Friday, August 17, 2018

Penggalian semua Telaga Zam Zam

Assalamualaikum
selamat pagi semua kesayangan
Hari ni che cahaya nak cerita pasal penggalian semula telaga ZAM ZAM
Pernah tahu x, telaga ini pernah hilang selama beberapa tahun di bumi Mekah?
Abdul Muttaliblah orang yang telah berusaha mencari dan menggali semula telaga ini bersama anaknya Harith setelah mendapat Ilham daripada Allah s.w.t.

Iklan sat...sapa2 nak cuba boleh whatsaap 017 457 4657


Kisah telaga suci ini mmg telah diketahui oleh seluruh penduduk Mekah, namun setelah mereka gagal menjejakinya , ianya hanya dibiarkian begitu sahaja.
tetapi apabila Abdul Muttalib menjadi pemerintah Mekah ketika itu, keazaman yang kuat untuk mencari telaga zam zam sejak kecil lagi menjadikanya tidak putus asa mencari di seluruh pelusuk Mekah.

sehinggalah pada suatu malam, Abdul Muttalib bermimpi, ada suara yang berbunyi
"Galilah telaga Zam Zam wahai Sheikh yang besar"
Dia bertanya, di manakah lokasi telaga itu.
belum sempat suara itu menjawab dia terbangun dari tidurnya

keesokkan harinya Abdul Muttalib bermimpi lagi
"Galilah telaga Zam Zam wahai Sheikh yang besar"
Dia bertanya, di manakah lokasi telaga itu.
suara itu meminta Abdul Muttalib pergi dan berdiri di tengah tengah dua buah berhala iaitu Isaf dan Nailah dan menggali di antara keduanya.

Bekerjalah dua beranak itu menggali sambil hanya diperhatikan oleh kaum Quraisy. mereka memandang usaha Abdul Muttalib itu sia sia sahaja sehingga akhirnya Abdul Muttalib ternampak pintasan emas dan bilah-bilah pedang kepunyaan Mudhad bin Amru al Jurhumi. ini lah kisah penggalian semula telaga zam zam.

No comments: