Sunday, June 21, 2015

~ Faham sebetulnya apa itu HUSNOZON~

Assalamualaikum
Salam Ramadhan buat semua.
Sayang2 sekalian...bersangka baik itu sememangnya tuntutan agama tetapi... bukan semua benda kita boleh bersangka baik ye sayang.

Apa yang dikatakan bersangka baik itu?

Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

Bukan semua perkara kita boleh bersangka baik rakan2 sekalian. Contohnya bersangka baik terhadap kemungkaran. itu salah

Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku di sekeliling dan persekitaran dengan kemampuan yang ada pada mereka. Andai kata kita melihat atau ternampak orang yang melakukan dosa dan kemaksiatan, tetapi masih bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar itu, maka kita juga turut berkongsi saham dan tidak terlepas dari menanggung dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut.

Rasulullah ´Ě║bersabda : “Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (berasa tidak senang, tidak setuju dan tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

~ semoga lepas ini kita akan bersangka baik pada tempat yang sebetulnya~

No comments: