Wednesday, December 5, 2018
Alhamdulillah anak dapat 5E
Assalamualaikum
haaa...Maaf ye tajuk bagi sentap skit...tajuk bukan perli taw..saja nak tarik minat mommy2, ummi2, mak2. mama2 dan ibu2 baca.
~ Terima KEGAGALAN anak. Kenal Pasti KEBOLEHKAN anak~
ni tajuk sebenarnyee
saya bercakap dari perspektif seorang guru
skrg ni banyak lalu di wall saya
hargai anak walaupun anak tidak mendapat 5A
ye itu betul...sebetul betulnya
kerana UPSR bukan penentu kejayaan seorang anak lagi..
Namun, jangan ambil mudah bagi ibu bapa
seperti yang kita tahu,
UPSR tahun ini merupakan penilaian bagi KSSR
dimana soalan yang diberikan menguji bukan tahap pembelajaran murid..tetapi lebih kepada tahap pemikiran murid...
Budak besar tu cikgu mana boleh fikir...
satu sahaja
jika mereka x boleh fikir
tidak ada budak 12 tahun dalam labour room
tak ada budak 12 tahun terlibat dengan syabu
mungkin bukan dari persekitaran tuan puan
tetapi ada!
kenapa?
kerana tahap kematangan budak sekarang lebih kehadapan berbanding dengan zaman kanak-kanak kita dahulu.
jadi kita tidak boleh samakan dengan zaman kita dahulu.
okey berbalik kepada sooalan peperiksaan
kenapa murid tak dapat jawab...
kerana.... mereka KURANG MEMBACA
statistik menunjukkan orang MALAYSIA MALAS MEMBACA!
sekiranya anak kita, memang kerap membaca...namun masih tidak dapat keputusan yang baik..
BAGI SAYA B dan C itu masih lagi keputusan yang baik.. kemudian barulah kita lihat mungkin anak-anak kita mengalami masalah dalam pembelajaran. Kadang kita tak dapat lihat dari awal.
kenapa saya cakap macam ni
Kerana tuan puan..ada pelajar di sekolah menengah..yang masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira!
bukankah ada LINUS
itu saya tidak mahu komen apa2
Jadi adalah sangat rugi sekiranya kita terus membiarkan anak- anak yang mengalami masalah dalam pembelajaran di sekolah aliran perdana ini. Kenal pasti dan mohon agar mereka disalurkan ke sekolah berpendidikan khas.. di mana para guru terlatih untuk mengajar dan mengawal tingkah laku mereka.
Kemudian kenal pasti KEBERKATAN ILMU.
Bagaimana hubngan kita dengan cikgu
Bagaimana hubungan anak kita dengan guru
takut segala usaha telah dilakukan, namun bila keberkatan ilmu ditarik maka ILMU yang disampaikan tidak tersimpan dalan hati anak-anak kita.
dan terakhir, sekiranya anak kita tidak mengalami masalah pembelajaran, mungkin dia mempunyai minat atau kebolehan di bidang lain. (jangan pula sokong anak terkinja-kinaja menari manyanyi) bukan itu yang saya maksudkan.. Ya kalau dia minat muzik, salurkan dia pada ilmu muzik yang bermanfaat bukan hiburan semata. mungkin dia minat dalam lukisan..manfaatkan kebolehannya, asah bakatnya. dan pastinya ianya tidak dapat di sekolah. ibu bapa kena ambil inisiatif lain semasa diluar persekolahan.
BERKIRA DENGAN DUIT
Ini menarik perhatian saya
Ramai ibu bapa yang BERKIRA dalam memberlanjakan duit untuk anak mereka. Kawal duit kalau boleh sejimat-jimatnya sedangkan untuk KEHENDAK diri boleh berbelanja sesuka hati dengan alasan AKU YANG PENAT KERJA,
Allahukabar
tuan puan sedar atau tidak
kita ini menumpang rezeki anak.
setiap anak yang lahir tuan puan perasan tak rezeki kita bertambah
itu namanya kita hanya pelaku, rezekinya dariAllah
dan kita hanya menumpang rezeki yang Allah kurniaan kepada Anak. jadi jangan berkira dengan kebajikan dan pendidikan anak. Sebaliknya kita kena kawal nafsu memenuhi KEHENDAK diri kita.
pengalaman menjadi guru bukan sahaja meminta diri ini mengajar. Namun memberi peluang diri untuk belajar. terus belajar untuk menjadi ibu yang terbaik buat si anak.
Semoga Allah memberkati dan merahmai semua zuriat kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)