepada suami kamu???

wahai ibu dan ayah
tanggungjawab kamu belum selesai walaupun anak kamu sudah dewasa
walaupun mereka sudah beranak pinak
kerana tanggungjawab kamu menyuruh mereka solat hanya dinyatakan bermula umur 7 tahun, dan pukul jika mereka ingkar seusia 10 tahun...dan tidak dinyatakan bila berakhirnya tanggungjawab itu..
maka kamu akan dipersoalkan akannya nanti....

wahai naufal
jika naufal sayangkan ummi dan abah..
naufal tolong la jaga solat 
doakan lah ummi dan abah walaupun kami sudah tiada kelak
ingtlah sayang penat macam manapun mencari rezeki... REZEKI itu Allah yang beri... 
jangan sehingga kita leka dengan rezeki sampai lupa akan PEMBERI rezeki
jika kamu penat sayang...ingatlah para sahabat yang dijanjikan syurga itu, lebih penat berperang juga menunaikan solat...apatah lagi kita sayang yang masih belum ketahuan kedudukannya
coretan ummi ini untuk naufal baca sekiranya ummi tidak sempat menegur dikala kamu meningkat dewasa..
ini adalah amanat ummi buat anakanda yang tersayang.
sejak dari alam rahim ummi dah dedahkan dengan solat..semoga ianya menjadi benteng yang kuat buat kamu sayang
biar apa pun yang kamu lihat....jadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai ikutan
maka kamu akan berjaya mengharungi kehidupan ini




Thursday, September 12, 2013

Susah itu senang

Assalamualaikum
Hai semua... ada yang merungut hidupnya susah ker.
Macam cik chaya bila mengenanh perjalanan untuk habiskan PHD nie.. mmg sangt susah..merungut! Adoii....

Apa yanh susahnyee..
Yang susah adalah mencari masaaa..tyme..masa tyme..
Ohh Ya Allah sesungguhnya ujian ini baik untuk kehidupanku..Alhamdulillah..jgn merungut cik cahaya..
Benda kedua yang susah...
How to handle exhausted conditions. Macam mana nak handle kepenatan yang teramat sngt..balik sekolah g usm balik usm nak sambung writing...ohhh im failed..

Sebenarnye bila saat ini baru aku terfikir..Alhamdulillah Allah memberi aku seorg suami yang tidak 'ROMANTIK'.. yang perlu merepot setiap saat dan ketika..yang kena call setiap setengah jam..
Yang penting seorang suami yang sangt memahami...
Ye la kalau laki lain mampus dah merajuk balik kerja tgk bini pengsan x ingt dunia.. bangun tido bina dah xda..
Kadang2 takut juga laki aku bermadu kasih ngn pompuan lain.. curiga beb.. tapi Allah aku akal kot..fikir guna akal bukan guna emosi.. percaya pada Allah.Allah tidak pernah kejam pada hambaNya.
InsyaAllah suami yang aku kenal bukan begitu orangnya...

ANAK THE BIG ISSUES
bila ada dia menganggu.. bila xda..wahhh rinduNya ummi pada naufal...
Ok la..stop here I should walk in kat cafe to find more participation in my reseach..
Wish me luck ok..

Saturday, February 25, 2012

~ pink silver~



ermm agaknye pink mmg tak cantik bagi lelaki kot..... bagi cik cahaya yg guru seni 2 tahun semua kolor cantik hahahahaha..:-p contohnye si hero nie haha

Friday, February 24, 2012

~ The Ways to Heaven ~

hahah tajuk entry tak boleh blah kann...
opsss lupa lak..
Assalamualaikum....:-)
ngantuk giler ni but nak tido dah tak sempat... nak kena siap2 n pergi butik untuk tempah baju... color?? ohhh masih xtaw..design lagi laaaaaa..... color n design yg berkenan tidak mendapat persetujuan oleh ibunda terchinta.. xper satg pergi kedai kita tgk mana yg cantik n lawa.

eermmm sebenarnya jauh di sudut hati...tak percaya yang hari ini akan berlaku dalam kehidupan aku... Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah atas segala aturanMu..

Pastu nak p beli cat umah..... purple grey cantik pa..tapi mama aku kata " hang x payah dok merapu " hahaha tanya en tunang dia setuju ke tak..satg dia xmau dok dalam umah tu haru biru la pulak.....( umah sewa after kawen okkk)


ok cik cahaya nak siap2....thesis oh thesis... bila nak setel nieeee.......

Wednesday, February 15, 2012

~ Di sayangi~

Assalamualaikum dan selamat nite keada semua
wahhhh ari nie rasa sangt terharu apabila Gee Jah membawa sekotak surat kiriman rakan2 SMKTP
tak sebegitu ramai kawan2 di sana yg sudi mengirimkan pesanan... rasa terlalu terharu dan di sayangi... ceeewahhhhh!!!1 dengar kata ada hadiah tapi depa x leh bawa kuaq sebab banyak... ermmm TQ buat semua....LOVE u Alll sooooo Much!

dan yang lagi satu.....
Just for u who always make me smile..... n TQ for treat me as a pewincesss.... rumah nie x perlu complete sekelit mata... pelan2 kita bina agar ianya kukuh dan cukup la ianya sempurna di mata kita.... cuma saya nak beli anak dara jepun......  tapi bukan skrg la... sebulan dua lagi.... la nie masih mampu membasuh dengan tgn tanpa bantuan anak dara jepun...

ok nak iron baju n buat kerja
daaaa!!!!
;-p

pening~~

Assalamualaikum
wahhh ari nie cik cahaya telah sakit kepala...
panas sangt kot
nak kata tido lambat.. rasanye dah pengsang awal agi... penat kot kul 3 baru sampai sekolah...
ermmm
hari ni geng umah nak mai sp... nak mai umah...sangt suka....

cik cahaya tak sempat nak share ilmu buat masa skrg... masih dalam  mood menyesuaikan diri...
nnti bila dah boleh turn masa.. cik cahaya akan cuba post ilmu2 yang berguna yeee

new school new life new place n new responsible...

Tuesday, February 14, 2012

~ Akhirnya~

Assalamualaikum...
akhirnye dapat juga aku jumpa internet
1days at new scholl dah kena attact dengan virus
abis pen drive tak leh buka langsung
semua bahan hanyut!!!

yang penting....PHD nye bahan semua dah takleh guna... uwaaa nak nagis pun ader sebb dr bala suh submit artikel semalam agi.. kena buat lain... re-write huhuhuh

yg best sekolah nie ada 6 kelas saja...keja yang paling belakang tahap dia macam kelas E kat sekolah lama... still under control la... dan YANG PALING BEST sekolah nie ada COURT TENIS n PK HEM dia org kuat TENIS... hahahahahhahahahahaha en tunang jgn marah yerrrrrrrrrr.....

ok waktu mengajar mmg banyak.... 25 waktu per week so xder masa nak mengelat n balik kul 2.20 every day... but segala tention hilang bila singgah Village Mall.. hahaha ( walaupun pun poket tengah kering sangt2)..
ok kelas lagiiiiiii...

ermm sebenarnye nama je dekat tap jauh..:-P

p/s : rindu kat anis...n budak2 umah... but no internet access la kat sini... huhu misss u all so mush

Saturday, February 11, 2012

~ Lets Find Theme color..champagne pink ~

penat giler...
baru balik dari MSSK tenis kat aloq setaq..
penat tak abis lagi dah nak kena pkir something yang sangt penting... waht is my weed theme color... rasanye warna nie org dapat carikan ker.... Hopefully Cinderella Wedding dapat cari kan...huhuh..

PINK champagne.... verry elegant n sangt2 mewah warna nie...


Sunday, February 5, 2012

~ Allah bagi rezeki ..Allah bagi Ujian dan kepada Allah juga JAlan PenyelesaianNya~

Allahmdulillah rezeki Allah bagi sebab dapat bertukar walaupun lagi .........  bulan akan mengubah status cik kepada Puan ( the exact date tak boleh heboh di sini lagi...waittt ye para pembaca sekalian)......Alhamdulillah kerana dah 3 bulan hubungan yang dibina atas nama Allah...dan permulaan bagi mencari keredhaanNya

tapi masalahnye aku tersepit antara dua..MSSK n urusan penyerahan tugasan aku...clash la pulak... pening dah aku nak buat lagu mana...


masalah kedua... aku nak wat pembetulan... aku sebenarnye dapat TUKAQ ke SMK SERI BADONG laa... salah informer la pulak.... 20 minit to 30 minit gak la nak ke SP.. so nak cari umah area mana nie
aku sebenaqnye tak kisah dok area mana pun... n kalau boleh mmg xmau share ngn org sebab aku nak wat TUISYEN kat umah tu senang... sekurang2nye lepas duit sewa umah setiap bulan dah kira ok la kannn....
tapi tu la nak kena cari juga area yg strategik skit.. hurmmm mana mana nie...esok nak pergi n balik haru mana nak dan cari umah...huhuh...



YA Allah bantu la aku... permudahkan jalan ku...aminnn

Friday, February 3, 2012

~ Hati ini~


Assalamualaikum..
hahha ...perasan tak banyak entry aku tajuk dia mesti ada HATI...
nampaknye cik cahaya nie mmg sangt berkenan berbicara mengenai hati.... so boleh jadi cik cahaya hati...wahhh sangt kelas... ok tak boleh lama2 sebab kena submit exciment by today so nak kena pulun sebelum masukknya subuh sebab siang nnti opcoz seharian akan berada di court tenis....

sebenarnye cik cahaya nak tinggal terus tenis bila dapat tahu dapat tukaq... but hati cik cahayta tak sanggup bila tgk muka depa satu2... yerr cik cahaya terasa sayang pulak dengan budak2  tenis nie...
sebab ke UUM nanti depa nak guna cik Mivy cik cahaya.. so kalu aku tarik diri skrg sure akan mendatangkan kesusahan buat mereka... teruatamanya Isma dan Faizal... mana nak kaut duit nak sewa banyak2 keta kan.... so takper la... aku tangguh kan pertukaran 2 minggu bagi setel semuanya dahulu then baru meninggalkan sekolah dengan sempurna...

Cik cahya seronok n sangat bersyukur sebab masa send nama sampai semalam cik cahaya hanya bergantung pada Allah..
cik cahaya cuma cakap pada diri... xper kita tak der kabel... tapi kita ada kabel paling KUAT... kabel yang menguasai kerajaan bumi dan langit..
hari2 cik cahaya akan solat tahajud, solat dhuha n baca surah Al Waqiah... ternyata JANJI ALLAH itu benar... hanya Dia berkuasa memusahkan urusan yang sukar...
Allah sentiasa ada dengan kita..
Allah akan memberi jika kita meminta
Alhamdulillah Ya Allah..
Terima KAish...

cuma risau nnti kat sana nak duduk ngn sapa???
kalau umah lama x duduk aku mana berani nak duduk sorg2 huhuh
nak duduk kat mana?
nak kena prepare umah siap2 ker...
so semua tu tak boleh decided lagi sebab masih tiada perbincangan...
huuhuh sedih kan.... tapi cik cahaya yang p lena dulu malam tad sapa suh... tapi penat kot....
huhuhu kerani sek sana best tak macam kerani sekolah sini... semua urusan menjadi mudah... huhuhuh...
ok la dah lewat... adiioss.... nak wat keja lak
nnti ada masa cik cahaya sambung lain...
:-p

Thursday, February 2, 2012

~ Alhamdulillah~

Alhamdulillah itu la perkataan yang terbaik menggambarkan perasaan aku skrg...
aku dapat bertukar ke SMK Bedong, Sungai Petani...
:-) terima kasih Ya Allag..

ok telah kehabisan tenaga kerana balik dr tenis... esok game kul 8 pagi... uuwaaaa...ngantuk kot..:-p

Sunday, January 29, 2012

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤




SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah

REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.

cik cahaya: sabar untuk kebaikkan ... untuk masa depan.. untuk sebuah pengertian.... ~

~Dah namanya KEHIDUPAN~

Kehidupan yang penuh pancaroba ini merupakan satu tunjang untuk kita berusaha inginkan yang terbaik. Sebagai manusia kita tidak terlepas melakukan kesilapan kepada manusia mahupun kepada Allah S.W.T..
Ramai di antara kita mempunyai pendapat yang berbeza mengapa kita perlu melakukannya. Adakah salah atau betul?. Hanya fikiran yang konsisten sahaja akan menyatakannya. Di sini saya ingin meluahkan apa yang terbuku di dalam hati saya selama ini di mana banyak yang saya fikirkan tiada permulaan dan pengakhiran. Mungkin ramai yang tidak faham apa yang ingin saya cuba sampaikan atau mungkin juga merumitkan untuk merungkaikan persoalan ini. Justeru itu, saya perlukan sokongan dari semua individu menyatakan pendapat mahupun kritikan untuk kita sama-sama ada tanggungjawab memimpin kearah yang diredhai oleh Allah S.W.T..

Manusia yang telah lahir di dunia ini mempunyai tiga tanggungjawab iaitu terhadap Allah S.W.T.. 
Kita diseru untuk menghambakan diri kepada Allah S.W.T. termasuklah patuh pada segala perintahnya dan jangan banyak soal dengan pertanyaan-pertanyaan kenapa dan mengapa.

 Sikap yang merendah diri, berilmu dan sedar Allah S.W.T. itu Maha Berkuasa menjadi pemangkin yang efektif kepada diri sendri. Terpulanglah pada empunya badan mengkehendakkan yang benar atau sebaliknya. Tanggungjawab seterusnya ialah jangan suka merosakkan diri kerana tubuh badan ini merupakan amanah daripada Allah S.W.T. yang amat berharga malah mungkin tidak ada yang setarafnya. Kita diminta menjaganya dan jikalau ia terseksa, tubuh badan kita akan menyalahkan diri kita di hadapan Allah S.W.T. kelak. Kita tidak mahu akan sebegini rupa bukan? 

Oleh sebab itulah apabila kita membuat kesalahan, kita akan dikutuk dan jikalau sikap sombong kita tidak akan disukai. Percayalah bahawa apabila kita berbuat baik sesama makhluk, orang akan menyanjungi dan mengenangkan kebaikan kita. Ingatlah 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali'. Akhir sekali, tanggungjawab terhadap keluarga iaitu saling sayang menyayangi dan hormat- menghormati dalam keluarga itu perlu sebab dan itulah permulaan sesebuah tanggungjawab. Ungkapan Rumahku, syurgaku menjadi tonggak sesebuah keluarga yang lengkap dan harmoni. Hal ini kerana, rumah yang cantik ialah rumah yang dipagari oleh cinta, berdindingkan kasih sayang, beratapkan kepercayaan dan senyum penghuninya yang akan menerangi rumah itu. Tuntasnya, kita dilahirkan di dunia yang fana ini bukanlah hanya kerana sia-sia tetapi ada tanggungjawab dan hikmah disebaliknya yang memerlukan kita berfikir dan bertindak untuk menghadapinya.


Selain itu, ramai diantara kita masih keliru akan erti kebahagiaan. Pada pendapat saya, kebahagiaan memang tercipta untuk kita semua. Mungkin bagi mereka yang menangis, yang disakiti hati dan perasaan. Juga mereka yang mencari dan mencuba tanpa rasa jemu. Kita juga tergolong dengan perkara itu kerana kebahagiaan itu bisa memahami erti kasih sayang. Lenyapnya kebahagiaan itu akan tercetusnya kemelut dalam kebenciaan pada diri sendiri mahupun kepada orang lain. 

Bahagia bagi sesetengah orang mungkin merujuk kepada kebendaan, kemewahan, darjat yang tinggi ataupun percintaan. Terlebih dahulu skop utama di sini saya ingin sentuhkan bagaimana kebahagiaan itu tercipta dengan adanya kasih percintaan sesama manusia. Percintaan memang dekat di sisi manusia itu sendiri sama ada yang muda atau yang tua sekalipun. Memang tidak salah untuk kita mencintai seseorang itu tetapi bagi saya cinta dengan makhluk tidak akan kekal selamanya. Saya pasti semua di sana lebih mengetahuinya bukan?. Jadilah hamba Allah S.W.T., jangan jadi hamba cinta (makhluk) kerana cinta datang dan pergi, sering membawa derita tetapi Allah S.W.T. tetap kekal dan cinta-Nya pasti membawa bahagia. Bersyukurlah kita sebagai umat Islam kerana disaat kita berada dalam kelukaan, Allah S.W.T. jualah menemani kita dan berikan ketenangan agung yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit sekalipun. Kita seharusnya bijak memikirkan yang mana harus kita dahulukan atau dikemudiankan. Berpeganglah sentiasa kepada prinsip SIHAT iaitu Sentiasa Ingat Hanya Allah Taala.

Berbincang kepada topik ini, saya tertarik dengan perkataan ketenangan. Biasanya ramai orang menyangka bahawa ketenangan itu merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan ini. Adakah itu hanya dari kata-kata yang meniti dari bibir kita sahaja atau boleh diklasifikasikan sebagai keikhlasan yang disengajakan. Terpulanglah kepada individu itu sendiri mengiakan itu benar atau salah. Kita mempunyai hak masing-masing untuk bersuara. Tetapi yang boleh dikatakan relevan itu ketenangan lahir daripada ketulusaan hati yang ikhlas. Mengapa saya berkata begitu kerana hati yang suci atau tulus sentiasa berada dalam keadaan yang tenang. Bagi saya sesuatu yang perbuatan atau tingkah laku yang lahir dengan niat hati yang bersih nescaya apa yang dilalui hari-hari yang mendatang memperolehi ketenangan yang sebaiknya. Susah untuk saya terjemahkan dengan lebih mendalam kerana ia hadir di dalam hati saya sendiri. Percayalah ketenangan itu akan sentiasa berada di samping kita seandainya kita fahami apa ertinya ketenangan itu dalam kehidupan. Sebagai titipan saya ingin kongsikan terjemahan surah al-Ansyar untuk kita sama-sama mengamalkannya. 'Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu. Yang memberatkan punggungmu?Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu. Kerana Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari segala urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. Semoga dengan surah al-Ansyar ini dapatlah kita renungkan dan perbaiki diri supaya ketenangan itu ada pada diri kita.

Akhirulkaram, diharapkan intipati yang disampaikan menjadi wadah untuk kita berusaha melakukan anjakan paradigma di dalam menghadapi kepesatan modenisasi sekarang ini. Bersama- samalah kita memperbanyakkan doa kepada-Nya kerana setiap apa yang kita lakukan mestilah doa yang barakah menjadi tunjang utamanya. Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. pernah bersabda: "Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: "Dan berkata Tuhan-Mu: "Berdoalah kepada-Ku..." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi). Sebagai renungan untuk diri saya sendiri serta masyarakat di luar sana, anggaplah perkara yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapilah dengan cemerlang. Jangan takut kepada celaan orang yang mencela jika saudaramu hanya pada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. serta orang yang beriman, pasti kamu golongan yang berjaya.