Saturday, February 20, 2021

Rasa Malas Beribadat: Salah satu punca gagal Istiqomah

 Assalamualaikum semua

Salam sejahtera

Petang ini Allah gerakkan hati memberi izin menjemput untuk bersama lagi denga Al Fadhil Ustaz Mohd Moqti. 

Berkenaan dengan Mencegah Malas dari amal taat dan ingin bermaksiat.


kawan2 pernah tak nak berubah, nak baiki amalan tapi akhirnya setengah jalan sahaja

mula la macam2 alasan disabitkan atas menyalahkan orang lain...dan yang paling banyak disalahkan adalah orang yang hanpir dengan kita.

Itula saya... sangat rendah diri ini bila ikuti kuliah petang ini.

Ok...

salah satu cara untuk cegah diri dari malas.... serius malass nak buat amalan..nanti la nanti la nnndoj nanti akhirnya dari pagi sampai ke petang tak buat pun... mengaji la selalunya...

Menurut ustaz cara nya adalah dengan ingat Janji Allah pada orang yang taat ini.

Tidak lain tidak bukan syurga ganjarannya...


Antara nikmat syurga yang ustaz ceritakan dan tertarik hati ini adalah.


1- Nikmat makan di syurga..

kalau di dunia ni kita makan...rasa sedap tu hanya di rasa di lidah sahaja kan... tapi nikmat sedap akanan di syurga tu dari rambut sampai hujung kaki..

sebab apa Allah hadkan nikm at rasa sedap tu kat dunia

supaya Allah didik kita kita kat dunia ni semua terhad...umur kita terhad, keindahkannya terhad.. jadi makan itu bukan untuk kita nikmati di dunia. Malah siapa yang makan banyak akan banyak hisabnya...

Makan di dunia kita akan membuang...busuknya Allahu... tak taw nak habaq.. tapi kat syurga... kita hanya mengeluarkan peluh... yang wangi sangat2...Subhanallah... masih nak ligan dunia ka Che cahaya.


2- Allah sediakan 70 pasang pakaian setiap hari di syurga . Setiap pasang berbeza warna. dan esoknya 70 pasang lagi yang warna berbeza. begitu la seterusnya..kira warna baju yang kita pakai... walaupun beribu tahun warnanya takkan sama...


jangan fikir ikut logik akal..itu la kuasa Allah... Ilmu Allah yang Maha Berkuasa dan Berkehendak.

cantik kannnnn..... jadi ingat kita esok boleh pakai cantik2 dalam syurga...

3- hat ini orang lelaki suka... nikmat bidadari...

 then bila hati tertarik nak ulangi maksiat...kena tarik  dan takutkan diri dengan azab Allah..

ada 3 benda yang kita kena takut  bila nak buat maksiat


1. takut amalan kita Allah tak terima (hat ni selalu takut...selalu doa Allah terimalah amalan aku..)

2. Takut Allah tak ampun dosa kita.. 

3. Takut Allah tarikh nikmat Iman.. Allahu hat ini paling2 takut.. bila kita dah tak takut buat dosa..bila kita bangga membenci dan mencaci orang..bila kita sentiasa seronok  bila jatuhkan orang..bila kita seronok buat maksiat. Nauzubillah

 maka takutkan diri dengan Azab NERAKA JAHANAM..


ok dah mahgrib..nak siapkan anak soleh untuk solat jemaah... yang tak berapa jemaah dengan awang bertiga tu...

maafkan saya andai ada salah silap saya pada anda semua..

love u....saya doakan kita semua..semua .... ahli syurga Allah..

sama2 kita baiki apa yang lopong...ingat mengingati... itu la kekuatan kita..

bila kita saling nasihat menasihati..

Demi Allah kamu adalah kekuatan saya bila kamu menegur salah saya..




Sunday, January 17, 2021

~ Alhamdulillah~

 Bismilahirahmanirrahim

tidak terluah apa yang terpendam

bila diri tersilap langkah

betul la kata orang dahulu uzlah itu penting

bukan kerana sekeliling yang tidak elok 

tapi kerana untuk menahan diri dari terasa dan bertindak balas itu adalah sukar



menyendiri itu penting

untuk jaga hati

untuk jaga tindak balas

kadang bila sesuatu yang dibicarakan itu tidak selari dengan kepercayaan diri, maka kita akan mudah tersinggung dan mula bertindak balas.. itu yang menjadikan kita seorang yang jelek,,seorang yang buruk.



betul, bila sesuatu yang tidak selari dengan kepercayaan diri kita dengar berkali-kali hati akan memberontak. Itu aku bukan orang lain.. aku percaya orang lain sangat suci hatinya.

bila lihat sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan diri, maka secara semulajadi mahu mempertahankan kepercayaan itu. maka hati mula bertanya, kenapa berkali2 menyebut benda yang sama, tanpa memperduli kehadiran aku di situ. 

sebab itu biarlah...

mungkin ini cara Allah mengajar aku

untuk menyelesaikan urusan aku dengan hambaNya

sebelum aku di jemput menemuiNya

kerana aku juga takut setiap amal aku musnah begitu sahaja dek kerana diri yang mudah bertindak balas ini.

Alhamdulillah


mungkin ini bermula hidup yang baharu

fokus pada yang perlu

semoga tenang semuanya. 


ada sesuatu yang lebih penting untuk aku fikir. Sudahlah bersedih atas mereka yang meninggalkan diri. InsyaAllah di sana akan ketemu kembali. 





Monday, July 13, 2020

ummi vs sherek

Bismillah
Istigfar panjang
Pencilkan diri
Dalam bilik..

Ummi mengamuk JUGA malam ini.
Penat barangkali
Balik sek pukul 4.30 ptg Hari ini

Tapi bukan penyebab
Geram
Bila anak2 ummi tidak tahu nilai Dan Sayang barang

If mainan mereka Tak apa
Tapi bila kacau Dan rosakkan barang ummi
Mmg ummi terus menginga

Bukan Sayang barang lebih Dr anak
Tapi nak didik
Barang orang tolong hormat.

Aduii
Rungsing sebenarnya
Bokeh share 
Macam Mana nak didik anak
Supaya tahu beza

🎉Ini bilik ummi abah
Tidak boleh Masuk

🎉Barang ummi jangan kacau
Jangan ambil barang orang Tanpa izin

Share skit tips mommy semua.