Wednesday, June 21, 2017

Akhirnya "dia" akan pergi jua..bagaimana dengan kita?

syahdu malam-27 ini
terasa sangat tenang dan sayu... mungkin kerana hati ini terpaksa merelakan ianya pergi
hanya bersisa lagi 3 hari untuk merebut janji ILAHI akan keberkatan bulan yang MULIA ini.

Semalam hati ini terusik dengan kisah seorang anak jagaan... ibu bapa yang berpisah bukan lagi cerita asing bagi pelajar di sekolah ini. latar belakang dan sosial budaya yang sangat tidak sihat bagi tumbesaran anak remaja itulah yang mereka lalui.

Malah lebih 40% pelajar-pelajar ini mempunya ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab..Allahuakbar
sangat berat ujian mereka
mereka memerlukan kekuatan yang sangat kuat bagi menghadapi ujian ini.
Namun....yang terjadi sebaliknya..
acuan yang retak.... mana kan mampu menghasilkan kuih yang indah...
Hati ini tersentuh, namun tiada daya untuk membantu....melainkan kata-kata nasihat dan doa sahaja

Ingin ku jerit dan pekik ke dalam hati mereka.... tolong la berubah...jgn terus hanyut dalam budaya sedemikian.. demi generasi Islam yang akan datang...

Ingin ku salahkan si ibu, mungkin si ibu terpaksa bekerja keras untuk menanggng si anak...sehingga terlpa bahawa rohani anak ini kehausan. wahai ibu...sangat rugi akan dikau... mensia2kan peluang mengaut pahala begitu sahaja.... Ibu, air matamu yang mengalir masa ini mungking kerana kekhilafan masa lalumu..namun.... kau terus meletakkan kesalahan itu pada zuriat mu...mereka tidak bersalah..mereka di uji mungkin kerasa kesilapan lalu kamu dahulu.

Aku bersyukur Allah meletakkan aku di sekolah ini...sekurang-kurangnya aku masih boleh bersyukur aku dilahiran dalam budaya yang sangat berbeza..aku bertemu jodoh yang sangat bertanggungjawab....
dan aku yakin..jika mereka juga dibesarkan dalam budaya seperti mana aku dibesarkan..mereka juga tidak akan jadi seperti ini..

namun satu sahaja yang aku tekankan pada mereka... mereka perlu berubah..berubah menjadi acuan yang lebih baik.... demi masa depan zuriat mereka...

Ya Allah bantuilah aku dalam membawa hamba2mu ini mengenaliMu..
Bantuilah aku , lembutkanlah tutur kata ku...dan lembutkanlah hati mereka Ya Allah..
di hening malam ini..aku memohon Ya Allah...malam yg penuh keberkatan ini... Izinkanlah aku membawa mereka mengenali MU..Ya Rabbi... Bukakanlah hati mereka...Kau sentuhlah Jiwa mereka Ya Allah.

No comments: