Sunday, June 21, 2015

~ Faham sebetulnya apa itu HUSNOZON~

Assalamualaikum
Salam Ramadhan buat semua.
Sayang2 sekalian...bersangka baik itu sememangnya tuntutan agama tetapi... bukan semua benda kita boleh bersangka baik ye sayang.

Apa yang dikatakan bersangka baik itu?

Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

Bukan semua perkara kita boleh bersangka baik rakan2 sekalian. Contohnya bersangka baik terhadap kemungkaran. itu salah

Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku di sekeliling dan persekitaran dengan kemampuan yang ada pada mereka. Andai kata kita melihat atau ternampak orang yang melakukan dosa dan kemaksiatan, tetapi masih bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar itu, maka kita juga turut berkongsi saham dan tidak terlepas dari menanggung dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut.

Rasulullah ﷺbersabda : “Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (berasa tidak senang, tidak setuju dan tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

~ semoga lepas ini kita akan bersangka baik pada tempat yang sebetulnya~

Wednesday, June 10, 2015

~ Bila ibu Jadi Hamba~

Assalamualaikum
saya mulakan taipan saya dengan sebuah Hadis yang berbunyi:-

Ketika Rasulullah SAW ditanya oleh Malaikat Jibril as tentang kiamat maka baginda Rasulullah SAW menjawab
“Yang ditanya tentangnya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya” Kemudian Jibril berkata lagi. “Kalau begitu khabarkan lah kepada ku tentang tanda-tandanya” Baginda Rasulullah SAW menjawab. “Seorang budak wanita atau wanita merdeka (Al Amah) akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat para rakyat jelata yang miskin akan tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi”
(HR : Muslim)

Hadis ini mempunyai banyak tafsiran dari para ulama.
salah satunya adalah.


Kita dapati anak-anak zaman sekarang dengan sedar atau tanpa disedari sudah menjadi anak derhaka kepada kedua ibu bapa mereka. Ada anak-anak yang tanpa segan silu menjadikan ibu bapa seumpama pembantu rumah, membuat kerja-kerja seperti orang gaji atau pengasuh kepada cucu-cucu mereka. Walaupun ada yang sukarela dan reda tetapi cukuplah jasa mereka menjaga, mengasuh dan membesarkan kita selama ini.

Biarkan mereka berehat dan habiskan sisa-sisa kehidupan mereka dengan menumpukan kepada beramal ibadat, pergi ke tempat-tempat pengajian dan membaca Al-Quran atau kitab-kitab agama. Bukan bergelumang dengan kencing berak anak-anak kecil lagi. Sesekali mereka ingin bermesra atau bermanja dengan cucu-cucu mereka di hujung minggu contohnya memang tiada salahnya. Tapi itu bukan alasan untuk kita ambil kesempatan di atas kesunyian dan kebaikan mereka !
****************************************


Bermuhasabah diri sendiri, kadang kala saya juga turut membebani ibu saya apabila mempunyai masalah kerja di luar kawasan. 3-4 hari anak dititipkan dengan rasa seribu satu penyesalan. Maafkan anak mu ini ya mama.

Kenapa saya membuat taipan mengenai isu ini?
ini adalah masa kini. saat ini terlalu ramai yang viralkan gambar ini.. Ada yang menyokong malah ada yang mengecam.





Seawal usia mendirikan rumah tangga, mama telah berpesan kepada saya. Nanti bila ada anak, jaga sendiri. Mama nak habiskan masa yang tertinggal dengan mencari bekalan pula. Saya bersyukur kerana Allah menganugerahkan ibu seperti ini. Jadi saya tiada rasa serba salah mahu menghantar anak ke pengasuh.

Wahai wanita sekalian, benar kita tidak boleh nafikan ada ibu yang rela menjagakan cucu. malah meminta untuk menjagakan cucu. Cuba kita semua fikir sejenak:-

Semasa usia ibu kita/ ibu mertua kita masih muda. Seluruh masa dan kehidupannya telah dipenuhi dengan kesibukan urusan dunia seperti kerja dan membesarkan anak-anak. seperti kita sendiri yang bekerja. Berapa hari seminggu kita boleh menghadiri diri ke majlis-majlis ilmu di masjid. Walaupun masjid hanya sejengkal dari rumah kita? Berapa helai bacaan Al-Quran yang kita boleh habiskan sehari. kadang-kadang semuka pun kita terbabas. kerana apa? kerana sibuk dengan kerja, sibuk dengan anak2.. ITULAH sibuk uruskan urusan DUNIA.

Begitu juga yang dilalui oleh ibu bapa kita semasa mereka seusia dengan kita. Lu pakah kita setiap yang hidup akan menghadap penciptaNya? sememangnya ajal tidak mengenal Usia... tapi adat umur umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sekitar umurnya Rasulullah itu juga.. yakni sekitar 63 tahun dan seangkatan dengannya. Oleh itu jika dihitung umur kita dan umur ibu/ibu mentua kita sudah tentulah mereka lebih mendahului kita. berilah mereka kesempatan untuk mencari bekalan di sana. 

Ramai yang bersengketa berselisih pendapat. "dah mak nak minta nak jaga, macam mana anak itu berdosa pula. Bukan anak yang suruh pun,"

Okay..di sini saya ingin jelaskan apa yang saya faham dari pengamatan kuliah dan juga pembacaan saya. Maafkan saya sekiranya saya tersilap, dan betulkan saya jika ada yang lebih arif.

Keadaan di padang mahsyar nanti, masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. kita sudah tidak tunggu malah cari pun mana ibu kita, mana ayah kita, mana suami atau isteri kita, mana anak2 kita. apa yang kita fikir dan sibuk mana amalan kita, tangan mana yang akan menerima buku amalan kita.

Seorang demi seorang hamba Allah akan dihisab amalannya. Bayangkan yang dihisap itu ibu kita. saya ingin mengingatkan semua pembaca, yang menjawab segala hisab itu bukan lagi mulut kita atau hati kita yang mempunyai rasa kesian anak aku, kesian mak aku, kesian suami aku kesian isteri aku. mendengar sahaja ngauman api neraka itu semua akan fikir macam mana nak lepaskan diri darinya. Sangat menakutkan. Sangat mengerikan.. Nauzubillah.

Bayangkan lagi jika amalan si ibu ini tidak mencukupi, dia akan ditanya, bagaimana dia habiskan masa mudanya..."dengan urusan dunia". bagaimana pula dia habiskan masa tuanya "juga dengan urusan dunia". Di kala itu, tidak akan ada ayat yang akan keluar "kesian anak saya bekerja, saya sendiri mahu menjaga anak saya" tidak akan ada wahai para pembaca. Maka di situ lah dosa itu akan JATUH kepada si anak ini.

Kekacauan dalam mencari pengasuh sememangnya menghantui para ibu dan ayah.  bagaimana untuk mencari pengasuh yang baik untuk anak.

Ini petua yang saya dapat dari seorang sahabat dan juga mama saya. Saya kongsi kan bersama.
1- Sebagai ibu/wanita/ ibu rumah kita kena ingat satu perkara "Islam tidak melarang kita bekerja selagi kerja itu tidak membuatkan kita meninggalkan tanggungjawab sebenar kita"

Maksudnya di sini, seawal memilih kerjaya, kita kena fikir, adakah kerja ini akan membuatkan aku tidak dapat laksanakan tanggungjawab sebenar aku iaitu mendidik anak dan menjaga keperluan suami.

Jika kerjayan para ibu sekalian sekarang menghalang untuk mendidik anak-anak sebenar-benarnya. Nasihat saya berhenti la. Carilah kerjaya lain yang membuatkan para ibu yang dikasihi Allah sekalian dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan jayanya. Percaya rezeki ditangan Allah. JIka niat dihati kita ikhlas kerana Allah, maka akan datang pertolongan dari-Nya dari arah yang tidak kita sangka-sangkakan.

2- Buat solat istikharah.
Solat sunat istikharah setiap solat maghrib. Terima kasih kepada Mak Tam (ibu saudara sebelah mama). Katanya, istikharah ini bukan nak pilih kerja dan jodoh sahaja. Setiap hari kita kan membuat pilihan dalam kehidupan kita. jadi ianya diperlukan setiap hari.
Percayalah para pembaca, bila kita amalkannya, Allah akan beri kita jalan untuk selesaikan masalah kita. Percayalah Allah akan beri kita pertunjuk akan pengasuh yang boleh memikul amanah kita seadanya.

3- Jaga Allah
Jaga Allah bermaksud, jaga apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang. Allah suruh kita solat, walaupun bekerja solat jangan tinggal. Menutup aurat (bukan bertudung sahaja dengan fesyen yang pelbagai) tutuplah dengan sempurna. Amanah dalam menjalani tugas.

Saya selalu fikir, sebagai guru, jika saya jaga dan ajar anak orang dengan baik. Maka Allah akan jadikan penjaga dan pengajar anak saya juga yang terbaik. Bersangka baik dengan Allah.

4- Tawakal
Kita sudah usaha, kita tawakal kepada Allah. Allah yang sebenarnya yang menjaga anak kita.


Wahai para pembaca yang kasihi sekalian. Sebenarnya yang menjaga anak kita itu adalah Allah. Segala yang terjadi pada anak itu dengan izin Allah. Allah menguji seseorang itu selayak dan semampu dengan kudratnya.

Nasihat saya, jika kita mempunyai ibu yang masih mahu menjaga anak kita, sediaka orang gaji untuknya untuk membantu urusannya. 

Banyakan wakaf atau sedekah atas namanya kerana itu amalan yang sentiasa mengalir walaupun dia sudah dijemput Ilahi. mungkin itu balasan tidak seberapa yang kita boleh lakukan kepadanya.

Untuk mengetahui tips Home schooling Bagi Ibu Berkerjaya... nantikan penerbitannya~~