Sunday, October 20, 2013

~ itu Kewajiban dan Tanggungjawab~

Solat  merupakan penentu ukur dari segala amalan manusia. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Qura'an dan juga Hadis-hadis Rasulullah S.A.W berkaitan dengan kewajipan Solat. Di bawah ini dinukillkan beberapa contoh mengenai Dalil kewajipan Solat;

Dalil daripada Al-Qura'an
1. Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan solat dan bertaqwa kepadaNya, dan Dialah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).
Al-Qura'an, Surah Al-An'am ayat 72
2. Dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan solat.
Al-Qura'an, Surah Al-Anbiyaa' ayat 73
3. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.
Al-Qura'an, Surah Taha ayat 14
4. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat (dengan sempurna sebagaimana biasa), Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
Al-Qura'an, Surah An-Nisaa' ayat 103
5. Dan dirikanlah solat pada pagi dan petang dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan ynag baik itu menghapuskan dosa perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
Al-Qura'an, Surah Hud ayat 114
6. Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam, dan (dirikanlah) solat subuh. Sesungguhnya Solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).

Al-Qura'an, Surah Al-Israa'a ayat 78
**************************************************************

ari  nie cik cahaya nak taip mengenai solat...

wahai anak2
kenapa kamu sukar untuk menyembah Pencipta kamu
Lari kesana kesini seolah kamu boleh lari dari kematianmu
seolah kamu boleh lari dari Persoalan Kubur
seolah kamu boleh lari dari sambaran api neraka

kadang diri ini penat menegur penat menberi nasihat
penat di anggap penyebuk
bukan kerana diri ini baik...diri ini sempurna kerana ianya tanggungjawab saya sebagai pendidik..
kerana tanggung jawab saya sebagai khalifah Allah
kerana saya dijanjikan  5000 tahun neraka jika saya mendiamkan diri...

wahai anak
kamu bilang kamu sayang akan kedua org tua kamu
sayangkah kamu
sedangkan untuk mendoakannya 5 kali sehari pun kamu tidak mahu?
kamu melayan akan dunia ini sampai kamu lupa doa kepada merk
kamu memberi memudahan di dunia tetapi seksaan dia akhirat.
sayang kah kamu?

ye dosa kami tanggung apa sangkut paut dengan mak bapak
ketahui la kamu
dosa anak meninggalkan solat, jika ibu bapa tidak marah, jika ibu bapak tidak rotan ..maka dosa itu akan bersangkut dengannya sehingga akhirat, walaupun dia sudah di dalam kubur...dosa kamu itu dia akan dipersoalkan
itukah tanda sayang kamu kepada mereka?
bagi anak LELAKI.... dosa kamu itu akan terus membelengu mereka walaupun kamu sudah berranak pinak bercucu cicik
bagi anak perempuan dosa kamu itu akan diletakkan di atas bahu suami saat diijabkabulkan
itukah balasan cinta kamu kepada suami kamu???

wahai ibu dan ayah
tanggungjawab kamu belum selesai walaupun anak kamu sudah dewasa
walaupun mereka sudah beranak pinak
kerana tanggungjawab kamu menyuruh mereka solat hanya dinyatakan bermula umur 7 tahun, dan pukul jika mereka ingkar seusia 10 tahun...dan tidak dinyatakan bila berakhirnya tanggungjawab itu..
maka kamu akan dipersoalkan akannya nanti....

wahai naufal
jika naufal sayangkan ummi dan abah..
naufal tolong la jaga solat 
doakan lah ummi dan abah walaupun kami sudah tiada kelak
ingtlah sayang penat macam manapun mencari rezeki... REZEKI itu Allah yang beri... 
jangan sehingga kita leka dengan rezeki sampai lupa akan PEMBERI rezeki
jika kamu penat sayang...ingatlah para sahabat yang dijanjikan syurga itu, lebih penat berperang juga menunaikan solat...apatah lagi kita sayang yang masih belum ketahuan kedudukannya
coretan ummi ini untuk naufal baca sekiranya ummi tidak sempat menegur dikala kamu meningkat dewasa..
ini adalah amanat ummi buat anakanda yang tersayang.
sejak dari alam rahim ummi dah dedahkan dengan solat..semoga ianya menjadi benteng yang kuat buat kamu sayang
biar apa pun yang kamu lihat....jadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai ikutan
maka kamu akan berjaya mengharungi kehidupan ini