Tuesday, April 29, 2014

MENGHARGAI HIDUP~~

Hidup ini bukan sebuat percaturan yang remeh. ianya adalah satu konsistensi pertanggungjawab di akhirat kelak. oleh itu hargai lah hidup ini. lihatlah hidup ini sebagai kesematan yang tak akan berulang kembali.
ramai yang berbicara akan "hidup bukan untuk diri sendiri". faham kah kamu akan ayat tersebut.

buat sahabat yang akan melangkah alam perkahwinan... buat sahabatku yang akan bergelar seorang suami
sebuah pesanan buat tatapan kamu..

jadilah kamu raja di rumahmu
cintailah isterimu dan jadikanlah dia ratumu bukan hambamu.
buatlah dia bangga menjadi permaisuri di kerajaanu dengan berlandaskan cinta dan kasih sayang serta ketaatan kepada Allah.

ingat tanggungjawabmu yang utama. bukan di luar rumah, tetapi di dalam rumahmu
tanggungjawab mendidik dan memimpin
itu adalah tanggungjawab utamamu
mencari rezeki hanya tanggungjawab kedua bagi memenuhi tanggungjawab utama itu
jangan dek kerana sibuk mencari rezeki kau lupa akan tanggungjawan utamamu
jangan sehingga penat mencari sesuap rezeki engkau mengabaikan perhatianmu terhadap tanggunganmu
jangan sampai anak dan isterimu mendakwa mu di pengadilan Allah kelak

akhir kata
barakallah...
semoga sabar dan tabah menjalani kehidupan barumu..
:-)