Assalamualaikum
saya mulakan taipan saya dengan sebuah Hadis
yang berbunyi:-
Ketika Rasulullah SAW ditanya oleh
Malaikat Jibril as tentang kiamat maka baginda Rasulullah SAW menjawab
“Yang ditanya tentangnya tidaklah lebih
mengetahui dari si penanya” Kemudian Jibril berkata lagi. “Kalau begitu khabarkan
lah kepada ku tentang tanda-tandanya” Baginda Rasulullah SAW menjawab. “Seorang
budak wanita atau wanita merdeka (Al Amah) akan melahirkan tuannya dan engkau
akan melihat para rakyat jelata yang miskin akan tinggal di gedung-gedung yang
menjulang tinggi”
(HR : Muslim)
Hadis ini mempunyai banyak tafsiran dari
para ulama.
salah satunya adalah.
Kita dapati anak-anak zaman sekarang
dengan sedar atau tanpa disedari sudah menjadi anak derhaka kepada kedua ibu
bapa mereka. Ada anak-anak yang tanpa segan silu menjadikan ibu bapa seumpama
pembantu rumah, membuat kerja-kerja seperti orang gaji atau pengasuh kepada
cucu-cucu mereka. Walaupun ada yang sukarela dan reda tetapi cukuplah jasa
mereka menjaga, mengasuh dan membesarkan kita selama ini.
Biarkan mereka berehat dan habiskan
sisa-sisa kehidupan mereka dengan menumpukan kepada beramal ibadat, pergi ke
tempat-tempat pengajian dan membaca Al-Quran atau kitab-kitab agama. Bukan
bergelumang dengan kencing berak anak-anak kecil lagi. Sesekali mereka ingin
bermesra atau bermanja dengan cucu-cucu mereka di hujung minggu contohnya
memang tiada salahnya. Tapi itu bukan alasan untuk kita ambil kesempatan di
atas kesunyian dan kebaikan mereka !
****************************************
Bermuhasabah diri sendiri, kadang kala
saya juga turut membebani ibu saya apabila mempunyai masalah kerja di luar
kawasan. 3-4 hari anak dititipkan dengan rasa seribu satu penyesalan. Maafkan anak
mu ini ya mama.
Kenapa saya membuat taipan mengenai isu
ini?
ini adalah masa kini. saat ini terlalu
ramai yang viralkan gambar ini.. Ada yang menyokong malah ada yang mengecam.
Seawal usia mendirikan rumah tangga,
mama telah berpesan kepada saya. Nanti bila ada anak, jaga sendiri. Mama nak
habiskan masa yang tertinggal dengan mencari bekalan pula. Saya bersyukur
kerana Allah menganugerahkan ibu seperti ini. Jadi saya tiada rasa serba salah
mahu menghantar anak ke pengasuh.
Wahai wanita sekalian, benar kita tidak
boleh nafikan ada ibu yang rela menjagakan cucu. malah meminta untuk menjagakan
cucu. Cuba kita semua fikir sejenak:-
Semasa usia ibu kita/ ibu mertua kita
masih muda. Seluruh masa dan kehidupannya telah dipenuhi dengan kesibukan
urusan dunia seperti kerja dan membesarkan anak-anak. seperti kita sendiri yang
bekerja. Berapa hari seminggu kita boleh menghadiri diri ke majlis-majlis ilmu
di masjid. Walaupun masjid hanya sejengkal dari rumah kita? Berapa helai bacaan
Al-Quran yang kita boleh habiskan sehari. kadang-kadang semuka pun kita
terbabas. kerana apa? kerana sibuk dengan kerja, sibuk dengan anak2.. ITULAH
sibuk uruskan urusan DUNIA.
Begitu juga yang dilalui oleh ibu bapa
kita semasa mereka seusia dengan kita. Lu pakah kita setiap yang hidup akan menghadap
penciptaNya? sememangnya ajal tidak mengenal Usia... tapi adat umur umat Nabi
Muhammad s.a.w. adalah sekitar umurnya Rasulullah itu juga.. yakni sekitar 63
tahun dan seangkatan dengannya. Oleh itu jika dihitung umur kita dan umur
ibu/ibu mentua kita sudah tentulah mereka lebih mendahului kita. berilah mereka
kesempatan untuk mencari bekalan di sana.
Ramai yang bersengketa berselisih
pendapat. "dah mak nak minta nak jaga, macam mana anak itu berdosa pula.
Bukan anak yang suruh pun,"
Okay..di sini saya ingin jelaskan apa yang
saya faham dari pengamatan kuliah dan juga pembacaan saya. Maafkan saya
sekiranya saya tersilap, dan betulkan saya jika ada yang lebih arif.
Keadaan di padang mahsyar nanti,
masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. kita sudah tidak tunggu malah cari
pun mana ibu kita, mana ayah kita, mana suami atau isteri kita, mana anak2
kita. apa yang kita fikir dan sibuk mana amalan kita, tangan mana yang akan
menerima buku amalan kita.
Seorang demi seorang hamba Allah akan
dihisab amalannya. Bayangkan yang dihisap itu ibu kita. saya ingin mengingatkan
semua pembaca, yang menjawab segala hisab itu bukan lagi mulut kita atau hati
kita yang mempunyai rasa kesian anak aku, kesian mak aku, kesian suami aku
kesian isteri aku. mendengar sahaja ngauman api neraka itu semua akan fikir
macam mana nak lepaskan diri darinya. Sangat menakutkan. Sangat mengerikan..
Nauzubillah.
Bayangkan lagi jika amalan si ibu ini
tidak mencukupi, dia akan ditanya, bagaimana dia habiskan masa mudanya..."dengan
urusan dunia". bagaimana pula dia habiskan masa tuanya "juga dengan
urusan dunia". Di kala itu, tidak akan ada ayat yang akan keluar
"kesian anak saya bekerja, saya sendiri mahu menjaga anak saya" tidak
akan ada wahai para pembaca. Maka di situ lah dosa itu akan JATUH kepada si
anak ini.
Kekacauan dalam mencari pengasuh
sememangnya menghantui para ibu dan ayah. bagaimana untuk mencari
pengasuh yang baik untuk anak.
Ini petua yang saya dapat dari seorang
sahabat dan juga mama saya. Saya kongsi kan bersama.
1- Sebagai ibu/wanita/ ibu rumah kita
kena ingat satu perkara "Islam tidak melarang kita bekerja selagi kerja
itu tidak membuatkan kita meninggalkan tanggungjawab sebenar kita"
Maksudnya di sini, seawal memilih
kerjaya, kita kena fikir, adakah kerja ini akan membuatkan aku tidak dapat
laksanakan tanggungjawab sebenar aku iaitu mendidik anak dan menjaga keperluan
suami.
Jika kerjayan para ibu sekalian sekarang menghalang untuk mendidik anak-anak sebenar-benarnya. Nasihat saya berhenti la. Carilah kerjaya lain yang membuatkan para ibu yang dikasihi Allah sekalian dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan jayanya. Percaya rezeki ditangan Allah. JIka niat dihati kita ikhlas kerana Allah, maka akan datang pertolongan dari-Nya dari arah yang tidak kita sangka-sangkakan.
2- Buat solat istikharah.
Solat sunat istikharah setiap solat maghrib. Terima kasih kepada Mak Tam (ibu saudara sebelah mama). Katanya, istikharah ini
bukan nak pilih kerja dan jodoh sahaja. Setiap hari kita kan membuat pilihan
dalam kehidupan kita. jadi ianya diperlukan setiap hari.
Percayalah para pembaca, bila kita amalkannya,
Allah akan beri kita jalan untuk selesaikan masalah kita. Percayalah Allah akan
beri kita pertunjuk akan pengasuh yang boleh memikul amanah kita seadanya.
3- Jaga Allah
Jaga Allah bermaksud, jaga apa yang
Allah suruh dan apa yang Allah larang. Allah suruh kita solat, walaupun bekerja
solat jangan tinggal. Menutup aurat (bukan bertudung sahaja dengan fesyen yang
pelbagai) tutuplah dengan sempurna. Amanah dalam menjalani tugas.
Saya selalu fikir, sebagai guru, jika
saya jaga dan ajar anak orang dengan baik. Maka Allah akan jadikan penjaga dan
pengajar anak saya juga yang terbaik. Bersangka baik dengan Allah.
4- Tawakal
Kita sudah usaha, kita tawakal kepada
Allah. Allah yang sebenarnya yang menjaga anak kita.
Wahai para pembaca yang kasihi
sekalian. Sebenarnya yang menjaga anak kita itu adalah Allah. Segala yang
terjadi pada anak itu dengan izin Allah. Allah menguji seseorang itu selayak
dan semampu dengan kudratnya.
Nasihat saya, jika kita mempunyai ibu
yang masih mahu menjaga anak kita, sediaka orang gaji untuknya untuk membantu
urusannya.
Banyakan wakaf atau sedekah atas
namanya kerana itu amalan yang sentiasa mengalir walaupun dia sudah dijemput
Ilahi. mungkin itu balasan tidak seberapa yang kita boleh lakukan kepadanya.
Untuk mengetahui tips Home schooling
Bagi Ibu Berkerjaya... nantikan penerbitannya~~