Tuesday, May 26, 2020

# MIN: Pahala Pertama Buat Ummi Abah


Bismillah,
Salam Aidilfitri buat semua
Masih berada dalam mood Raya
Che cahaya ingin mencoret sedikit kenangan buat anakanda tercinta.

7 tahun berlalu
Sudah semakin bijak
JUGA semakin matang

7 tahun yang sangat mencabar
Selalu kena marah
Selalu mengalah
Hebat anak ini.

Sekarang sudah boleh jadi teman ummi solat subuh..
Alhamdulillah
Syukur kepada Allah.

Walaupun sudah semakin besar
Jiwa manja anak ini sentiasa hadir  menuntut perhatian.

Tahun pertama solat nya lengkap 5 waktu, tahun pertama Mula berpuasa (28 Hari), tahun pertama selepas subuh mengaji dengan ummi..
Allahuakhbar
Terima kasih yang Allah..kerana setiap kejadian itu palaha terus mengalir dalam akaun ummi abah.
Terima kasih wahai anak atas segala sedeqah itu..

Kadang anak ramai sememangnye penat sangat penat kan. tapi 
di sebalik kepenatan itu, jika kita dapat gunakan sebagai satu pelaburan, ianya sangat menguntunkan.
seorang anak akil baligh purata umur mereka 12 hingga 13 tahun.
Sebelum mencapai akil baligh itu, anak ini anak syurga. Tiada dosa malah tiada pahala.  Namun Allah Maha Kaya, Maha Memberi. Setiap amal kebaikkan anak syurga ini pahalanya terus mengalir dalam akuan orang yang mendidiknya.

Allahuakbar.
sangat rugi jika mensia-siakan peluang hebat ini.
Bayangkan, 7 tahun sehingga 13 tahun  mengambil masa 6 tahun.
6 tahun ummi abah dapat pahala solat percuma
6 tahun ummi abah dapat pahala sedeqah percuma
6 tahun ummi abah dapat pahala puasa percuma
6 tahun ummi abah dapat pahala mengaji Al quran percuma.

Khabar berita bagi segala penat lelah ibu yang ada direzekikan ramai cahaya mata
6 tahun seorang anak
5 orang anak maka akan menjadi 30 tahun..
Allahuakhbar
satu ganjaran yang sangat hebat dari Ya Maha Pengasih.

Oleh kerana itu, ummi garang, bukan kerana ummi nak pahala itu..tapi biarlah ilmu kebaikkan itu bermula dari ummi sebagai guru pertama.