Bismilahirahmanirrahim
tidak terluah apa yang terpendam
bila diri tersilap langkah
betul la kata orang dahulu uzlah itu penting
bukan kerana sekeliling yang tidak elok
tapi kerana untuk menahan diri dari terasa dan bertindak balas itu adalah sukar
menyendiri itu penting
untuk jaga hati
untuk jaga tindak balas
kadang bila sesuatu yang dibicarakan itu tidak selari dengan kepercayaan diri, maka kita akan mudah tersinggung dan mula bertindak balas.. itu yang menjadikan kita seorang yang jelek,,seorang yang buruk.
betul, bila sesuatu yang tidak selari dengan kepercayaan diri kita dengar berkali-kali hati akan memberontak. Itu aku bukan orang lain.. aku percaya orang lain sangat suci hatinya.
bila lihat sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan diri, maka secara semulajadi mahu mempertahankan kepercayaan itu. maka hati mula bertanya, kenapa berkali2 menyebut benda yang sama, tanpa memperduli kehadiran aku di situ.
sebab itu biarlah...
mungkin ini cara Allah mengajar aku
untuk menyelesaikan urusan aku dengan hambaNya
sebelum aku di jemput menemuiNya
kerana aku juga takut setiap amal aku musnah begitu sahaja dek kerana diri yang mudah bertindak balas ini.
Alhamdulillah
mungkin ini bermula hidup yang baharu
fokus pada yang perlu
semoga tenang semuanya.
ada sesuatu yang lebih penting untuk aku fikir. Sudahlah bersedih atas mereka yang meninggalkan diri. InsyaAllah di sana akan ketemu kembali.