Monday, April 6, 2015

~ Pesan Ulama tentang SAHABAT~

Pesanan Imam Al-Ghazali tentang KAWAN.
1) Pilih kawan yang berakal, jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
2) Pilih kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya.
3) Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
4) Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
5) Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Antara KAWAN dan SAHABAT, banyak bezanya. "Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa kita mengingati Allah, mendengarkan katanya menambahkan lagi ilmu. Terlihat gerak gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah SWT. Sebaik-baik SAHABAT adalah yang dapat membantu kita melangkah masuk ke Jannah.

Tak semua kawan itu dikatakan benar-benar seorang sahabat. Macam mana kita nak tahu? Kita dapat melihat 'siapa dia' saat kita dalam kesedihan dan kesusahan. Bila kita ada berbuat kesilapan, lihat sikapnya dengan teliti, adakah aib kita dibukanya atau dia berusaha menutup rapat-rapat. Apakah dia setia bersama kita, menyebelahi kita, menasihati kita secara baik saat orang lain pergi meninggalkan kita. Dan...bagaimanakah dia membuktikan sayangnya pada kita, kalau sekadar berkata tiada guna jika yang ditunjukkan ternyata menghumbankan kita ke neraka. Jaga-jaga.
Sewajarnya, kita harus berhati-hati dalam hal berkawan. Memilih bukan bererti cerewet tapi untuk kebaikan kita di dunia dan di Akhirat kerana dengan siapa kita berkawan, itulah sikap kita yang sebenar kerana sedikit sebanyak sikap kita dipengaruhi oleh mereka. Jadi, bersahabatlah dengan orang-orang yang beriman lagi berakhlak mulia, bahagia. "(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (Surah Al-Zukhruf : 67) "Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah dalam memilih sahabat." (Hadis Riwayat Ahmad)

No comments: