Lagi sembilan hari Raya akan datang..Ramadhan akan pergi..
Ya Allah cepatnya masa berlalu...
Cahaya sama seperti tahun lepas, beraya di Rumah
mama abah sendiri bersama anak2 tercinta...
Bagi mereka yang baru mendirikan rumahtangga tahun ini,
balik beraya di mana ye?
bagi yang baru bergelar isteri..pasti ada yang terkilan di
hati apabila pertama kali tidak dapat beraya bersama keluarga... sebenarnya,
jika kita memandang positif sama sahaja beraya di mata..
Di sini cik cahaya titipkan tips beraya di rumah mertua
untuk anak2 gadis gojes yang ada...
nasihat pada si suami pertama kali....
1. Mesti beritahu dekat isteri apa rutin keluarga di
malam/pagi raya. Adakah mesti masak beramai2 ke, atau mak jenis suka masak
sorang-sorang tak mahu diganggu (kot2 la ada resepi rahsia keturunan dia je
tahu). Atau pagi2 menantu-menantu mesti bangun awal masuk dapur buat apa yang
patut.. kang isteri anda terbangun lambat, tengok2 semua dah siap, tak pasal2
jadi bahan… kesian dia.
2. Beritahu isteri supaya bergaul rapat dengan saudara-mara,
terutama kalau semua berkumpul di rumah datuk (macam saya). Walaupun adik-beradik
dan sepupu-sepapat sebaya semua dok melonggok depan TV, tapi suruh isteri join
makcik-makcik potong bawang ke, kacau rendang ke… buat lah apa-apa yang patut d
dapur tu. Isteri kalau memang jenis ‘reti’ tu dia mungkin pandai-pandailah
sendiri… tapi kalau isteri jenis yang lurus, dia mungkin blur tak tahu nak buat
apa. Iyelah, saudara-mara sebaya bersosial di serambi, kat dapur semua
makcik-makcik… Mintalah isteri join makcik-makcik.
3. Selalu temankan isteri. Dia mungkin ada rasa kekok,
segan, malu dengan ahli keluarga kita. Jadi untuk pertama kali, bertindaklah
kenalkan isteri kepada semua anggota keluarga.
4. Belikanlah buah tangan untuk ibu bapa/datuk nenek, minta
isteri yang serahkan. Kalau isteri sendiri yang beli dan beri lagi bagus. Tapi
kot dia tak tahu, atau terlepas pandang, tolonglah dia nak dapatkan reputasi
yang bagus.
5. Tolong jaga kehormatan serta aurat isteri. Ingat-ingatkan
dia kalau terselak ke, terkeluar rambut ke… Kalau nak bersalam-salam tu
tolonglah cover isteri bila ada pakcik-pakcik hulur tangan nak bersalam. Isteri
tu mungkin segan nak tolak, maklumlah masih baru… karang ada yang terasa pula.
Untuk isteri yang pertama kali berhari raya di kampung suami
pula…
1. Kalau di rumah mak kita, malam Raya biasa terbongkang
tengok drama/filem Melayu, rumah mentua jangan dibuat.. lagi2 kalau pertama
kali (kalau dah lama kita dah tahu & mentua pun dah biasa kan?). Biarlah
orang lain nak buat apa pun, tapi kita mengekorlah mak mentua…apa yang dia
buat. Buat-buat tanya je nak kena buat apa, ada je la tu yang dia nak minta
tolong tu. Kalau dia kata
“Eh tak payah tolong, pegi sana tengok TV” jangan
percaya sangat. Offer lah nak buat air ke apa ke.
2. Jumpa makcik-pakcik suami, tunjukkan keramahan.. kalau
pendiam dan pemalu sekalipun, sekurang-kurangnya jadi pemula hulur tangan nak
salam. Tanya lah makcik sihat ke, apa ke..
3. Selalu lah tolong mak mentua di dapur, jangan asyik
berkurung dalam bilik aje. Jangan asyik duk berkepit dengan suami je.
Pandai-pandai bawa diri.
4. Selalu rujuk mak mentua.. nak buat itu macamana, nak buat
ini macamana (tapi jangan la every single thing nak tanya dia pula, T_T karang
tak pasal2 buat dia terfikir “Apsal macam tak betul je menantu aku ni, biar
betul anak aku ni”).
5. Kawal diri kalaupun ada saudara-mara suami yang berlainan
jantina yang kita dah lama kenal ke, atau tiba2 peramah lain macam ke… Kalaupun
suami tak kisah tapi mungkin orang lain kisah. Jadi lebih baik elakkan fitnah.
rujukan: superkid.net