Monday, July 6, 2015

Ikhlas Menasihati Pemerintah

Assalamualaikum
Salam satu pengkarya
Pagi ini saya terdetik untuk menulis sebuah kisah hebat Al Hassan Al Baasri yang tinggi akhlaknya.
Al Hassan Al Baasri seorang yang tidak bersikap pejam mata terhadap keasaan politik yang berlaku dalam negaranya. Beliak ikhlas menasihati pemerintah.

Pada suatu ketika, Umar bin Hubayrah datang kepada beliau untuk meminta buah fikiran. Ini berlaku apaila Khalifah Yazid bin Abdul Malik memerintah sesuatu perkara yang Umasr bin Hubayrah  sendiri tidak bersetuju mengenai perkara tersebut.

Lalu Hassan Al Baasri memberikan nasihat seperti :

Wahai Ibn Hubayrah! Takulah kepada Allah dalam melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Yazid. Janganlah kamu takut kepada Yazid dalam melaksanakan perintah Allah

Umar bin Hubayrah teruja. Dia terus memberi perhatian dan fokus terhadap kata-kata Hassan.
Hassan berkata lagi

Ketahuilah bahawa Allah s.w.t berkuasa untuk melindungi kamu daripada kemarahan Yazid. Sedangkan Yazid tidak berkuasa untuk melindungi kamu daripada kemurkaan Allah

Umar bin Hubayrah tunduk!

Al Hassan menyambung lagi

Wahai Ibn Hubayrah! Ketahuilah kamu sebentar lagi akan tiba malaikat yang sangat bengis yang tidak pernah melanggar perintah Allah akan datang kepada kamu. Ia akan memindahkan kamu dari istana kamu yang luas ini ke kubur kamu yang sangat sempit. Di sana kamu tidak akan bertemu Yazid, sebaliknya kamu akan bertemu dengan amal perbuatan kamu yang melanggar TUHAN YAZID.

Wahai Ibn Hubayrah! Sekiranya kamu tetap bersama-sama Allah dan sentiasa berada dalam melakukan ketaatan kepada-Nya, kamu akan diselamatakan dari malapetaka Yazid bin Abdul Malik. Tetapi, sekiranya kamu sentiasa bersama-sama Yazid dalam melakukan maksiat terhadap Allah s.w.t , Allah akan menyerahkan kamu kepada Yazid. Ketahuilah Ibn Hubayrah sesungguhnya kita tidak boleh mentaati perintah makhluk  dalam perkara yang melanggar perintah Allah.

Mendengar nasihat itu, Ibn Hubayrah menangis sehingga air matanya membasahi janggutnya.

Semoga kisah ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja yang bekerja dengan pemerintah tetapi siapa yang bekerja dengan MAJIKAN yang melanggar perintah Allah.!